ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, May 6, 2013

Keputusan dan Analisis - Strategi Akhir Memikat Pengundi Cina dan Melayu

Dalam analisis saya sebelum ini saya ada menyebut tentang keupayaan BN memenangi Selangor dan 2/3 banyak bergantung kepada strategi akhir Anwar dan Najib.

Saya cuba untuk memberi pandangan kepada Dato Seri Najib agar beliau harus menggunakan taktik hudud dan Cina sebagai strategi akhirnya.

Sepertimana Anwar yang mengumumkan beliau akan melantik dua orang TPM untuk membantu beliau sebagai Perdana Menteri iaitu Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Dalam email saya kepada Dato Seri Najib melalui facebook saya mengesyorkan agar Dato Seri Najib mengumumkan pelaksanaan hudud dengan penubuhan panel khas mengkaji dan melaksanakan hudud penawaran berbanding hudud pas iaitu hudud paksaan.

Dalam hudud Malaysia ini, PM perlu memastikan penglibatan PAS terutama Pemuda PAS yang akan dilantik sebagai golongan pelaksana hukuman hudud.

Saya juga memberitahu agar PM melantik TPM KEDUA dari bangsa Cina/MCA yang menjaga portfolio ekonomi, dan TPM 1 menjaga portfolio pentabdiran dan pengurusan.

Strategi akhir ini perlu untuk memenuhi kehendak orang Islam yang mahukan hudud dan orang Cina yang mahukan kuasa lebih besar kepada mereka dalam Kerajaan dan kuasa politik.

Sebenarnya banyak yang boleh PM Najib lakukan untuk memenangi undi orang Cina selain melantik mereka sebagai TPM, termasuk kuasa kepada mereka mengundi memilih Presiden BN yang akan menjadi PM, dan bukan Presiden UMNO yang akan menjadi PM.

Nasi sudah jadi bubur, bagaimanapun saya tetap berharap agar pembaharuan ini dapat dilakukan pasca PRU 13 kerana melihat kepada keputusan PRU Singapore tahun lepas jelas rakyat Singapore mahukan perubahan impak maksima dari norm yang rutin dan ketinggalan.

Apa-apapun, tahniah Malaysia kerana memberi Malaysia Baru.

No comments: