ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 1, 2013

Zain Zaidin, Azhar Sulaiman, Norman Kru, Abby Abadi dan Bob Lokman



Penat bercerita politik, nak cerita masalah orang kita pula.

Zain Zaidin berdarah kacukan pasti mempunyai X Gen atau Y gen dari barat. Orang Melayu tidak boleh menerima cara barat. Barat atau Melayu, Islamlah yang tetap unggul sebagai agama kebenaran, jika benar, katakan walaupun pahit, kerana pahit itu ubat sabda Rasulullah SAW.

Zain Zaidin mengkritik  terbuka juri yang lebih tua dan lebih professional kononnya, dan dia dikecam kurang ajar dan kebudak-budakan.

Inilah masalah orang Melayu, menerima berita telan semata, malas buat homework dan keliru dalam fahaman agama. Apa salahnya being gentleman? Dari mengata dan tikam belakang lebih baik mengatakan yang benar dan bertanya untuk meleraikan yang tersirat.

Filem Anger Management lakonan Adam Sandler mengajar kita erti pengurusan diri dan marah. Orang Melayu menahan marah untuk kekal sopan  santun didepan mata, tetapi bila gagal mengurus marah lalu bila marah jadilah amuk dan paling senang dilihat bila mereka pegang stereng kereta. Hancur sopan depan mata tadi, yang ada biadab dan kurang ajar diatas jalan kerana orang tidak Nampak siapa pemandunya.

Dalam The Apprentice, kita dapat lihat bagaimana Donald Trump menggunakan ucapan seperti You Are Fired! You are stupid, shut your mouth! You are lame! No Manner! Disgrace! Tidak kurang Donald Trump juga diserang peserta yang lebih muda dengan lebih teruk lagi.  Namun, kita dapat lihat dari riak muka mereka semua, mereka professional. They throw their anger orderly and mannerly. 

Kalau Melayu mahu menjadi Masyarakat Kelas Pertama, ini yang patut kita belajar dari mereka bukannya sibuk mahu tiru acara debat Presiden semata.

Saya sokong dan kagumi keberanian Zain Zaidin, semoga Melayu berani berkata depan-depan dan hentikan sikap berkata belakang. Urus marah dengan baik dan berani kerana benar.

Azhar Sulaiman adalah mangsa kepada kebebasan bersuara. Inilah kebebasan bersuara dan hak manusia yang diajar Amerika kepada kita. Kalau benarlah di Amerika wujud kebebasan bersuara maka saya boleh menyebut dan memanggil Niger, Black, Monkey dan sebagainya.

Orang Malaysia belajar dari Amerika, sebab itu kebebasan bersuara yang diperjuangkan mereka adalah untuk mereka sahaja, bila orang lain mahu bersuara, mereka serang habis-habisan. Tidak cukup dengan caci maki, keluarga dilibatkan, Allah dilibatkan, akidah dimodalkan, kesimpulannya, kita sesat mereka baik.

Dari kes video Anwar sampai ke Mustapha, yang keluar dari mulut mereka ini fitnah, ingat seksa Allah, ini lakonan malah ada yang mendakwa video edit.

Jika dalam video itu adalah orang yang mereka tidak suka, hilang fitnah yang keluar dari mulut ini dunia akhir zaman, Astargfirullah, doa-doa jauhkan merek dari pemimpin seperti ini dan sebagianya, malah UMNO itu, UMNO ini, kafir dan sebagainya. Sejak bila Allah ajar double standard, untuk UMNO kotor dan busuk, untuk PR semua fitnah belaka?

SAYA CABAR, JIKA AKSI TERSEBUT BOLEH DILAKONKAN DAN DIEDIT VIDEO, keluarkan Video Seks Najib dan Altantuya, Mahathir dengan Siti Nurhaliza, boleh?????????????????

Saya sokong dan hormati pendirian Azhar Sulaiman. Tindakan beliau adalah hak seorang Islam yang Allah suruh katakan yang benar dalam hal yang kita tahu, bukan berpaling dari kebenaran. Yang kecam dan hina itu, serahkan pada ALLAH Hakim Bijaksana, kalau rasa Azhar Sulaiman salah, doa pada Allah, mahu minta Allah hukum boleh, mahu minta Allah bimbing dan tunjuk kebenaran pada yang salah samada Azhar atau kita adalah lebih baik.

Norman KRU bersuara dan mengatakan industri kreatif Negara akan mengalami kejatuhan jika PR memerintah. 

Dimana yang salahnya?

Seni Kreatif sendiri bermakna seni yang tiada batasan! Apakah agama Islam tidak mempunyai batasan? Sudah pasti agama Islam yang mempunyai batasan aurat, tertib pakaian, suara itu aurat, haram wanita cantik untuk bukan suami dan banyak lagi akan merencatkan seni kreatif!! Dimana salahnya kenyataan Norman KRU?

Ini adalah pilihan. Pelacur itu pun ada sebab kuasa ALLAH yang benarkan mereka ada, untuk apa, untuk anda melanggan dengan seluar dalam putih? Pelacur, seni kreatif, seks, dadah dan sebagainya ALLAH benarkan untuk menguji iman dan takwa umat Islam. Kita pilih yang mana, ikut kita walaupun sudah mendapat didikan agama, malah digelar pula ulama atau ustaz. 

Dari AF 1, saya berhujah, cabar mencabar, dikecam, dijatuh hukum Neraka oleh ramai pengikut PAS yang mengatakan AF itu berdosa besar. Tentulah berdosa, siapa nafikan, tapi siapa yang pilih jalan tersebut maka imannya sudah diuji dan dia gagal. 

Mungkin Norman KRU patut kata industry seni kreatif lakonan dan suara Negara akan berkembang sepenuhnya di bawah PR sehinggakan para Malaikat dan ahli Syurga turun membeli CD nya.

Saya sokong dan faham maksud Norman. Apa yang dikatakan tidak salah, cara pendengar mengambil sudut yang baik atau buruk, atau lebih hina ambil sudut politik. Pemahaman saya Norman kata, seni kreatif Negara hanya boleh berkembang dengan melanggar syariat dan hukum Allah, para peminat harus sedar jalan yang mereka pilih, yang mereka sokong, yang mereka keluarkan duit beli CD, yang mereka undi di ABPH dan sebagainya. Gunakan hiburan sebagai jalan untuk mendekatkan diri pada ALLAH dan jangan dilalaikan oleh hiburan. Paling penting, Norman kata, sebagai umat ISLAM, peminat perlu bijak menyedari dan mengasingkan yang baik dengan yang batil dan bersedialah untuk jawapan bila bertemu Allah Yang Satu. 

Abby Abadi, Bob Lokman dan yang tidak saya sebut Aishah. Tahniah kepada kalian kerana mempercayai sesuatu dan memperjuangkannya. Pastikan ia ikhlas kerana Allah dan bukan sebab lain, kerana ALLAH TIDAK MUNGKIN DITIPU DAN MENIPU. Kami menghormati anda dan perbezaan politik tidak menjejaskan pandangan dan hubungan kami kepada anda.

Pada pembaca yang mengecam artis terutamanya Zain, Azhar dan Norman, saya seperti anda boleh kata kembalilah pada Al-Quran, berdosa, kafir dan sebagainya. Tapi itu modal orang merendahkan kepandaian orang lain seolah diri sendiri sahaja yang pandai dan yang alim. 

Saya tidak mahu kata itu, tapi saya mahu kata, setiap kali selepas solat, berdoalah pada ALLAH untuk mana-mana individu yang anda tidak puas hati, doa supaya Allah hukum mereka dan lebih baik, doa semoga ALLAH menunjuki dan membimbing kita semua ke jalan yang ALLAH kehendaki dan redhai. Amin.

No comments: