ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, December 30, 2015

Soalan Terbuka Pada Sultan Johor


Ampun Tuanku Beribu Ampun,

Patik bernama Mustaqim Abdul Rahman keliru dengan kenyataan Tuanku Sultan Johor yang bijaksana.

"Beri Najib Peluang Sebagai Ahli Politik dan Saya Atas Politik" atau dalam Englishnya "Give Najib A Chance and I am Above Politic".

2 dalam 1 Kenyataan kurang 10 perkataan Tuanku diatas adalah amat bertentangan kerana Tuanku mengatakan Tuanku diatas politik tapi dalam masa yang sama meminta rakyat Malaysia menyokong Najib yang juga ketua pada parti politik perdana negara.

Jika Tuanku mengatakan sokongan pada UMNO secara halus dan berkias sepertimana resam Sultan Perlis, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah lakukan iaitu "kita ambil risiko tukar kerajaan@terus sokong dasar kerajaan dll" ia boleh dilihat atas politik.

Tetapi Tuanku Sultan Johor menyebut dan mempertahankan secara terang nama ahli politik malah mengatakan menyebut perkataan kawan jika ahli politik perlukan nasihat maka ia boleh disalah anggar oleh kami yang hina ini sebagai bukan diatas politik.

Justeru patik merayu Tuanku memperjelaskan kenyataan Tuanku kerana patik rasa mustahil Sultan yang begitu berjiwa rakyat seperti Tuanku tidak merasai kesusahan rakyat Malaysia amnya dan Johor khususnya.

Sebagai seorang rakyat yang berkhidmat di seluruh Kontijen Polis di Johor pada tahun 2005, patik dapat lihat ramai rakyat Johor yang daif lagi kedana.

Itu soal rakyat, patik tidak layak membangkitkan hukum Allah berkenaan pemimpin yang zalim kerana Tuanku lebih berilmu berbanding patik.

Di kesempatan ini jua patik berharap Tuanku dapat meningkatkan perjuangan Tuanku demi Rakyat Johor dari selalu muncul di khalayak awam KEPADA penggubalan dasar-dasar Negeri.

Patik mengaku patik masih bergelut menukar diri dari "hanya bercakap" kepada "bertindak"!

Dari kasar, masih banyak dasar kerajaan Negeri yang boleh diperbaiki demi rakyat dan ia semudah Tuanku batuk di tangga sahaja.

Antara yang boleh patik yang bodoh ini cadangkan adalah beberapa langkah pengukuhan Bangsa Johor sepertimana dilakukan di Kelantan dimana orang bukan Kelantan tidak boleh beli tanah di Kelantan.

Johor sebagai Negeri maju boleh menggubal dasar pengukuhan bangsa Johor khususnya di Johor Bahru dimana setiap anak Negeri Johor diberi diskaun khas hingga 30% pembelian hartanah di kawasan strategik Singapura seperti JB, Muar, Batu Pahat dan Tangkak.

Dan akhir sekali, Patik juga tidak faham kenapa Tun Mahathir gemar bermusuh dengan Singapura, tetapi patik Hamba Allah yang hina ini faham bagaimana senario seorang Adik yang dianugerahkan Allah sifat pemimpin perlu agresif untuk memimpin bersama Abang Sulungnya kerana Malaysia dilahirkan bukan untuk dipimpin oleh "Abang-Abang di Asean".

Wallahualam.

Ampun Tuanku. "Sembah" soalan ini harap diampun.

No comments: