Berapa ramai "first timer" orang Islam minum arak atas kapal terbang MAS? Kosong , 0!!
Tapi berapa ramai pula "first timer" orang Islam minum arak di darat? Berapa ramai orang Melayu beli arak buat pertama kali dalam hidupnya di 7E, KK, 99 Speedmart, Tesco, Giant Kelab Malam dll? Berjuta mungkin berpuluh juta!
Kenapa kita sibukkan yang kosong dan kita biarkan yang berjuta? Lihat akhbar The Star dan Sun, muka penuh iklan arak tapi bukan arak atas MAS! Tengok papan tanda Restoran 60% semuanya ditaja arak, bagaimana pula dengan Iklan dan Tajaan pasukan bola kesayangan anda.
Mohon komen dan fahamkan saya?
Jangan suka-suki hentam saya kerana saya sokong saranan Mufti dan saya dengan ini mengemukakan cadangan kepada MAS agar berhenti menghidangkan arak dan membenarkan Pramugari MAS menutup aurat.
TAPI, saya cadangkan kepada semua orang Islam memberi berat yang sama antara arak aurat di langit dan arak aurat di darat.
Di pusat hiburan, arak dihidangkan secara percuma kepada setiap pengunjung, ia dipanggil free first drink yang termasuk dalam bayaran masuk!! Saya selalu "rugi" kerana tidak mengambilnya. Tapi bagaimana peminum arak Muslim lain? F.Y.I, tiada notis orang Islam dilarang berkunjung ke pusat hiburan termasuk Kelab Malam.
Kenapa tiada orang peduli lebih lagi kenapa mereka yang kecoh arak dilangit biarkan arak didarat berleluasa?
Arak begitu sukar didapati dalam pesawat MAS kerana orang Islam perlu beli tiket mahal terlebih dahulu selain tidak boleh menyorok muka belacan Melayu itu, lebih lagi orang Islam takut minum arak atas pesawat kerana takut Allah murka dan mereka akan terhempas terus mati dilaknat.
Tapi arak begitu mudah didapati dan dibeli dari lingkungan kurang 1km dari rumah kita, dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah, 24 jam sehari, dan 365.25 hari setahun.
Andaian awal saya, orang yang kuat menghentam Arak di langit ini pasti tidak tahu berapa ramai anak Melayu Islam yang minum arak? Saya tiada datanya, tapi sila tanya Cashier atau Juruwang 7E, KK, 99, Tesco, Giants dll berapa ramai orang Islam beli arak?
Dan tanya apa perasaan Juruwang Muslim ketika menjual arak itu pada saudara Muslim dan saya jamin mereka pasti tidak mahu menjual arak waima kepada bukan Islam jika ada pilihan.
Umur saya 35 tahun, saya lahir dan membesar di KL. Sosial dan juga sederhana dalam Islam. Antara 10 rakan Islam saya, 4 orang pernah minum arak dan mereka tidak mula minum atas kapal terbang MAS tapi mereka mula di 1st Free Drink, dan 7 Eleven(zaman remaja saya 7E sahaja ada).
Saya juga pelik kenapa kita kecohkan aurat di langit! Apakah bila diatas pesawat sahaja mata kita berminat melihatnya? Di darat bagaimana? Mungkin Youtube ada jawapannya.
Pun begitu, jika masih tidak jelas dengan aurat di darat, saya jemput pembaca semua ke Pasar Ramadhan Bangsar dan Taman Melawati pada bulan puasa tahun ini, tengoklah aurat mereka dibulan puasa.
Jauh lebih terdedah dari pramugari MAS dan tiada tindakan diambil walaupun banyak boleh dilakukan sebelum kita menyerang arak aurat di langit pula.
Wallahualam.
Apa-apa pun bacalah berita dibawah dengan teliti. Rakyat Malaysia belanjakan USD 500 juta setahun untuk arak dan dari jumlah itu tidak sesen pun dibelanjakan atas pesawat MAS.
Kenapa fokus pada penghidang bukan pada peminum? Apakah tanpa penghidang, peminum tidak boleh beli sendiri di darat selepas pesawat mendarat?
Soalan saya sekali lagi, kenapa biarkan arak di darat?
--------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta
sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam
pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah
Mahmud
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini,
beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta
iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
"Penjualan
beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar
pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan
arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang
di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan
remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu
kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.
Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.
Beliau
sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar
sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku
mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang
dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun
1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.
"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya
lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu
ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak
juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan
menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak
juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara
kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan,
apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati
mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
"Tapi minuman
keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati
dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan
sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan
rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia,
katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di
negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka
yang agresif.
Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat
undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan
(b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Mengulas
lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu
ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.
Sumber: Harakahdaily dan THE STAR!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ya allah sgt btul.
Post a Comment