Saya mempunyai kesangsian terhadap matlamat dan agenda
Amanah Hartanah Bumiputera. Saya tidak nafikan ia memberi pulangan yang tinggi
kepada pelaburan bumiputera selain mengekalkan pemilikan bumiputera keatas
hartanah tersebut.
Namun, hartanah yang terlibat hanya melibatkan hartanah
sediada dan bukan pertambahan hartanah.
Era pasca PRU13, semua agenda
bumiputera perlu dilaksanakan dengan cepat, tepat dan paling penting bijak.
Pemilikan bumiputera keatas
hartanah dalam Bandar amat sedikit iaitu hanya kira-kira 15% sahaja dimana
lebih 2/3 darinya dimiliki oleh Bukan Individu. Manakala di luar Bandar, jika
tidak kerana sekatan Tanah Rizab Melayu sudah pastilah ia akan menerima nasib
yang sama dengan di Bandar.
Malangnya, 90% Tanah Rizab Melayu
dan Tanah Pusaka gagal dimanfaatkan kerana masalah faraid. Masalah faraid hanya
mampu diselesaikan dan dimajukan menggunakan wang yang banyak, kira-kira 2
hingga 3 kali ganda dari harga pasaran sebenar.
Justeru, Kerajaan kini tidak boleh
berlengah yang meningkatkan kesangsian pelabur apakah duit tersebut benar-benar
digunakan untuk agenda hartanah bumiputera atau untuk agenda tersembunyi lain.
Kerajaan perlu menggunakan semua wang
Amanah Hartanah Bumiputera untuk membeli hartanah yang baru di Bandar, menambah
pemilikan keatas hartanah di Bandar, memajukan hartanah luar Bandar terutama tanah
rizab melayu dan tanah pusaka. Jika tidak mampu, AHB boleh berkongsi dengan
Majlis Agama dengan menggunakan duit zakat.
Melayu perlu meningkatkan
pemilikan hartanah bumiputera kepada 40% ke 60% agar sosio ekonomi antara
Melayu dan Bukan Melayu dapat diseimbangkan. Ini perlu dilakukan khususnya
dikawasan perindustrian utama seperti Segitiga Emas, Sg Buloh,Kepong, Petaling Streeet, Jalan Pudu, Ipoh, Penang, Iskandar dan banyak lagi.
NAK TUNGGU APA LAGI? Apakah Melayu mahu bertindak selepas pemilikan hartanah menurun ke tahap 2% sahaja?
No comments:
Post a Comment