ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, January 9, 2016

Dato Seri Vida Buktikan Mentaliti Melayu Looser Banding Cina

Dato Seri Vida menjawab soalan seorang netizen untuk menaja "scholarship" belajarnya.

Jawapan Qu Puteh ini membuktikan dia hanya kaya wang ringgit tapi bukan iltizam bangsa dan agama!

Dari dulu saya kerap menulis tentang orang kaya Melayu yang enggan berniaga. Mereka selesa menyimpan jutaan wang mereka di ASB dan hanya makan duit dividen sahaja setiap tahun.

Ini tidak baik untuk pembangunan bangsa Melayu dari sudut peluang perkerjaan. Bayangkan jika mereka berniaga, berapa ramai anak Melayu dapat berkerja dan juga Melayu dapat menguasai pasaran perniagaan tersebut.

Saya juga ada menulis supaya Tan Sri Syed Mokthar membantu bangsa Melayu memecah penguasaan pasaran perniagaan bukan Melayu khususnya dalam bidang makanan, halal, dan kritikal seperti elektrik, perkakasan, komputer dan sebagainya.

Hakikinya, dalam melahirkan bangsa yang hebat kita perlukan "Grand Plan" yang ditunjangi oleh mereka yang bijak pandai.

Saya bukan bijak pandai tapi saya tahu Melayu perlu belajar dan menuntut ilmu!!!

Malangnya, orang seperti Dato Seri Vida ini merosakkan mentaliti Melayu dan meracuni pemikiran mereka.

Bezakan jawapan beliau yang berbunyi;

"Jika saya taja seorang Pelajar RM 50 ribu untuk belajar, hanya seorang sahaja yang bermanfaat, bayangkan jika RM 50 ribu itu diberi pada Sekolah anak yatim, 3 bulan pun tidak habis makan"

Bunyi dia mudah tapi curang, dan saya buktikan dengan penukaran ayat dibawah yang membawa erti yang sama.

"Jika saya taja seorang Pelajar RM 50 ribu untuk belajar kaedah menangkap ikan, menternak ayam dan mengklon lembu seribu ekor sebulan, hanya dia seorang bermanfaat, tapi jika RM 50 ribu itu diberi pada Sekolah anak Yatim, 3 bulan tidak habis makan, lepas 5 bulan habis makan, minta saya lagi kerana tiada orang lain yang berjaya selain saya dan mudah saya boleh tunjuk kepada dunia betapa mulianya saya"

Bandingkan Mentaliti Cina dibawah!
-----------------------------------------------------------------------------------

Untuk orang Cina, bukan seorang tapi beribu orang Cina mereka akan cakap seperti dibawah;

"Cina akan taja seorang pelajar RM 50 ribu untuk belajar dan mereka ini akan berjaya dan peroleh RM 10,000 - RM 100,000 sebulan dan membantu masyarakat Cina termasuk anak yatim semula secara konsisten RM 1000 hingga RM 10,000 sebulan, selama-lamanya hinggalah pelajar generasi kedua ini pula berkerja dan membantu generasi ketiga dan seterusnya sampai kiamat!"

"Anak yatim pun kami Cina tolong juga selain taja RM 50,000 seorang Pelajar, tapi kami Cina tidak suka bising-bising. Kita tolong olang Tuhan tahu sudah cukup!"

Saya tiada masalah dengan Dato Seri Vida.

Tapi orang Melayu terlalu cetek pemikiran serta pendek hatinya, mereka mudah percaya dan terikut dengan budaya yang salah sedangkan Al Quran sudah ajar mereka supaya mengejar dan cemburu akan kejayaanakhirat orang lain mereka tetap kejar dan cemburu kejaan dunia orang lain kerana mereka membaca AlQuran tanpa memahami sepatah haram pun maknanya.

Wallahualam.

3 comments:

Unknown said...

Saya suka sisi pandangan Tuan tentang hal ini. Terima kasih berkongsi.

Rais Al Attas said...

Taja pelajar melayu supaya mereka sebijak Tunku Abdul Rahman & Tun Dr Mahathir. Manfaatnya terlalu besar untuk agama, bangsa dan negara

Rais Al Attas said...

Rugi apabila jutawan Muslim tidak membantu sesama Muslim. Kalau saya jutawan Muslim, saya akan menaja pelajar kerana dengan lebih banyak professional muncul, maka tingkat pendapatan muslim akan naik.

Dato Vida pernah menjadi pendidik, seharusnya beliau faham aspirasi pendidikan negara. Jangan lupa diri Dato Vida, Dato dulu seorang pendidik!

Be humble