Kita terima Pak Lah sebahagian dari Sejarah Malaysia. Segala
kerosakan yang dapat kita sembunyikan dan redakan kita lakukan kerana kita
yakin pada Allah, pasti ada hikmahnya.
Namun, kesilapan paling besar Pak Lah yang paling sukar
diatasi adalah memberi harapan baru pada orang Cina untuk mempunyai Perdana
Menteri Malaysia berbangsa bukan Melayu.
Tahniah DAP, PAS dan PKR kerana berjaya menarik sokongan
puluhan ribu rakyat di Johor, Penang dan beberapa tempat lain. Disebabkan 95%
hadirin adalah orang Cina, maka tahniah Cina kerana berjaya memecahbelahkan
Malaysia.
PRU 13 adalah Pilihanraya perkauman. Cina percaya ini kali
sahaja peluang yang ada, sekali ini sahaja untuk menjadi Perdana Menteri
justeru mengawal kuasa politik selepas merajai kuasa ekonomi untuk tempoh yang
amat lama.
Kestabilan? Cina sudah tidak peduli, peluang harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Do or die!
Do or die for Chinese? Ini kalilah! Tapi...
Are you sure my Chinese brother and sister?
Sejarah adalah fakta, kalau saya bercakap mengenai sejarah
Nabi Muhammad SAW di hina dan dihalang oleh orang Kafir bukan bermaksud saya
mahu menakutkan orang ramai supaya jangan berkawan dan berpakat dengan orang
Kafir.
Kekeliruan berkerjsama dengan orang kafir ini hanya berlaku dalam PAS
sahaja sejak dahulu melalui Amanat Hadi, hingga sekarang, melalui PSM dan hudud.
Fakta yang ingin saya sebut adalah 13 Mei. Orang Cina bukan
orang bodoh malah mempunyai intuisi diri yang tinggi kerana mereka sudah biasa
hidup dalam perang di Tanah Besar dahulu.
Perkiraan mereka Melayu pasti boleh diusir dari Kuala
Lumpur barulah mereka bertindak menghalau Melayu, kerana Melayu tidak kuat seperti Kongsi Gelap Ghe Hind an Hai San selain
mempunyai keinginan dunia yang amat lemah.
Melayu begitu lemah lembut, sopan dan
percaya pada Allah sehinggakan mahu keluar dari Hutan atau Kampung pun menjadi
satu dosa seperti menolak akhirat menerima dunia. Pendapat Melayu lemah itu dibuktikan salah pada 13 Mei.
Bukan sahaja Melayu tidak dapat diusir, kejadian seperti
Parang Terbang menjadi igauan berpanjangan pada Cina. Cina diselamatkan oleh
Askar Melayu yang mententeramkan keadaan dan Kerajaan bertindak mengisytihar
darurat.
Tidak percaya? Kalian tidak perlu percaya pada saya.
Orang Cina
juga boleh panggil saya penipu.
Tapi tanya diri kalian orang Melayu, jika anda ke Mid
Valley, One Utama, KLCC, malah ke Pusat Industri Sg Buloh, Kilang-kilang, Syarikat- Syarikat, Bos-Bos, Kedai-kedai, Pasar-Pasar, Pembekal-pembekal, siapa
pemiliknya? Dalam Syarikat Swasta milik mereka dan milik MNC siapa Top Management anda? Apakah Melayu yang lemah ini diberi peluang dan tempat? Benarkah hati kalian yang paling dalam tidak pernah terdetik
sekelumitpun perasaan cemburu ataupun tidak pernah ditekan langsung?
Tanya diri kalian orang Cina, jika rakan Melayu anda malas
belajar, Mat Rempit atau kutu berahak menyambung pelajaran, malah ke
Universiti, diberi pinjaman, beli rumah dapat diskaun dan sebagainya, benarkah
kalian merelakannya dengan ikhlas?
Ketidakseimbangan ini hanya dapat diseimbangkan oleh kuasa politik yang mana memastikan keutuhan jambatan yang
menjalinkan golongan Master and Slave ini . Master Cina, Slave Melayu, Cina Tuan, Hamba Melayu ini membentuk 90% sektor pekerjaan.
Soalnya, mengharap orang Cina tidak bersifat rasis sama dengan mengharap orang Kelantan tidak kecek loghat Kelantan?
Kali ini orang Cina berani berharap sekali lagi dan mereka yakin boleh mengawal Melayu dengan lebih baik berbanding pada tahun 1969.
Saya sebagai anak campur kepada ibu bapa saya yang bercinta dia KL dari 1965-1973 YAKIN CINA SILAP LAGI. Melayu masih gagah dan perkasa.
Majoriti Melayu masih meletakkan Islam sebagai perjuangan utama dan jikalau perjuangan fizikal
tercetus, orang Islam berperang seperti tidak takut mati dan dibuktikan dalam Sejarah Perang Salib.
Bersediakah kita, Cina dan Melayu untuk Pilihanraya Perkauman ini?
No comments:
Post a Comment