Orang Cina sudah bersuara. Suara mereka bukan sahaja kuat
dan senada tetapi juga merupakan aspirasi Malaysia. Masanya sudah tiba untuk
transformasi besaran memenuhi tuntutan Cina dan golongan liberal Melayu.
Saya bukan ahli politik atau penyokong parti tertentu,
justeru apa sahaja penulisan dan pendapat saya tidak pernah bercanggah antara
sama lain, selain memperjuangkan isu yang saya rasakan benar malah konsisten dalam apa yang dikatakan demi Islam,
Melayu, Cina dan Malaysia. Saya sudah menulis dan menggesa PM melantik TPM Cina
portfolio ekonomi dan mula memansuhkan DEB secara berperingkat lebih setahun
dahulu.
Barah dalam masyarakat Malaysia sudah lama terjadi terutama
di peringkat pendidikan. MRSM, UiTM, SBPA dan semua sistem pendidikan perlu
mula melaksanakan meritokrasi. Saya, amat dekat dengan kaum Cina berbanding
Melayu, dan kerana Melayu adalah “indigenous” maka hak Cina yang lebih pandai
dalam pelajaran dinafikan. Mereka berjaya hari ini kerana usaha kuat dan gigih
mereka tanpa bantuan Kerajaan seperti yang dinikmati pelajar UiTM, MRSM dan
lain-lain.
Barah ini membusuk selepas mereka tamat pelajaran dengan
dasar-dasar kerajaan yang melindungi orang Melayu termasuk syarat “Top
Management” Swasta harus ada orang Melayu, “Top Management” GLC tempat Melayu professional
bermewah dan bersenang tanpa saingan dan usaha gigih, diskaun bumiputera dalam
pembelian aset, pemilikan Tanah disekat
atas nama Melayu, malah banyak lagi bentuk pertolongan kepada orang Melayu.
Barah ini kemudiannya menghanyir kerana DEB menganaktirikan
peniaga dan usahawan Cina. Ramai kawan dan saudara Cina yang berniaga dengan
meminjam Along dibunuh dan dihantui Along dikala orang Melayu selesa dengan
pinjaman atas kuota bumiputera malah tidak dikenakan apa-apa tindakan jika
tidak membayar balik pinjaman.
BN perlu melantik TPM Cina, menghapuskan DEB berperingkat
dimulai kawasan Bandar, melaksanakan
meritokrasi di semua IPTA dan Sekolah, dan memberi peluang sama rata kepada
Cina untuk menjadi Perdana Menteri dengan memberi kuasa kepada semua ahli BN melantik
Presiden BN dan Presiden BN, bukan Presiden UMNO secara automatiknya adalah
Perdana Menteri.
Selain tindakan
diatas, kita tidak ada pilihan dan penyelesaian lain selain kekerasan dan
tekanan keatas mereka. Namun, tindakan “ethnic cleansing” samada secara halus atau
terangan tidak akan mencapai matlamat kerana golongan liberal Melayu sudah lama
mendominasi kepimpinan Parti-Parti Politik samada PAS, PKR mahupun UMNO itu sendiri.
Tindakan BN ini adalah satu-satunya cara untuk kembali
relevan menjadi pilihan Rakyat Malaysia. Tidak timbul isu orang Melayu akan
menjauhi BN kerana terbukti Pakatan Rakyat menjadi pilihan Rakyat pada PRU 13
kerana menjanjikan TPM Cina, menjanjikan menghapuskan DEB, DAP menjanjikan
kesamarataan kaum dan Perdana Menteri Cina dan PAS pula menyokong dan disokong
Melayu liberal.
Ini kalilah DAP sudah
berjaya dan mencapai matlamat, Najib dan BN perlu lancarkan inilah masanya.
No comments:
Post a Comment