ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, April 30, 2013

Presiden PAS Hipokrit Dalam Suratnya Pada Polis dan Tentera



Dibawah adalah antara bukti Presiden PAS hipokrit yang diambil dari Surat beliau dari Harakahdaily.net.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18806-surat-buat-pengundi-awal-daripada-presiden-pas

“Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013.

Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila.”

Seperti anda saya juga tahu gaji Polis dan Tentera dibayar oleh rakyat. Malah mereka berkhidmat dan berkerja untuk rakyat dan bukan untuk Najib atau UMNO.

Malangnya, PAS, PKR dan DAP malahan Haji Hadi sendiri tidak pernah membela Polis dan Tentera. Sedangkan kalian tahu kebenaran memihak pada Polis dan Tentera, tapi kalian memilih untuk berpaling dari kebenaran.

Polis dimaki, dikeji, dicaci, dihina, disumpah, dipukul, di ludah, dan sebagainya oleh ahli PAS ketika Bersih. Anda lupa, tengok Youtube. Tentera dikatakan mati katak oleh Tian Chua, anda lupa, tengok Tweeter. Polis digelar anjing dan penjenayah oleh PKR, anda lupa Kugan? Seorang penjenayah yang mati dalam tahanan? 

Saya mahu sebut pun malu kerana banyak sangat fitnah dan kejian keatas Polis dan Tentera yang dilakukan oleh orang ISLAM berkiblat PAS.

Jangan jadi hipokrit, pun jangan jadi manusia tapi perangai serupa @#$%^.

UNDI POS Polis dan Tentera jika ditanya pada budak umur 10 tahun pun akan berkata pastilah Polis dan Tentera akan undi orang yang tidak menghina, memfitnah dan mengeji mereka. 

Namun, skrip para syaitan ini sudah kita tahu, manusia berimej islam ini hanya jadi tukang baca apatah lagi bila undi POS tidak memihak pada mereka, mereka akan kata ini semua kerja jahat UMNO.

No comments: