ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, May 6, 2013

Melayu Liberal Adalah Melayu Bodoh

Melayu PAS, DAP dan PKR bukan Melayu bodoh tetapi Melayu bijak yang tahu menggunakan peluang dan kesempatan untuk agenda yang terang lagi nyata.

Sebaliknya, Melayu Liberal yang mengundi PR adalah Melayu Bodoh.

Melayu Liberal terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu;

Pertama : Golongan profesional lulusan IPTA, penerima pinjaman dan tajaan dalam dan luar Negara, pelajar MRSM, UiTM dan produk MARA

Kedua : Golongan yang bekerja di sektor swasta, GLC dan MNC

Ketiga : Golongan berada dan kaya serta anak mereka

Mereka ini bodoh kerana pertama, DAP memperjuangkan hak kesamarataan yang bermaksud sistem kuota akan dimansuhkan dan digantikan dengan Sistem Merit. Golongan profesional ini dapat tawaran belajar di IPT bukan kerana mereka pandai tetapi kerana mereka Melayu. Jika mereka bersaing dengan Cina mereka tidak akan dapat masuk kedalam IPT, tidak akan menerima pinjaman, tidak akan masuk MRSM, dan tidak akan terpilih ke luar Negara kerana jika mereka bersaing dengan Cina HANYA 5 ORANG DARI 100 AKAN BERJAYA SELEBIHNYA CINA

Mereka ini bodoh kerana kedua, DEB mewajibkan MNC dan Swasta yang berkaitan dengan Kerajaan mempunyai Top Management Melayu. Bila Top Management Melayu barulah Melayu sokongan pun boleh tumpang makan sekali. Jika tidak kerana DEB, maka MNC dan Swasta tidak sesekali berminat untuk mengaji Melayu yang pemalas, suka MC, asyik cuti, tidak kompetent, dan cepat tua secepat usia 40 tahun.

DEB pula mewajibkan kakitangan GLC mesti  lebih 80% Melayu termasuk Petronas, MAB, TNB, Telekom, Vads, MAS dll. Jika tidak, pasti MAS, MAB, TNB, Petronas akan lebih cemerlang jika mengaji bukan Melayu kerana masalah attitude Melayu terutama cepat tua dan mencari akhirat seimbang dengan dunia

Mereka ini bodoh yang ketiga kerana DEB mengharuskan tender-tender kerajaan diberi pada mereka. Ahli Lembaga Pengarah, pemilikan saham semua diberi pada Melayu kaya kerana DEB. Malah, dalam pelaburan hartanah juga mereka menikmati diskaun 5%. Tanpa DEB, mereka tidak akan kaya sebegitu mudah.

Melayu Liberal ini tidak tahu akibat dari mengundi PR. Jika mereka tidak memerlukan kerana sudah berjaya, anak mereka pasti memerlukan DEB untuk masuk ke MRSM, IPT dan Luar Negara, kerana jika bersaing dengan bukan Islam, malas saya mahu cakap, lihat sahaja di Singapore. FULL stop.

Memang bodoh dan haprak mereka ini. Saya lebih bangga mengaku Cina.




No comments: