Saya ada seorang sahabat bernama Fong yang beragama Bahai. Saya gunakan perkataan agama dan bukan pemahaman kerana saya menghormatinya.
Pengenalan saya dengannya dan menjadi rapat dengan adiknya, ibunya seorang India dan ayahnya seorang Cina. Mereka adalah orang yang amat baik, berfikiran positif dan mmpunyai nilai hidup yang mulia.
Sukar untuk memahami bagaimana sebuah keluarga bukan Islam mendapat nilai sebegitu. Oleh kerana beliau berusaha untuk mentarbiah agama Bahai kepada saya pada masa itu, dan memberikan kitab Bahai kepada saya, maka saya dapati Bahai adalah agama kasih sayang yang menekankan nilai hidup manusia dan hubungan sesama manusia.
Bahai tidak membenarkan minum arak dan mereka juga berpuasa seperti Islam, bezanya adalah masa. Ia sebenarnya bukan agama tetapi lebih kepada fahaman, bukan, ia lebih kepada serpihan dari agama Islam. Bahai mengakui Tuhan dan Nabi Muhammad tetapi mereka percaya Nabi Muhammad SAW bukan Nabi terakhir.
Bahai percaya Ahmad Baha'ullah adalah Nabi selepas Nabi Muhammad. Ahmad Baha'ullah adalah seorang Islam yang ditangkap dan dipenjarakan oleh Kerajaan Iran pada 1000 hijrah, lebih 400 tahun dahulu. Beliau mati dalam penjara. Pengikutnya, yang diketuai anaknya, Shogi Affendi telah menerbitkan kitab Bahai semasa Ahmad Baha'ullah dalam penjara, dan kematiannya memperluaskan lagi pengaruh pengikutnya.
Takdir Allah telah menemukan beliau dengan seorang gadis Kelantan. Pada awal perkenalan, Fong memberitahu saya beliau hanya berkawan biasa selain mahu berdakwah agar gadis berkenaan masuk Bahai. Hakikatnya, saya selalu tertarik dengan orang Bukan Islam yang baik amat dan selalu berdoa pada Allah agar mereka diberi petunjuk. Oleh kerana tujuan kami sama iaiti dia mahu mentarbiah saya begitu juga sebaliknya, kami selalu berhujah tentang agama masing-masing sehingga ke larut malam.
Alhamdulillah, ALLAH sayangkan Fong. Beliau bermimpi dan akhirnya memeluk agama Islam sebelum melangsungkan perkahwinan dengan gadis Melayu. Selang beberapa tahun selepas itu adiknya pula memeluk Islam diikuti oleh kekasih adiknya yang juga isterinya kini. Rahmat Allah tidak berhenti disitu, selepas kematian Ayahnya, ibunya pula memeluk agama Islam.
Suka saya katakan saya berbangga mempunyai sahabat seperti beliau, kerana kebaikan hati, kejernihan dan kesucian jiwanya dan keluarganya sudah saya nampak sebelum dia memeluk agama Islam lagi.
Seperti muallaf lain, mereka amat teruja dengan Al-Quran dan Agama Allah. Tidak seperti rakan lain yang dibesarkan di Kuala Lumpur, Fong dan saya mempunyai banyak persamaan termasuk kurang berkata kotor dan tidak mahu terlibat dengan perkara yang menjurus kepadanya.
Hari ini, selepas berpuluh tahun mengenalinya, politik sudah mencemari beliau. Kini, dalam status sahabatku itu, jelas tiada lagi ayat insya ALLAH, may Allah lead us, Allah is Great, Allah here, Allah there so on so fore.
Yang ada adalah kenyataan politik yang menyokong campurtangan asing, yang menyokong pemimpin LGBT dan mepertahankan keselamatan Negara Israel dan sebagainya.
Itu kata saya tentang dia. Mungkin, dia juga akan kata yang sama tentang saya dan soalan biasa yang saya jelik mendengar, adakah saya ahli UMNO, seolah setiap orang yang bercakap untuk Islam dan menentang PAS adalah ahli UMNO.
Saya sedih melihat Sahabat saya, tidak saudara saya yang baik dan suci dalam agama Bahai, dipersucikan oleh agama Islam dicemari oleh politik.
Jika perkara tersebut boleh berlaku kepada beliau, ia tidak mustahil terjadi pada saya.
Sebenarnya, Im not born fighter, dan faktor anak campur juga membuatkan saya kurang semangat apabila berkaitan Melayu. Keputusan PRU 12 dan terkini PRU 13 telah melumpuhkan semangat saya dan saya jemu dengan Melayu, kaum hamba yang haprak. Melayu terperangkap dalam Islam dan mudah mempercayai orang berserban seolah tiada wujud rukun Islam percaya pada Allah. Melayu amat lemah, membuatkan saya lebih berminat mengaku sebagai Cina.
Tapi itu perasaan saya, dan jiwa saya masih sayangkan Melayu dan cuba mengingatkan mereka secara halus. Hakikatnya, saya cepat matang. Pada usia 19 tahun saya sudah berdebat dengan orang tentang politik, PAS, UMNO dan Islam sendiri. My approach was rough and young, I was in left lane before. Jadi pada usia menjelang 30 tahun, saya lebih pada haluan kanan dan tengah. Moderate.
Tapi PRU 13 benar-benar menguji saya. Dan kini, saya lihat bagaimana politik mencemari sahabat saya.
Justeru, saya mengambil keputusan untuk berehat dari politik. Kini, terpulanglah pada Melayu untuk menentukan hala tujunya dan nasibnya sendiri. Lebih dari itu, saya yakin Allah sayangkan Melayu dan orang Islam Malaysia, jadi "my preservation" di sertakan dengan doa dan keyakinan pada ALLAH. Demi Tuhan, Rasul dan Umat Baginda, Islam akan terus dipertahankan dan dilindungi Allah di bumi Malaysia. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment