Simple math. Matematik mudah.
Bangsa yang maju harus tahu menilai perbezaan antara salah
dan betul, dan garisan yang memisahkannya. Malaysia walaupun berstatus Negara
Dunia Kelas Kedua, tapi dalam soal pemanduan, makanan percuma dan harga mahu
murah, servis mahu bagus masih berada di takuk Kelas Ketiga.
Mungkin ada masih ramai antara kita yang berfikiran Kelas Pertama namun disebabkan politik, dari Kelas Pertama terus jadi Kelas kelapan belas. Semua perkara yang tidak kena dengan perjuangan mahupun kepercayaan politiknya, terus-terusan dikecam walaupun baik, jika kena dengan politiknya walaupun jahat terus dibela. SAYA MAHU MULAKAN KEMPEN SAYA ATAS POLITIK.
Saya mengecam kenyataan CEO AirAsia X, kerana mengecam
Utusan tetapi dalam masa yang sama memperjuangkan hak kebebasan bersuara,
kekeliruan yang sama teruk dengan kekeliruan gender.
Saya membelakangi Tan Sri Rafidah yang terkenal dengan sikap
lepas mulut, celupar dan berani menyatakan apa yang benar, tapi menikus dalam
isu Azran kerana membabitkan periuk nasinya, soal intergriti bukan masalah, masyarakat Malaysia mudah lupa.
Pun begitu, ia tidak menghalang saya untuk menilai yang
salah, tetap salah, yang betul, tetap betul.
Apa yang terjadi pada Izyan dan ramai lagi penumpang Air
Asia bukan salah Air Asia mahupun Tony Fernandes sepenuhnya. Ada benarnya, Air
Asia gagal menjalankan tanggungjawab memastikan Izyan selamat sampai ke Hotel,
satu kesilapan atas kelebihan.
Kelebihan Air Asia adalah mengelak segala jenis caj tambahan
dan tidak membayarnya langsung, serta beroperasi dengan kadar paling minimal
yang mungkin.
Kelebihan Air Asia ini dilakukan sejak hari pertama ia mula
beroperasi bagi menawarkan tambang murah yang memanfaatkan lebih 10,000,000
rakyat Asia Tenggara.
Kelebihan ini pasti ada kekurangannya. Sepertimana Lebuhraya
PLUS yang mengenakan Tol bagi menyediakan jalan dan infrastrukur yang selesa
dan selamat, pemandu mempunyai pilihan jalan lain yang tidak bertol.
Masalah utama Air Asia, PLUS, Mc Donald dan lain-lain
perniagaan adalah masalah “service or product expectation” dan “service cost”, lebih-lebih lagi dalam kes
perkhidmatan murah dengan pilihan kos tersembunyi.
Yang jelas Air Asia tidak bersalah dalam memastikan semua
golongan mampu terbang. Yang salah adalah penumpang yang gagal menilai nilai
wang dengan mutu produk atau perkhidmatan yang dibeli.
Tidak dinafikan, kini Air Asia mempunyai banyak saingan yang
juga mampu menurunkan tambang kapalterbang malah mempunyai “value added” yang
lebih.
Namun, jika Air Asia tidak memulakan langkah menawarkan
tambang murah dan mampu milik, tidak ada satu pun Syarikat Penerbangan yang
akan berbuat demikian.
Samada kerana Kapal Terbang hanya untuk orang kaya, ataupun
kerana mahu mengekalkan untung yang tinggi ataupun enggan berusaha mengurangkan
caj-caj lain dari dikenakan atas penumpang, ataupun tidak mempunyai visi seperti Tony Fernandes ataupun tidak mahu mengambil risiko
penerbangan dengan menawarkan kadar murah, pengguna harus bijak menimbangnya.
Air Asia menurunkan tambang dengan enggan membayar kos-kos
pilihan dalam bahasa kapalterbangnya “mengurangkan caj dan menaikkan risiko”
penerbangan. Air Asia kekal berjaya kerana risiko penerbangan yang menjadi
pertaruhan operasinya senantiasa berjaya. Walaupun ada beberapa kejadian
terbabas dan sebagainya, namun dalam penerbangan terhempas barulah dipanggil
gagal.
Yang salah adalah mentaliti rakyat Malaysia yang sejak dahulu sering menyalahkan
pihak lain atas kelemahan diri. Membeli risiko yang lebih dengan harga murah
adalah pilihan kita sendiri, tanpa paksaan. Membeli risiko yang kurang dengan
harga yang lebih juga merupakan pilihan kita sendiri. Ia adalah pengurusan
risiko yang adil dan menjadi asas semua bidang perniagaan.
Rakyat Malaysia harus berubah menilai nilai wang dan kos.
Ada banyak bezanya antara Berger RM 1 dengan Berger RM 10 Mc D. Masalah orang
Malaysia, bayar RM 1 tapi mahu Burger RM 10.
Saya tidak membela Air Asia tetapi dalam soal Izyan saya tidak nampak kenapa Air Asia perlu dipersalahkan, jika soal lain itu diluar konteks pengetahuan saya, justeru tidak adil untuk saya komen.
Pun begitu, saya menaruh harapan tinggi agar Air Asia memandang serius status halal makanan. Dalam perniagaan, untung adalah keutamaan dan caranya samada menjual mahal ataupun menjual murah dengan mengurangkan kos. Namun, halal bukan perkara kecil, teruskan usaha Air Asia dengan menawarkan tiket murah dan pilihan surcaj, termasuk makanan yang murah, namun jika halal katakan halal, jika haram labelkan haram, jika was was labelkan tidak dijamin halal.
No comments:
Post a Comment