ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 8, 2013

Masa Kerajaan Membenarkan Tarekat Semula Untuk Mengimbangi Dunia Dengan Akhirat




Saya adalah anak kepada Abdul Rahman Bin Mohd Nurut. Bapa saya belajar dan menuntut lebih 70 jenis tarekat seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura. Sebut sahaja apa, Ahmadiah, Nasybandiah, Qadiriah, Samaniah, Wali Songo apa sahaja, semua bapa saya tuntut dengan semangat mencari Allah. Katanya, bila kita bertemu dengan kekhilafan dan kesesatan dalam mana-mana tarekat, kita akan tahu dan sedar, yang benar itu hanya ALLAH.

Atas sebab itu, saya mendapat tempias yang amat besar dalam hidup saya. Berjinak dengan agama dalam bentuk hakikat dan tarekat sejak sementah usia. Alhamdulillah, syariat saya kekal dilaksanakan dengan baik.

Di Malaysia, saat kesedihan ISLAM terjadi pada zaman Tun Dr Mahathir. Bukan salah beliau, tetapi salah umat Islam Malaysia yang tidak matang dalam membezakan batil dan hak dan bersikap sederhana dalam mempelajari Islam dan menuntut ilmu Allah.

Al-Arqam membuktikan kesilapan manusia apabila bersikap terlebih dalam menuntut ilmu. Hakikatnya, Islam itu adalah sederhana. Tidak salah berhibur, mendengar muzik, menyanyi, menonton TV, mengaji, solat, puasa, dan sebagainya asalkan ia dilakukan dengan sederhana.

Kegagalan umat Islam Malaysia yang mudah taksub dan cepat percaya selain dari rukun Iman yang lima menyebabkan ramai orang Islam terpesong dan mencemar nama baik Guru dan Tarekat mereka.

Terus terang saya katakan, antara individu hebat yang saya jumpa adalah Abuya Sheikh Ibrahim Bonjol, yang mengajar Tarekat Samaniah dan Nasyabandiah. Di Malaysia, taipan Google akan menghantar kita kepada keputusan Fatwa JAIS dan Serbuan JAIS keatas Madrasah Haji Harun Paya Jaras.

Abuya dikatakan JAIS sebagai sesat, anak muridnya merangkak bersalam dengan beliau, keluar air dari tangan, tapak kakinya  tidak boleh dipijak, sisa makanannya berkat dikongsi dan bekas isterinya haram dinikah dsb.

Saya melihat dia sebagai orang tua yang berusia 125 tahun(mengikut ketepe 75 tahun), saya pasti umur dia beratus tahun kerana kedutnya, dia berjalan amat perlahan, hanya makan sesuap bubur sehari, minum segelas air sehari dan paling penting, apabila azan berkumandang dia adalah orang pertama sampai dan berdiri di belakang imam.

Dia juga berpesan kepada Bapa saya, yang dia tidak mahu pengikutnya mengagungkan dan mendewakan dia termasuk menyimpan najisnya, dan usaha Bapa saya menyedarkan anak muridnya ditentang hebat termasuk anaknya. Tujuan saya bercerita adalah, Nabi Muhammad tidak sesat, tetapi yang sesat adalah pengikutnya, begitu juga tarekat.

Hari ini, selepas kerajaan mewartakan mengharamkan ajaran tarekat, Surau dan Masjid sunyi dan bergelap selepas jam 10 atau 11 malam. Sebelum itu, Surau dan Masjid segar dengan ibadah sehingga ke pagi hari, tetapi atas desakan dan juga aduan masyarakat bukan Islam, ia diterhadkan.

Hari ini, orang Islam di Malaysia sudah mendapat kifarah Allah kerana kerajaan Malaysia mengharamkan tarekat yang mengajak pengikutnya mengesakan Allah.

Umat Islam di Malaysia hari ini lebih mirip kepada zaman jahiliyiah serta taksub kepada ulama politik.
Umat Islam di Malaysia dahagakan agama sehinggakan Islam hanya boleh diperjuangkan atas platform politik.

Umat Islam di Malaysia hari ini lebih suka menuntut ilmu dari internet, Facebook, mendengar ceramah di Youtube, belajar Syiah dan Wahabi di Internet dan pelbagai lagi cara melelong keagungan Islam dilakukan.

Umat Islam di Malaysia kemarau dadanya dengan kalimah Allah, dengan Nur Muhammad, kontang dan terus kontang kerana tiada panduan dari yang Ulama yang benar.

Saya masih berpegang teguh kepada pesan bapa saya, tiada ajaran sesat dalam dunia ini kerana yang layak menjatuhkan hukum sesat atau tidak terhadap mana-mana tarekat hanyalah ALLAH SWT.

Katanya, samada sunnah atau bukan, asalkan amalan itu menjalankan 5 rukun Islam dengan sempurna dan berpegang pada 6 rukun Iman maka ia tidak sesat dan boleh dipelajari.

Sebenarnya, umat Islam di Malaysia benar-benar dalam keadaan yang amat parah. Allah sudah hilang dari lidah mereka, yang ada caci maki, keyakinan pada Allah hilang dalam jiwa mereka, yang ada syak wasangka dan berfikiran buruk, Allah hilang dari hidup mereka yang ada hanya dunia yang kekal sedangkan ALLAH senantiasa berada hampir dengan mereka menunggu manusia menghabiskan satu petang yang bersisa.

Saya, merayu kepada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menarik balik sekatan keatas tarekat. Biarkan tarekat berkembang seperti sebelumnya, biarkan semangat Islam mekar menunjangi keutuhan kaum, dan membuka Nur Allah pada umat Islam agar mereka lebih kenal dan tidak akan terpedaya akan Syaitan disekeliling mereka.

Timbangkanlah Dato Seri, kerana saya jamin tindakan ini akan membantu anda dalam banyak perkara yang anda runsingkan.Insya Allah.

15 comments:

Anonymous said...

Right man!

Noraslina Baharin said...

Betul, Saya Sokong! Teruskan Usaha.

Nor Aslina Binti Baharin
Surau Puchong
Tareekat Samaniyah

Anonymous said...

ya allah,, berkatilah usaha beliau untuk tegakkan agamaMU.

ZED..AHMADIAH, KELANTAN

Sir Rules said...

Benar sekali

wardah said...

setelah tercetusnya fenomena Asy-syahid Ahmad Ammar dan tragedi MH370 baru-baru ini, semoga umat Islam d Malaysia mencari jalan kembali hidup bertuhan. Insya Allah, dalam tarekat kita akan dibimbing mengenal siapa kita dan apa tujuan kita d hidupkan di dunia ini. Proses penyucian hati dan pembinaan iman dll. sebab Allah berjanji akan membantu orang2 yg beriman. (wahai orang2 berIMAN, jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu" - surah muhammad: ayat 7. Tapi, amat malang apabila ramai umat Islam hari ini tak sedar diri hanya sekadar muslim pada nama tapi tiada iman. Sangat bersetuju dengan tulisan ini dan berharap ianya mendapat perhatian dan tindakan dari pihak berkenaan. Peringatan juga kepada diri saya sendiri supaya istiqamah beramal dgn ilmu yg diperolehi drp bertarekat.

Wardah, Tarekat Naqshabandiah Kholidiah.

fazmanli said...

Saya sokong


Saya pengikut tarekat QODRIAH WANAQSABANDIAH jema'ah ALkhidmah Surabaya KH Acmad asrori Al ishaqi ra

Anonymous said...

Saya masih berpegang teguh kepada pesan bapa saya, tiada ajaran sesat dalam dunia ini kerana yang layak menjatuhkan hukum sesat atau tidak terhadap mana-mana tarekat hanyalah ALLAH SWT.
Apa yang kau merepek ni labu???

Anonymous said...

Saya masih berpegang teguh kepada pesan bapa saya, tiada ajaran sesat dalam dunia ini kerana yang layak menjatuhkan hukum sesat atau tidak terhadap mana-mana tarekat hanyalah ALLAH SWT.
Apa yang kau merepek ni labu???


NAMPAK X MEREPEK..
HABIS BUAT PE MENGAJI ILMU ALLAH..KALAU X TAU BEZA JLN YG LURUS DAN SESAT....

Anonymous said...

saya anonymous May 27, 2014 at 2:09 AM memohon ampun dan maaf kepada Saudara Mustaqim Abdul Rahman diatas kelancangan hati dan tangan saya. Saya harap tuan memaafkan kesilapan ini. Hasrat hendak mendelete tapi xboleh. maafkan saya tuan tanah.

Mustaqim Abdul Rahman said...

May 27, 2014 at 2:09 AM x mengapa...sebenarnya asalkan ia utuh memegang rukun iman dan islam....tarekat atau fahaman itu tidak sesat, tidak menyesatkan dan tidak akan sesat kerana solat itu tiang agama...asal jaga solat dan sebut Allah di lidah dan dihati sentiasa insya ALLAH yang sesat dipandu ke NUR NYA semula....

Rusdi Mashor said...

Alhamdulillah... tkasih

Rusdi Mashor said...

May 27, 2014 at 2:09 AM

GioGio Giorno said...

Ikut tarekat nanti terikat....
ayat paling sinonim didengari...
dah tu jadik hamba Allah ni nak meliar sana sini tanpa terikat?
Nak mendisplin diri tanpa guru mmg susah lah utk umat akhir zaman ni...
Ana berpesan utk diri sendiri...
Semoga Allah mengampunkan dosa ana dan antum semua...
Allahuma amin..

frankdun3 said...

Assalamualaikum tuan, semoga sehat sejahtera, bolekah tuan beri saya alamat email tuan, kerna ada bebrapa perkara yg ingin saya tanya, atau sila tuan balas email saya di sini, frankdun3@gmail.com,
balasan dari tuan amat saya hargaai, skeian terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan. Semoga tuan dlm keadaan sejahtera dan dlm rahmat Allah. Di harap dpt email kpd saya faiz_latif@yahoo.com. Saya juga ingin bertanya beberapa soalan. Di harap tuan masih ada di dlm alam syahadah ini. Jazakallah khairan.