Bukan perlu 100 orangpun, tapi mahu mendapatkan 3 orang Melayu bersatu dan bersetuju atas satu perkara yang sama adalah perkara yang paling mustahil kerana ramai kita meletakkan agenda diri sendiri diatas agenda agama dan bangsa apatah lagi nasional, jauh sekali dunia. Tidak percaya?? Berapa ramai antara kita menggunakan Kereta Tanpa Aircond bagi melindungi lapisan ozon????? Malahan, kita boleh didapati 2 orang Melayu sepakat dan seia setuju itupun kerana adanya ikatan suami isteri yang dipandu Al-Quran.
Kemuncak
kepada kekecewaan saya pada diri sendiri dan malu menjadi orang Islam Melayu
adalah kalimah ALLAH. Kita tidak mampu untuk sepakat menyokong kalimah ALLAH
boleh digunakan atau tidak boleh digunakan. ALLAH YANG MAHA BESAR yang telah
memberi kita segalanya, waima kita berdiri pun bukan atas keupayaan diri
melainkan kehendak ilahi yang bernama ALLAH… Itu pun kita tidak mampu sepakat?
Sebelum
PRU 13 banyak blog, Tweeter dan Facebook yang menyeru kaum Cina memboikot Roti
Gardenia dan semua jenis perniagaan Bilionair Melayu. Malahan, MP Tony Pua
turut mengecam Syed Mokhtar di Parlimen.
Sejak
dari kempen Boikot Gardenia itu, tanyalah peruncit Melayu, tidak, jangan tanya kerana
memang Cina tidak membeli di Kedai Runcit Melayu, tapi tanyalah pekerja Melayu
di kedai runcit Cina berapa ramai orang Cina membeli roti gardenia sebelum
kelahiran Massimo dan selepas kelahiran Massimo.
Pasca
PRU 13, Melayu bertindak balas kerana terdorong oleh sentimen “tsunami Cina”
yang digendang bertalu-talu oleh Utusan dan para bloggers Pro-UMNO. Seperti
biasa Melayu tidak mahu sepakat dan ego untuk mengakui pendapat orang lain
betul lebih lagi mengakui pendapat sendiri salah. Ramai Melayu yang menafikan
ia tsunami Cina walaupun berbelas rapat umum Black 505 dihadiri 90% Cina yang
sebelum PRU 12 tidak pernah ada Cina menyertai rapat umum. Tsunami Cina atau
tidak saya tidak tahu, tetapi yang saya tahu sudah lama orang Cina menyokong perniagaan
Cina, hanya mengundi calon Cina, hanya menggaji pekerja Cina, hanya menaikkan
pangkat dan gaji pekerja Cina dan sebagainya. Itu saya dan sesiapa yang ada
kawan Cina pun tahu.
Boikot
atau sokong? Seperti 100% perihal dan kisah yang lain, 3 Melayu tidak akan sepakat
dan seia bersetuju sependapat. Masing-masing merasa lebih pandai dan hebat, ego.
Ada yang menyuruh boikot dan ada yang mengecam tindakan boikot ini bodoh,
kerana kata mereka Melayu banyak bergantung kepada Cina untuk hidup.
JANGAN
BOIKOT kerana Malaysia memerlukan Cina dan Melayu bersatu, dan saling membantu.
Siapa yang membantu lebih jangan diperbesarkan kerana Melayu,Cina, India,
Bumiputera Sabah dan Lain-lain adalah 5 jari tangan yang saling memerlukan.
Tetapi SOKONGLAH PERNIAGAAN MELAYU kerana Cina sudah lama menyokong perniagaan Cina. Bukan sahaja Cina, malahan syarikat dan kilang Jepun di Malaysia hanya membeli Sistem Komputer dari FUJITSU sahaja walaupun kosnya lebih mahal, syarikat dan kilang Amerika di Malaysia hanya membeli Sistem Komputer dari DELL, HP, COMPAQ walaupun kosnya lebih mahal dengan mutu yang kurang dan begitu juga Israel, China, India dan ramai lagi.
Hanya
orang Islam dan Melayu sahaja tidak menyokong perniagaan orang Melayu sama
Tuhan dan Kiblat dengannya. Waima orang Melayu yang bekerja dibayar gaji oleh
Melayu iaitu orang MELAYU KERAJAAN juga tidak menyokong perniagaan Melayu. Lebih
teruk, penjawat Awam Malaysia yang 99% Melayu juga tidak pernah mahu
menggunapakai ciptaan anak Melayu dan gemar membeli produk Amerika.
Jangan boikot barangan Cina tetapi sokonglah barangan/perkhidmatan Melayu walaupun harganya lebih mahal, walaupun mutunya kurang dari barangan/perkhidmatan bukan Melayu kerana mereka juga berbuat perkara yang sama. Lebih dari itu, membeli dan melanggan dari SAUDARA SEAGAMA adalah jihad yang dituntut oleh Allah bagi memperjuangkan agama Allah melalui ekonomi, membeli barangan dan melanggan khidmat orang Islam.
Lebih
memalukan kerana malas bersusah payah mencari Tukang Gunting Islam yang kurang
tapi ada, kepala yang sujud pada ALLAH dan diyakini tertulisnya kalimah Allah
pun dibiarkan ditarik dan ditolak tukang gunting India, lebih teruk perempuan
kafir di Salon-salon.
Jangan
Boikot, tapi Sokonglah Perniagaan Orang Islam walau seburuk dan selemah
manapun, mereka sujud pada Tuhan Yang Satu.
Jangan
bersetuju dengan saya dan teruskan bersetuju dengan diri sendiri dan dengarlah perkara yang anda suka sahaja, tapi apabila menilai
dan menghukum, jangan lupa letak diri dalam kasut orang lain, lebih lagi orang yang terjejas dan merana meraih sokongan bangsa dan saudara seagama sendiri. Saya
dibesarkan dalam keluarga berniaga dari kecil, bekerja di Syarikat MNC yang
dikuasai bukan Melayu, berhenti dan kini berniaga sendiri, saya memberi
pandangan dari sudut peniaga Islam.
JANGAN BOIKOT SESIAPA TETAPI SOKONGLAH ISLAM.
JANGAN BOIKOT SESIAPA TETAPI SOKONGLAH ISLAM.
No comments:
Post a Comment