ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, January 12, 2016

Qu Puteh Sama Donald Trump Dari Tips Anwar Ibrahim & Gaya Hidup Sihat

Saya adalah "orang Kampung" yang berpegang kepada usaha tangga kejayaan.

Usaha yang berterusan dan beratus tahun seperti Kedai dan Perniagaan Cina yang majoritinya telah cecah 60-100 tahun.

Dari dulu kalau orang datang pada saya Skim Cepat Kaya Empay, dll, MLM Luxor, Amway, LampBerger dsb saya tidak akan percaya kerana pada saya kalau semua orang boleh kaya semudah itu maka tiada siapa mahu susah dan penat berniaga ikan dan sayur di Pasar.

Asalnya saya kurus kering. Dari 52kg, ke 62 turun 55 naik ke 72 turun 65 naik 76 kemudian ke 82 dan kini 95kg.

Pelbagai ubat kurus isteri saya cadangkan, Teh Orang Kg, Losen Halia, DHerbs dan macam-macam tapi saya tolak sebab pada saya orang Kampung kalau mahu kurus amalkan gaya pemakanan sihat dan paling penting senaman.

Kalau boleh cantik dan kurus semudah "hisap-hisap", minum jamu dan instant, maka tiada orang buruk dan gemuk dalam dunia.

Dari kecil saya sering ikut Abah ke Indonesia, jadi pendedahan JAMU pada saya bermula sejak 90-an lagi. Jamu cantik, langsing, parapat, dan entah apa lagi.

Saya orang kampung, saya percaya pada kesan sampingan. Kalau makanan dan aktiviti berkhasiat pun kena ada kesan sampingan seperti penat dan lain-lain ini pula "instant".

Pada awal 2000, ramai rakan Cina ajak saya melabur dalam eksport ke Timur Tengah serbuk Tongkat Ali dan sebagainya.

Tapi saya tolak sebab saya pernah berjumpa dengan seorang "saudara" saya di Medan Indonesia. Dia berumur 70 tahun dan sudah 30 tahun mengamal JAMU dan Ubat-ubat Kuat ini.

Dia kata pada saya dia menyesal mengambil jamu ketika muda, kerana kesan sampingan pada kesihatan ginjal, buah pinggang dan juga jantungnya.

Atas sebab itu saya menolak untuk terlibat dengan perniagaan JAMU walaupun boleh kaya kerana saya ini penakut sikit. Apatah lagi bila ALI BABA meledak sekitar masa itu, malah hingga hari ini anda boleh beli apa sahaja JAMU dan Herba yang popular di pasaran di ALI BABA.

Taruk sahaja packaging anda sendiri Mu Hitam, masuk TV terus popular.

Kenapa saya kata Qu Puteh tiru Donald Trump.

Kerana mereka ini sedar akan pengaruh TV kepada manusia. Qu Puteh dan Terlajak Laris sendiri akui bahawa kontroversi dan publisiti adalah baik untuk model perniagaan mereka.

Dalam era moden viral ini, ia menjadi senjata lebih hebat dari nuklear dalam bidang penjenamaan, pemasaran dan perniagaan.

Begitu juga Donald Trump, Namewee dan Alvin Tan.

Mereka ini semua sering mencipta isu supaya mereka dibenci, di "menyampah", di sebut-sebut dan akhirnya "otak manusia" akan memberitahu "hitam itu cantik" walaupun pada asalnya orang itu tidak suka pada hitam.

Semasa mula-mula Jose Mourinho mengambil alih Chelsea 10 tahun dahulu, dia beritahu orang dia Special One dan sering menimbulkan masalah dengan wartawan. Orang marah tapi dia bijak kerana dia seperti mana "attention manipulator" lain, ia sengaja buat demikian untuk menutup kelemahan utama mereka.

Mereka tahu orang akan bercakap tentang kelemahan peribadi mereka seperti Ahmad Maslan, hingga terlupa pada kelemahan yang utama yakni kelemahan organisasi, produk, kewangan, kepimpinan, perniagaan dan lain-lain.

Malangnya, ada beberapa orang yang tergamak memainkan isu sensitif seperti Donald Trump, Namewee, Alvin Tan dll.

Mereka ini rela dan sanggup melihat kesengsaraan orang lain demi kebahagiaan diri sendiri.

Pernahkah kita terfikir kenapa orang Cina di Malaysia tidak mempunyai produk seperti Qu Puteh, Terlajak Laris dan instant kecantikan lain walhal mereka lebih kaya dari Melayu?

Ia mudah, kerana Cina percaya pada kerja keras.

Mereka gigih jaga pemakanan dan senaman, dimana setiap Cina pasti mempunyai botol air kosong dibawa bersama mereka kemana-mana dan bila ada "walkathon" kiralah berapa kerat sahaja Melayu. Nisbahnya 100:3 dengan Melayu.

Gaya hidup sihat ini lebih baik dari merawat dan mengamalkan sebarang produk jamu dan instant.

Saya tidak ada niat sedikitpun mahu merosakkan perniagaan orang, dan jika ADA saya mohon maaf kerana saya hanya mahu bangsa saya sedar akan "madu ditangan kananmu" dan "racun ditangan kirimu" dan pilihan di tangan anda kerana yang menanggung risiko adalah diri anda sendiri.

Saya tidak kata produk ini beracun produk in bermadu tapi saya katakan teruslah menyokong produk yang baik dan perniagaan orang Melayu, itu sahaja.

Yang sudah terlajak jamu dan instant itu teruskanlah "menjamu" dan melanggannya kalau tidak mampu ubah.

Pada yang belum terlajak jamu dan instant, cuba amalkan gaya hidup sihat. Mungkin seperti Nabi SAW yang berpuasa selang seli, bersenam dengan berkuda kalau tidak mampu "jogging", jaga pemakanan seperti Nabi dan banyak lagi.

Oh Ya. Sebenarnya, lama sebelum Qu Puteh, Donal Trump dan lain-lain sedar akan pengaruh TV pada manusia, Anwar Ibrahim sedar akan perkara ini lama dahulu.

Anwar pada saya memang seorang yang amat bijaksana. Pemikirannya jauh merentasi masa.

Pada ketika beliau memimpin ABIM beliau pernah dipetik berkata sikap orang Melayu(sebenarnya sikap manusa) yang mudah mempercayai siapa sahaja yang pernah keluar di kaca TV mereka.

Begitu kita percaya Amerika menang Perang Vietnam dari filem Rambo, kita percaya Jepun baik kerana Ultraman terus menutup kekejaman mereka di WW2, kita percaya Barat itu hebat dsb, semuanya kerana TV.

Sebenarnya saintis telah buat kejadian, bila satu objek yang tidak disukai oleh John, ditayangkan di TV berkali-kali, akhirnya otak John akan menjadi "boleh terima" dan perlahan-lahan suka.

Begitulah lemahnya otak kita.

PS: Saya berazam ini adalah kali terakhir saya menulis tentang Donald Trump kerana saya khuatir saya popularkan dia. Suka atau tidak dia punyai peluang yang tinggi untuk menang dan menjadi Presiden US kerana taktik seperti Qu Puteh dan tips dari Anwar Ibrahim yang dia pelajari memang berkesan untuk "mendidik" orang ramai separa sedar.

Wallahualam.




1 comment:

Rais Al Attas said...
This comment has been removed by the author.