ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, May 7, 2013

Mekanisme Balasan Dan Pengajaran




Dato Seri Mohd Najib perlu memikirkan satu mekanisma yang sesuai untuk membalas “jasa” kakitangan kerajaan yang terlibat dalam menyokong kalimah Allah digunakan dalam Injil, yang menyokong usaha DAP untuk menghapuskan DEB, menyokong kesamarataan kaum dan meritokrasi dalam kemasukan ke IPT, mengurangkan jumlah kakitangan awam dan juga menyokong Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri oran Cina.

Dalam kalangan kita ramai bekas pelajar MRSM, UiTM, MARA, penerima biasiswa, kakitangan Petronas, TNB, lain-lain GLC yang tidak layak dari segi meritnya jika bersaing secara adil dengan orang Cina, tetapi mereka ini yang dibantu oleh dasar kerajaan melalui DEB menyokong PR. Undi adalah rahsia dan hak mereka, tetapi secara terbuka menyokong PR, menghasut dan mengajak yang lain jelas tidak boleh diterima.

Bukan itu sahaja, mereka begitu lantang mengecam kerajaan dan parti kerajaan secara terbuka dan menghasut orang lain, seolah-olah mereka berjaya atas usaha mereka sendiri padahal jika tidak kerana sistem kuota mereka tidak akan sesekali berjaya bersaing dengan orang Cina yang lebih pandai, yang lebih displin, mempunyai intuisi diri yang tinggi serta tamadun yang hebat.

Orang Melayu ini samada professional atau sokongan adalah pengkhianat Melayu sejati. Mereka harus diajar samada secara halus mahupun secara terangan, termasuk menghapuskan sistem kuota dalam GLC, MNC, Petronas, Khazanah, dan menafikan anak mereka masuk ke MRSM dan UiTM. Jika mereka kerja kerajaan beri mereka tugas yang lebih menderita agar mereka belajar untuk bersyukur.

Jika anak Melayu berjaya dari MRSM, UiTM, IPTA fikir mereka berjaya kerana usaha mereka, mereka silap, jika tidak kerana system kuota, mereka tidak akan mendapat tempat di MRSM, UiTM dan IPTA kerana Cina dan India jauh lebih pandai dari mereka.

Mekanisme pengajaran ini juga harus disampaikan kepada orang Kelantan. Orang Kelantan mengagungkan orang mereka sahaja dan bersikap kenegerian. Jika diberi jawatan dalam Kerajaan mereka cenderung untuk hanya memberi tender, projek dan kerja kepada penender dan peniaga dari Negeri mereka sahaja. Selepas mewah dan kaya menelan dan membolot segala kekayaan Negeri Selangor dan WPKL, mereka kembali ke Kelantan dan mengundi PR yang mahu menggadai nama Allah. Orang Kelantan diperantauan kaya dibantu orang mereka, diberi duit dan bantuan, berduyun-duyun kereta pulang semata-mata untuk menentang orang yang sudah banyak berjasa pada mereka.

Kami orang Selangor, Johor, Pahang, Melaka  dan Negeri Sembilan sejak dahulu menyokong dan membantu Kerajaan tetapi yang dapat tender, yang dapat kerja di GLC adalah orang Kelantan yang tidak pernah beri peluang kepada BN untuk membantu Negeri mereka supaya mereka boleh membuat onar dan khianat di Negeri orang.

Mekanisme pengajara ini juga harus dikenakan keatas rakyat Indonesia yang diberi taraf warganegara. Mereka ini lahir di Indonesia, datang merempat dan mengemis disin, anak mereka diberi IC, diberi pelajaran percuma, diberi bantuan dan biasiswa, saya sendiri membantu anak mereka bekerja di SIRIM yang mendapat banyak faedah gaji dan kemudahan atas nama Melayu, kini menyertai dan menyokong pembangkang.

Jika orang Malaysia tulen yang menjadi tanggungjawab kerajaan memberi pendidikan dan biasiswa kepada anak mereka, saya hormati hak mereka. Tetapi ini rakyat Indonesia yang menikmati segala kemudahan, tidak membayar cukai malah anak mereka diberi kerja di Kerajaan dan GLC berbanding anak jati Malaysia menyokong PR mengancam kontrak sosial antara kaum, maka saya sarankan kerajaan harus mengajar mereka.

Kerajaan harus memastikan tiada anak kepada nombor kad pengenalan 71 mendapat tempat dalam Kerajaan dan GLC di masa hadapan kerana mereka tidak tahu bersyukur.

Jika boleh kerajaan perlu  wujudkan skuad khas untuk menyiasat aktiviti dan tindak tanduk kakitangan Kerajaan, pelajar MRSM, UiTM dan produk MARA serta generasi kedua pendatang Indonesia dan mengajar mereka makna bersyukur.

Kerajaan perlu cepat dan pantas kera jika dibiarkan, sikap ini akan membuatkan orang neutral dan yang menyokong kerajaan akan cenderung untuk mengikut jejak lain. Undi adalah rahsia, dan hak pengundi tetapi berkempen dan menyokong PR secara terbuka tidak boleh diterima sama sekali sebagai penjawat awam yang sewajarnya neutral.


No comments: