ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, May 1, 2010

DAULAT TUANKU SULTAN PERAK

Saya sudah meletak logo Daulat Tuanku Sultan Perak sejak kes orang Islam berjubah dan berjanggut baring atas jalan menghalang kenderaan Sultan dan mencerca Raja Muda Dr Nazrin. Walaupun saya orang Selangor, dan DAULAT pada Sultan Selangor lebih dari Sultan lain, namun, pada hemat saya, semua SULTAN berjasa besar dalam mempertahankan orang Melayu dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah hari ini. Selain itu, dari sudut penyebaran Islam ke Tanah Melayu, para SULTAN adalah orang yang plaing berjasa kerana membenarkan Islam bertapak malah ada yang tanpa berfikir panjang terus mengucap dua kalimahsyahadah. Jika tiada Sultan, Islam tetap bertapak di bumi Melayu ini, tetapi mungkin tidak sekuat dan segagah ini, malah jika dibandingkan, Indonesia gagal mempertahaankan kesucian dan mengelakkan perpecahan Islam kerana tidak mengekalkan SULTAN sebagai Ketua Agama Islam.

Menjunjung tinggi titah Sultan Selangor yang saya hormati yang bertindak selaku Ketua Agama Islam melarang Masjid dan Surau digunakan sebagai pentas politik, ia amatlah berwibawa. Masih saya ingat pada usia 14 tahun, saya mahu menjinakkan diri ke Surau An-Nur, Kg Melayu Wira Damai Batu Caves, setiap kali antara solat Magrib dan Isyak, jemaah membuat beberapa kumpulan mengikut fahaman politik dan bercerita tentang dunia semata. Malah, ada antaranya umpatan, kejian, fitnah yang jelas. Malah ada masa keadaan menjadi tegang sehingga suara juga menjadi tinggi. Sejak dari kejadian tersebut, saya memilih untuk bersembahyang sahaja di rumah, lebih aman dan selamat.

Namun, dalam Islam, Allah menyuruh kita taat pada pemerintah asalkan ia tidak menyalahi hukum Allah SWT. Saya masih taat pada Sultan kerana pada saya jika tiada Sultan maka Melayu dan Islam bukanlah seperti Melayu dan Islam di Malaysia hari ini. Tetapi, apabila mendengar dakwaan orang maka, semangat ingin tahu akan kebenaran membuak-buak. Benarlah kata Pahlawan Melayu, Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.


Daulat Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Di Ampun,

Walaupun pahit, dicampur dengan sedikit rasa takut, patik diberitahu yang tidak pasti kebenarannya, bahawa Tuanku Sultan Perak yang tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan mengikut lunas Undang-Undang Tubuh Negeri memperkenankan Dato Sri Zambry membentuk Kerajaan kerana telah mendapat majority kepercayaan, bukan berbuat demikian kerana rakyat seperti yang disangka patik. Bukan berbuat demikian kerana Dato Seri Nizar menjadi boneka DAP dan menganugerahkan tanah yang besar kepada bukan Melayu. Tetapi yang Patik dengar dari sumber yang longgar, Tuanku berbuat demikian kerana beberapa bidang perniagaan yang melibatkan anakanda Tuanku diancam. Kata mereka, kepentingan Perniagaan anak Tuanku Sultan gagal kerana PR menjadi Kerajaan dan bukan BN. Apakah benar seperti yang patik dengar? Patik, sebagai rakyat biasa menjunjung jasa dan DAULAT Tuanku hanya ingin Tuanku membersihkan nama Tuanku di mata dan hati rakyat. Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Di Ampun.

Mohon Ampun Tuanku.

ANTARA YES TUAN DAN YES TUHAN

Yes Tuan adalah satu sindrom yang telah wujud sekian lama. Ia ada dalam darah daging setiap manusia dengan kadar tertentu mengikut keadaan. Dalam kerjaya, Yes Tuan merujuk kepada garis panduan seorang Pekerja iaitu “Tuan Senantiasa Betul” atau dalam Bahasa Inggeris, “Boss Is Always Right”. Dalam politik pula, Yes Tuan merujuk kepada perlakuan pengikut politik untuk senantiasa bersetuju dengan Tuan Politik tidak kira samada salah atau betul, dosa atau pahala. Malah dalam setengah kes, ia melibatkan kerosakan yang amat besar dan dalam. Sungguhpun begitu, ia perlu dikekalkan dan akan terus kekal begitu kerana tiada manusia yang lahir tidak suka dipuji, apatah lagi tiada yang suka ditentang dan dibantah.

Oleh itu, golongan Yes Tuan atau Yes Sir ini senantiasa mendapat tempat dan dapat mendampingi Tuan mereka. Jika dari segi moral ia dilihat salah, namun, perbuatan tersebut hanya demi niat mencari rezeki sahaja. Walaupun ada Parti Politik yang dikecam teruk satu masa dahulu kerana mengamalkan sikap Yes Sir ini, kini yang mengecam sudah menjadi Kerajaan juga mengamalkan sikap yang sama. Jika ada ADUN atau MP mereka yang tidak mengamalkan sikap Yes Sir ini, mereka akan dihadapkan ke Jawankuasa Disiplin Parti malah ada yang sudah dipecat kerana tidak menjadi Yes Sir. Dalam perkembangan sama, seorang Pemimpin Veteran berpihak kepada Negeri kelahirannya dalam isu tuntutan royalti Gas, beliau membelakangi Tuannya dan tidak mengamalkan konsep Yes Sir, namun, beliau tidak dipecat.
Jika dipecat, maka JELASLAH tiada kebebasan dan hak untuk menyuarakan pendapat yang bermakna kita tidak perlu ada Pemilihan Parti untuk memilih barisan pemimpin dan Calon, pilih sahaja yang mempunyai semangat Yes Sir yang tinggi dan jitu.

Dalam pada itu, kekeliruan senantiasa wujud pada orang Islam sehingga berpecah kepada beratus pendapat, pemahaman dan kepercayaan. Sehinggakan di Malaysia, dari dua kumpulan besar yang tidak dapat disatukan, kini berpecah pula kepada tiga. Orang Islam khususnya di Negeri yang mundur ekonominya(tidak bermaksud mundur agamanya), mempunyai salah tanggap antara Yes Tuan dan Yes Tuhan. Mereka memilih untuk memetik satu ayat dari beribu ayat Al-Quran yang mengatakan taat pada pemimpin, dan jika ditujukan kepada pemimpin bukan kalangan mereka, mereka akan petik pula satu ayat yang mengatakan jangan taat pada pemerintah yang zalim. Sungguhpun selama berpuluh tahun mereka diketuai oleh golongan yang tidak tinggal solat, yang memakai pakaian traditional/kebangsaan Arab Islam dan Kristian iaitu Jubah, yang membela janggut mengikut satu dari berpuluh sunnah Rasulullah, yang isteri dan anak memakai litup kepala, yang senantiasa memulakan dan mengakhiri ceramah dengan ayat Quran tetapi sarat dengan makian, kejian dan fitnah, mereka tetap Yes Tuan kepada Menteri Besar mereka.

Islam adalah agama kebenaran yang juga agama HAK. Tidak kira betapa kuatnya kerajaan dan pemimpin, tiada yang kekal, semua akan runtuh dan mati. Yang tidak MATI ialah HAK iaitu Allah SWT. Kini, dari golongan politik, sehingga pencacai politik, dari golongan Ustaz sehingga kepada Ketua Sekolah Pondok yang masih waras dan tidak keliru dengan Yes Tuan dan Yes Tuhan, semuanya mendedahkan kepada umat akan beza antara taat pada TUAN dan TUHAN. Walaubagaimanapun, racun taat pada Tuan yang didakwa Pewaris Nabi telah meresap kedalam jiwa yang amat dalam. Sehinggakan, mereka tidak lagi mendengar kata orang lain selain dari seorang individu yang dipercayai wali dan mursyid. Kerana ketaksuban inilah pecahnya Islam kepada beberapa puak seperti Syiah, Wahabi, Sunnah, Turki, Muhammadiyah, beratus Tarekat, 4 Imam Utama dan lain-lain lagi pemahaman. Walaupun Tuhan itu saju sahaja pada mereka semua iaitu ALLAH, namun kerana Tuan yang banyak dan berbeza-beza, ditambah dengan KETAKSUBAN Yes Tuhan kepada Tuan oleh Pengikut, maka berpecahlah Islam. Ketaksuban membawa mereka sehingga tiada antara mereka yang dapat berfikir dengan waras yang mana Ketua mereka hanyalah manusia biasa dan bukan maksum.

Kini, Malaysia juga akan berpecah kepada beberapa pemahaman selain dari Tarekat, Sunnah, Wahabi, Syiah. Pemahaman ini pasti akan lahir jika orang Islam masih belum sedar dan jelas tentang taat pada Tuan dan taat pada Tuhan. Antara Yes Tuan dan Yes Tuhan.

Jika diteliti, antara batil dan hak hanya ada satu garisan halus yang memisahkan garisan tersebut.

Apakah mungkin jiwa perpecahan Islam di Malaysia diwarisi dari bumi Arab oleh orang Melayu yang belajar disana? Atau, adakah ia satu perancangan hebat oleh Syaitan dan Iblis untuk terus melekakan umat Islam supaya merasakan hanya mereka sahaja yang betul, orang lain salah? Sehinggakan mereka mampu untuk memberi syurga dan neraka kepada sesiapa yang mereka suka! Bangunlah Saudaraku, tolaklah YES TUHAN dan carilah hidup yang aman damai supaya umat Islam dapat mengerjakan perintah Allah dengan sempurna tanpa sebarang ketakutan dan kebimbangan.

Monday, April 26, 2010

DASAR EKONOMI BARU(DEB) SUDAH HAMPIR KE HUJUNG USIA

Kemenangan BN di Hulu Selangor dengan majority 1725 bukanlah sesuatu yang perlu diraikan oleh orang Melayu. Malah ia adalah sesuatu yang perlu ditangisi oleh orang Melayu samada PAS, UMNO atau PKR kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) terpaksa ditamatkan. Ia kerana orang Melayu sendiri menolak DEB.

Sungguhpun undi Melayu telah memenangkan BN-UMNO tetapi undi Melayu berpecah kepada dua dengan sebelah lagi memihak kepada PR-PAS. Samada orang Melayu itu bodoh, atau memang tidak mahu ambil peduli, kaum bukan Melayu terus bersatu dengan hampir 80% undi kawasan Cina memihak pada PR.

Orang Melayu memang bodoh sombong. Tidak mahu belajar bahasa lain tetapi bersorak bangsa lain boleh bertutur bahasa Melayu, walhasil, kejayaan apa ada dengan orang Melayu? Undi Cina sebenarnya berpecah kerana mereka tidak puas hati dengan DEB yang mengutamakan Melayu yang mana Melayu itu membentuk 80% komposisi rakyat Malaysia. Oleh itu tidak hairanlah jika DEB dan kekayaan Negara diberi lebih kepada Melayu yang lebih ramai bilangannya. Namun, isu ini telah dimanipulasikan oleh akhbar Cina hampir setiap hari. Sehinggakan orang Cina begitu membenci Ibrahim Ali tetapi begitu mencintai Nik Aziz. Tetapi kerana kedangkalan orang Melayu yang tidak tahu membaca Bahasa Cina(sebaliknya dengan orang Cina), orang Melayu tidak memahami aspirasi dan tuntutan kaum Cina. Malah orang Melayu begitu berbangga dapat berpeluk dengan orang Cina walaupun hanya atas nama “berpakat”.

Jika orang Melayu tahu membaca Bahasa Cina dan memahami akhbar Cina justeru memahami kehendak tuntutan dan aspirasi kaum Cina yang mahu DEB dimansuhkan, pastilah orang Melayu akan bersatu untuk menolak permintaan kaum Cina ini dengan berhemah. Sudah tentulah, undi Melayu tidak akan pecah dan undi Cina dan India tidak akan menjadi penentu kepada kemenangan BN selaku Parti Pemerintah.

PERKASA dan NGO Melayu lain perlu meningkatkan usaha untuk menyedarkan orang Melayu dengan menterjemahkan akhbar Cina kepada Bahasa Melayu setiap hari supaya orang Melayu sedar yang hanya orang Melayu sahaja suka berpecah dan gila kuasa sejak 500 tahun dahulu. Mungkin, itulah ajaran Islam kepada umatnya, berpecah!!

Nyata, jika undi Melayu masih berpecah, Perdana Menteri dan Kerajaan BN tidak mempunyai banyak pilihan selain memenuhi tuntutan kaum Cina dan India termasuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru. Apakah implikasinya? Saya bukanlah orang paling layak untuk menilai implikasi tanpa DEB, kerana orang Melayu yang bermanfaat dari DEB sepatutnya lebih jelas akan kesannya kepada anak cucu kita. Selain DEB, BN masih perlu memperakui hak dan peranan kaum bukan Melayu dalam BN dan kemajuan Malaysia. Bangunlah, kerana kita sedang melihat akan jawatan TPM 2 yang akan diisi oleh Cina, pemansuhan subsidi Haji, peruntukan seimbang untuk Rumah Ibadat Bukan Melayu dan Melayu(kini Imam menikmati gaji antara RM4000 – RM 10000), dan banyak lagi.

Semua ini tidak akan terjadi jika orang Melayu bersatu sedangkan Islam tidak mengajar perpecahan seperti Sunnah dan Syiah. Mungkin, itulah perkara terbaik yang dipelajari anak Malaysia dari bumi Arab, iaitu perpecahan. Akhir sekali, kita bolehlah ucapkan Selamat Tinggal pada DEB dan menjelang 2020, kita boleh mengucapkan Selamat Tinggal pada Bangsa Melayu. Hang Tuah pernah berkata, tidak akan Melayu hilang didunia, TETAPI, Hang Tuah tidak berkata, tidak akan Melayu hilang dari bumi (Melaka, dulu Tanah Melayu dan kini) Malaysia.

Sunday, April 25, 2010

PRK – PILIHAN RAYA KECIL

Tidak dapat dibendung! Itulah perasaan saya yang mengharap kematian ADUN kawasan saya supaya bolehlah kami menjadi “RAJA” seperti kata TPM, Tan Sri Muhyidin Yasin. Setiap kali ada Pilihan Raya Kecil (PRK), pasti kawasan tersebut akan menjadi tumpuan semua pemimpin Negara dan Pembangkang. Dan sudah pastilah pelbagai janji ditaburkan, dan pelbagai projek Mee Segera dilancarkan. Semua ini dibuat sebagai lumrah politik iaitu memenangi hati rakyat seterusnya mencapai kemenangan. Kata orang Melayu, pancing undi.

Ironinya, ia agak menyedihkan(pathetic) untuk melihat ketidak-ikhlasan kedua-dua belah pemimpin yang hanya datang atas nama pembangunan setelah ADUN kami meninggal dunia atau pun meletak jawatan. Baik Nik Aziz, Najib, Anwar dan lain-lain, benarkah kejujuran wujud dalam politik? Benarkah politik tidak boleh diasingkan dari Islam, waima tidak jujur dan tidak ikhlas juga tidak perlu diasingkan dari Islam? Wallahhualam, tepuk dada, tanyalah selera.

Sungguhpun pemimpin yang disebut diatas ialah pemimpin peringkat pusat dimana ia tidak boleh dipersalahkan kerana tidak datang mebangunkan kawasan tersebut sebelum ini(Malaysia ada lebih 222 Konstitusi/Kawasan yang perlu diberi perhatian), namun, pemimpin yang dipilih dikawasan tersebut sebelum ini sebenarnya GAGAL membawa apa-apa perubahan dan kemajuan. Sehinggakan apabila ada PRK, bermacam-macam yang dijanjikan, dijalankan projek mee segera, diselesaikan masalah berbelas tahun dan pelbagai lagi sedangkan sejak PRU Mac 2008 sehingga Mac 2010 (2 tahun), apa yang telah dilakukan oleh pemimpin tersebut. Dalam kes Hulu Selangor, ia merujuk kepada PKR, dan ada juga sebelum ini yang merujuk kepada PRK kawasan BN.

Inilah politik, orang tua kata tiada musuh dalam politik. Orang biasa seperti saya kata, tiada yang jujur dan ikhlas dalam politik, semua adalah po-li-tik (poyo + liar + tikam).

Oleh itu, rakyat senantiasa berada dalam dilema apabila pemimpin kawasan mereka tidak pernah menunjukkan muka langsung(yang ada muka di “banner” mengucapkan Selamat Hari Raya dsb), rakyat berada dalam keresahan apabila tiada perubahan yang berlaku di kawasan mereka, sehinggalah, PRK diadakan maka barulah berduyun-duyun pemimpin “ikhlas dan jujur” datang menghulur bantuan.

Dalam agama saya, Tuhan saya iaitu Allah, berkata dalam Al-Quran di antara 2 yang buruk pilihlah yang kurang buruknya! Di antara 2 yang baik, pilihlah yang lebih baiknya! Pada hemat dan penilaian saya yang serba kurang ini, yang kurang buruk dari yang lebih buruk ialah BN-UMNO dari PR-PAS, dan yang lebih baik dari baiknya ialah UMNO dari PAS. Pendapat anda, tepuk dada, tunggulah masa menunjukkan kebenarannya.

Tuesday, February 16, 2010

KES BUANG BAYI: BUNTUKAH KITA

Kes buang bayi bukanlah kes yang mempunyai musim juga bukanlah trend yang menjadi-jadi hanya kebelakangan ini. Sebenarnya kes pembunuhan ini berlaku saban hari, bezanya samada kita mahu mencelik mata atau memejam mata sahaja. Jika kita memeriksa tempat pembuangan sampah di Lembah Klang, hasil penemuan akan benar-benar memeranjatkan kita. Sememangnya sudah terang lagi bersuluh, pelaku membuang bayi ini 99.99% adalah ORANG ISLAM.


Pelbagai pihak melahirkan rasa kecewa, kesal dan marah. Itu sahaja yang mampu dilakukan kerana mereka tidak berupaya menggerakkan usaha jika tiada hukum agama yang jelas, malah jika salah langkah mereka pula akan dituduh Menteri Zina dan sebagainya. Pihak bertanggungjawab pula senantiasa bersedia dengan pelbagai laporan jika ada jari-jari yang menuding. Sebenarnya, semua langkah pencegahan seperti pencegahan maksiat, kempen kesedaran oleh Kementerian dan NGO telah dilakukan dengan baik dan sempurna Pelbagai cadangan dan usaha telah dilakukan, apa yang masih belum dibuat adalah “green light” dari Majlis Fatwa, para Ulama dan Mufti. Walhasil, kita sebagai individu, jika terjadi dalam lingkungan kita, kita juga akan berasa keliru dan resah. Jika dibantu, apakah kita berdosa besar kerana bersubahat dan menggalakkan ia berulang lagi, jika tidak dibantu dan bayi tersebut dibuang, apakah dosa besar kerana kita tidak bertanggungjawab membantu saudara sehingga mengakibatkan kematian?


Mungkin kita terlupa pada lewat 1990-an, sebuah NGO yang dikenali Majlis Aids Malaysia melancarkan kempen seks sihat bagi membendung wabak HIV. Kempen tersebut memberi secara percuma sejumlah kondom dan mengalakkan supaya lelaki A dapat mengamalkan seks sihat apabila pencegahan maksiat tidak lagi berkesan kepadanya. Banyak pihak telah mencerca dan menggelar gelaran Bapa Maksiat terhadap Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato(Tun) Dr Mahathir kerana Majlis Aids dipengerusikan oleh anak beliau Datin Paduka Marina Mahahtir. Sama seperti semua masalah yang membabitkan hukum Islam, pihak agama hanya tahu menentang, membantah dan menghancurkan, tetapi tidak pula cuba membantu golongan yang cuba diperjuangkan iaitu golongan tertindas.


Disinilah datangnya peranan NGO terutama yang memperjuangkan nasib wanita. Sesetengah NGO sepatutnya bukan hanya memfokuskan pada poligami dalam perjuangan mereka. Nasib kaum wanita yang ditipu, yang diperdaya, yang lemah, yang diabaikan sehingga mengakibatkan kes buang bayi ini haruslah menjadi perjuangan utama mereka. Kita beruntung kerana masih ada NGO lain yang memperjuangkan nasib kaum wanita telah berusaha memerah jerih menangani isu kaum wanita seperti Ibu Tunggal, penceraian, gantung tak bertali dan sebagainya Tetapi kerana kekurangan sokongan dari segi kuasa dan wang, usaha mereka hanya umpama anjing menyalak bukit. Jika dibantu golongan ini NGO akan dituduh menggalakkan zina, malah akan dikecam oleh golongan agama pemikiran sempit sebagai kafir. Malah dalam Konvesyen PAS yang lepas ada usul yang mahu kerajaan mengharamkan badan NGO iaitu Sister In Islam iaitu SIS kerana dilihat menentang hukum Allah dalam perjuangan mereka memperjuangkan nasib wanita. Masalahnya, jika tiada SIS atau NGO lain, apakah golongan agama ini akan membantu kaum wanita terbabit. Apakah kita hanya tahu menentang tetapi tidak tahu menyelesaikan masalah? Kewajaran SIS diharamkan atau disokong bukanlah perkara pokok, yang harus menjadi tumpuan adalah bagaimana kita mahu membantu golongan wanita yang ditindas tanpa melanggar hukum Allah. Apakah Islam hanya mampu melindungi dan membantu wanita setakat itu sahaja? Pasti tidak, kerana datangnya Islam antara lain memartabatkan kedudukan dan kehormatan kaum wanita.


Sebenarnya, punca bayi malang ini dtidak dibantu sehingga dibuang adalah kerana isu ini tersepit antara dosa dan kemanusiaan. Sepertimana kita tersepit antara kebaikan teknologi dan keburukan pada agama dan budaya. Sesungguhnya, 99.99% kes buang bayi adalah disebabkan zina dan maksiat, yang juga merupakan dosa besar pada pelaku dan pesubahat. Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat juga kurang pengetahuan dan sumber untuk membantu saudara yang terlibat.


Apakah nasib bayi tidak sah taraf ini jika dilahirkan? Apakah Islam mengajar kita menafikan hak bayi tersebut lahir ke dunia? Jika tidak, apakah usaha kita untuk membantu bayi ini selepas lahir supaya mendapat didikan agama yang baik, mendapat perlindungan dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Usaha membantu ibu tidak sah taraf ini tidak harus hanya terhenti selepas bayi tersebut lahir, ia harus berterusan sehingga bayi tersebut dewasa.


Sudah pasti, perkara sesukar ini hanya boleh diperhalusi, diputuskan dan dilakukan dengan kerjasama semua pihak. Jika dibina pusat untuk ibu tidak sah taraf ini, bukankah kita hanya menggalakkan maksiat kerana pelaku maksiat sedar mereka akan dibantu dan mereka bebas melakukannya. Jika diwujudkan badan melindungi bayi tidak sah taraf ini sehingga menyerahkan pada keluarga angkat, apakah tercapai matlamat Islam iaitu berkeluarga dan berzuriat? Apakah dengan ini kita dengan rela melepaskan lelaki durjana yang hanya mahu melepaskan nafsu sahaja dan lari dari tanggungjawab terhadap wanita dan bayi tersebut? Bukankah kita mempunyai teknologi seperti DNA untuk mengesan bapa bayi ini, dan bagaimana harus kita bantu mereka supaya mereka insaf dan mendapat keampunan dari Allah SWT. Bukankah itu yang lebih penting.


Golongan agama harus mengetuai usaha ini dengan memperjelaskan hukum membantu mereka samada harus atau haram!! Mengikut carian internet, ada beberapa pandangan yang dizahirkan golongan agama seluruh dunia, ada yang berpendapat bayi hanya bernyawa selepas 100 hari setelah ditiupkan roh. Itu pandangan mereka, apa yang kita perlukan ialah pandangan golongan agama yang bertanggunjawab di Malaysia kerana ia berkait dengan undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah di Malaysia , apatah lagi undang-undang Allah diakhirat. Seterusnya Kerajaan dan NGO boleh menyediakan dana, tempat dan bimbingan untuk mereka.


Apa yang dizahirkan disini hanya sedikit dari banyak cerita malang kaum wanita yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Semua nasib malang wanita ini adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan kaum lelaki. Benarlah kata orang, “No man no cry”! Sebagai muslimin, Islam mengajar dan menekankan tanggungjawab lelaki terhadap wanita dimana kita akan disoal oleh Allah SWT. Berubahlah Oh Lelaki!!

Sunday, January 3, 2010

KEPERCAYAAN PADA ALLAH DALAM RUKUN NEGARA

Pada 4 Januari 2010 semua sekolah sudah dibuka bagi memulakan sesi 2010. Tahun 2009 meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan manis dan pahit. Hidup mesti diteruskan, perjuangan mesti dipikul bersama, semestinya menuntut ilmu menjadi azam pada setiap mahkluk bergelar manusia.

Dalam pelbagai polemik dan perselisihan kaum yang dipolitikkan oleh pihak tertentu, anak-anak kita masih bergaul mesra di Sekolah Kebangsaan. Mereka masih belum mengerti sepak terajang politik, jauh sekali memahami nilai negatif yang ada pada orang politik. Apatah lagi jika orang politik tersebut berkopiah dan senantiasa memulakan ucapan dengan Bismillahirahmanirrahim.

Golongan pendidik pula memikul amanah Allah SWT yang paling besar, Mereka bukan sahaja perlu memastikan anak-anak diberi ilmu pengetahuan, tetapi juga membantu anak-anak membina sahsiah diri yang baik. Guru Besar dan Pengetua pula bertanggungjawab mengelola Guru, Anak-anak, Ibu bapa dan Sekolah. Tanggungjawab mereka amat besar sekali.

Selain dari itu, Guru Besar dan Pengetua mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad apabila berada dalam premis Sekolah. Asalkan tidak mencederakan anak-anak, kita menyerahkan tanggunjawab mendidik anak-anak kita kepada Guru yang diketuai oelh Guru Besar dan Pengetua.

Anak-anak kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan pasti mempunyai 1001 satu persoalan dibenak mereka. Kenapa? Mengapa? Siapa? Bila? Dimana? Kemana? Malah apabila diajar kepada mereka Rukun Negara, soalan paling popular yang akan ditanya kepada mereka pastilah Tuhan itu Siapa? Mengapa tidak Allah? Mengapa mesti guna nama Tuhan? Pada yang bukan Islam pasti tidak menjadi masalah tetapi pada yang beragama Islam, sudah tentu ibu bapa mereka mengajar dari kecil sembah Allah, takut Allah, sebut Allah, minta Allah, ampun Allah dan sebagainya. Jika ada ibu bapa Islam yang mengajar anak kecil mereka sembah Tuhan, sebut Tuhan, minta Tuhan dan sebagainya, bilangannya amat kecil dengan 10000 nisbah 1.

Oleh itu saya menyeru semua golongan pendidik terutama yang paling berkuasa dalam premis Sekolah iaitu Pengetua dan Guru Besar menghentikan kekeliruan didalam benak si kecil ini. Gunakan kuasa anda dan tukar “Kepercayaan Kepada Tuhan” kepada “Kepercayaan Kepada Allah”. Jika sebelum ini adalah mustahil untuk berbuat demikian tetapi kini Mahkamah sudah membenarkan penggunaan Nama Allah menggantikan Nama Tuhan. Walau apa hujah Hakim ataupun Peguam, yang si kecil tahu ialah Allah bukan Tuhan. Pada si kecil yang bukan Islam, anda boleh bertanya kepada ibu bapa anda supaya mereka boleh bertanya kepada Ketua Agama mereka yang memohon menggunakan Nama Allah sebagai kata ganti Nama Tuhan.

Tentang kesan dan pengaruh serta kekeliruan dibenak si kecil yang bukan Islam tidak perlu dibincangkan kerana Mahkamah sudah membuat keputusan. Cuma si kecil yang suka bertanya tetap akan bertanya, “Mengapa orang dewasa membuat keputusan tidak memikirkan kesan kepada kami yang masih kecil?”

Jawapan yang paling tepat untuk si kecil yang bijak ialah, “ Orang Dewasa lupa mereka bukan mewariskan Malaysia yang aman damai ini kepada anak-anak, tetapi mereka pinjam dari anak-anak, dan harap mereka bertanggungjawab memulangkan kepada anak-anak dalam keadaan yang baik”!

PS: Hero agama Islam menyokong hujah Hakim Datuk Lau Bee Lan iaitu jika nama Allah digunakan bagi tujuan sesama mereka(sama Agama) maka ia dibenarkan dan tidak bertentangan dengan Artikel Perlembagaan kerana ia tidak digunakan untuk tujuan dakwah dengan agama lain. Masalahnya jika Heralds cetak artikel, cetak buku, cetak papan tanda nama, letak nama Gereja Allah, Isteri Allah, Anak Allah Isa dengan tujuan hanya untuk sesama mereka, apatah langkah supaya mereka yang bukan dari agama mereka(Kristian) tidak membaca atau memiliki buku tersebut. Apakah peruntukan undang-undang jika anak-anak kecil memiliki buku atau buletin tersebut? Hakim, peguam, orang tua memang pandai, bagaimana dengan anak kecil pula?

Monday, December 7, 2009

Melayu Lupa Diri & Pengkhianat Bangsa

Malaysiakini baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk MARA yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated. Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita “Maluyu” produk MARA, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.

Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, dibawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;

For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for 'orientation' at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:

1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.
2) Basic food, thus a friend's sister dropped off much needed rations of chocolates and 'kacang'.
3) How to wash your 'smalls' (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.
4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God's chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society...

Isu ini sebenarnya bukan satu perkara besar, kerana semua orang maklum akan modul dan tujuan Kursus Biro Tata Negara ini. Tetapi ramai juga “Maluyu” yang dangkal akan sejarah, yang bodoh “to read between lines”, dan bebal memahami tujuan asal kursus Biro Tata Negara ini. Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.

Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan Komunis. Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99% Islam? Kepercayaan orang Melayu telah dicarik-carik oleh keganasan Jepun dan Komunis. Melayu yang tinggal sebelum merdeka adalah Melayu yang seperti ayam di tengah lautan terkapai-kapai tapi mendabik berkokok melihat fajar menyingsing.

Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu. Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, Empat Belas Sultan, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai Kapitan Cina, penjilat kasut tokey lombong, pekerja estet, penduduk kampung pendalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi dari Pemerintah Republik Indonesia.

Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang seorang “Maluyu” ambil berat ada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.

BTN sebenarnya memang adalah platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina. BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat(dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan “ Ah, Takper”, “Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan”, “Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah”. Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Tahukah kita akan hakikat seperti coretan Buku Abdullah Hukum yang mengatakan pada tahun 1920-an 99% peniaga di Kuala Lumpur adalah Melayu dan jika ada bukan Melayu ada Nyonya Cina yang berbasikal membawa sayur ke pasar. Hari ini selepas 80 tahun, 99.99% peniaga adalah Cina dan jika ada Melayu pun berjalan kaki menadah tangan mengemis hasil kerajaan melalui kuota DEB.

Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku kini demi masa depan anak keturunan mereka? Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun! Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka? Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman. Cina dan India tidak perlu akan BTN untuk menyemai semangat perkauman, mereka adalah pelarian yang tidak setia pada pemerintah Negara mereka dan melarikan diri semasa Negara mereka diserang. Mereka membiarkan saudara mereka tinggal berseorangan mempertahankan tanah air menentang penjajah dan mereka melarikan diri ke Tanah Melayu. Selepas keadaan pulih mereka memohon kembali untuk kembali, tetapi ditolak mentah-mentah oleh China dan India kerana mereka adalah pengkhianat bangsa dan Negara. Mereka sedar mereka tiada tempat dan adalah lebih baik mereka bersatu jika mahu mengalahkan Melayu penduduk asal Tanah Melayu. Sesungguhnya, tiada tempat bagi pengkhianat bangsa dan Negara China dan India melainkan Malaysia. Baik sungguh orang Melayu menerima pengkhianat Negara China dan India dan bodoh betul orang Melayu mengharapkan mereka tidak lari lagi mempertahankan Malaysia jika diserang Amerika satu hari nanti.

Sifat PHD (Pentingdiri, Hasad, Dengki) adalah sifat semulajadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah. Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut, Parti Koumintang. Yang ada adalah Parti Politik UMNO, PAS, PKR yang kotor dengan perebutan kuasa menghalalkan cara. Yang ada hanya sikap setiap Melayu itu yang hanya pentingkan diri sendiri. Apabila sudah begelar Jurutera, Doktor, Peguam, Kaya, Berjaya yang lain semua tidak penting melainkan diri sendiri seperti Mariam Mokhtar.

Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa Kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi(layakkah Mariam ditaja MARA ke Luar Negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai Open Tender (mampukah Syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu Syarikat Bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut system “First Come First Serve”), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka. Jika semua mampu berkorban termasuk Masjid digunakan bergilir dengan Church, Tokong dan Kuil seperti di Indonesia maka kita sudah sedia melahirkan Bangsa Malaysia tanpa Kaum. Kita sudah boleh ada pancasila, jadikan Bahasa Melayu Bahasa Wajib, tukar nama Cina kepada nama Malaysia, maka kita boleh melangkah satu langkah lagi kehadapan.

Jika semua ini tidak mungkin. baik Cina, India mahupun Melayu jangan bermimpi kita hanya ada satu Bangsa tiada kaum. Kita mungkin boleh jadi Bangsa Malaysia tetapi kita adalah kaum Melayu, mereka kaum Cina yang bersatu dalam perniagaan, kaum India dan sebagainya. Arah tuju kita sama tapi kita tetap berbeza kiblat.

Memang ramai orang “Maluyu” professional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai Kaum Melayu bagi memberi laluan kepada Bangsa Malaysia tanpa kaum. Mereka fakir Cina dan India juga bersemangat seperti mereka tetapi mereka lupa Cina dan India di Malaysia adalah pengkhianat Bangsa dan Negara India dan China, apakah mereka orang yang wajar kita harapkan mempertahankan bumi Malaysia? Berapa ramai mereka ini sudah memiliki taraf Warganegara Australia, Amerika, dan UK?
Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang. Jangan jadi melukut di tepi gantang, dan jangan diteruskan kegagalan Melayu bersatu yang sudah berusia 500 tahun. Dan jika kita Melayu dan Islam mahu contoh terbaik akibat tidak bersatu dan bersifat mempertahankan dan menyayangi kaum sendiri tolehlah ke Singapura dan Indonesia.

Apa yang saya katakan seperti pengkhianat Negara China dan India pasti mengundang masalah pada saya kerana ibu adalah Cina Komunis yang cintakan Negara China. Saya mempunyai ramai saudara dan rakan Cina, namun, saya berpegang pada ajaran Islam, katakana yang benar walaupun pahit, kerana yang pahit itu ubat sepertimana saya katakan kebodohan Melayu dan kebebalan nenek moyang Melayu yang “PHD”.

Mustaqim Abdul Rahman
Batu Caves, Selangor.

Thursday, November 19, 2009

KAHWIN: TERPAKSA ATAU DIPAKSA

Pemodenan jelas mengevolusikan pemikiran. Malangya, setiap sesuatu benda (selain yang datang dari Allah) tidak sempurna dan ada baik dan buruk. Begitu juga dengan pemodenan ada baik dan ada buruk. Jika dahulu seorang perempuan jodohnya ditentukan oleh ibu bapa, kini mereka bebas mencari dan memperjuangkan jodoh mereka. Jika dahulu pemegang wasiat adalah orang yang jujur, tetapi kini duit haji pun orang curi. Pokoknya, hukum Allah yang jelas dalam Al-Quran seperti hukum faraid, hukum kahwin lebih dari satu, proses penceraian dan sistem syariah ammnya, dan banyak lagi tidak lagi relevan. Ia tidak relevan bukan kerana agama Islam tetapi kerana umat Islam.

Sistem dan hukum Allah dalam Al-Quran tiada cacat celanya lagi, tetapi manusia yang menjalankan hukum ini tidak lagi seperti dahulu yang jujur, amanah, berani, kuat iman, tetapi kaki penipu, penindas kaum wanita dan sebagainya.

Saya ingin berkongsi kesedihan sahabat saya yang mahu dikahwinkan atas pilihan keluarga. Saya ingin ucapkan tahniah dan saya rela kehilangan sahabat, atau kekasih dari melihat dunia kehilangan seorang anak yang baik. Dalam satu Riwayat, Nabi Muhammad SAW bersabda, Allah berfirman, 1) Jika "AKU" tidak Restu, tetapi ibu bapa kamu restu, maka "AKU" restu, 2) Jika "AKU" suka, tetapi ibu bapa kamu tidak suka, maka "AKU" tidak suka! Ayat ini sebenarnya menggambarkan betapa pentingnya restu ibu bapa apatah lagi yang membabitkan jodoh.

Sebenarnya, masih ramai rakan-rakan saya yang kahwin atas pilihan keluarga didalam dunia yang moden ini. Banyak alasan tetapi yang selalu di dengar ialah kerana kasih dan taat pada ibu bapa. Pada saya, syurga adalah ganjaran bagi mereka yang kahwin atas pilihan ibu bapa. MASALAHNYA, ia tidak semudah itu. YA! Syurga tidak pernah mudah untuk sesiapa. Bukanlah salah ibubapa memilih, tetapi salah si lelaki yang tidak amanah, tidak jujur dan tidak "Islam".

Kenapa saya rujuk pada lelaki sedangkan permasalahan ini mungkin datang dari perempuan. Ia amat mudah kerana lelaki adalah Khalifah yang menentukan jatuh naik sebuah hubungan malah lelaki memegang kata veto iaitu cerai. Mana mungkin seorang perempuan menceraikan seorang lelaki. Malah akad nikah, ijab kabuk sebenarnya adalah penyerahan amanah Allah(anak perempuan) dari seorang Bapa kepada seorang lelaki lain yang bergelar suami. Maka Isteri ialah amanah Allah pada suami yang diserahkan oleh bapa perempuan. Jadi, mana mungkin kegagalan perkahwinan samada berasaskan cinta, dipaksa dan terpaksa adalah salah perempuan. Ia 100% salah lelaki.

Kegagalan perkahwinan yang diatur ibu bapa adalah salah lelaki iaitu suami. Namun, bukan semua suami sedar akan permasalahan ini, jadi, isteri kena memainkan peranan dengan berkesan bagi mempertahankan mahligai indah. Isteri kena banyak bersabar(sabar tahap dewa), "understanding", bijaksana dan lembut.

Oleh itu, jika kegagalan perkahwinan adalah 100% salah lelaki, tetapi "survival", kebahagian dan kejayaan perkahwinan adalah tanggungjawab suami dan isteri. ADA masa 30%, ada masa 50%, ada masa 80% usaha perlu datang dari kedua belah pihak apatah lagi ia perkahwinan yang diatur.

Pada sahabat saya, setengah kaki anda sudah berada di Syurga, setengah lagi berada pada bakal suami anda. Dan Syurga yang penuh itu hanya dapat anda dan suami anda capai dengan toleransi, sabar dan kegigihan. Yang pasti ia amat sukar dan kerana syurga tidak pernah mudah.

Selamat Bertunang, Berkahwin dan Berbahgia.

Assalamualaikum wbt.

-Mustaqim Abdul Rahman

APABILA NALURI SEORANG MANUSIA DISEKAT DAN DIKAWAL

APABILA NALURI SEORANG MANUSIA DISEKAT DAN DIKAWAL

Seorang Doktor mahukan anaknya menjadi Doktor. Begitu juga dengan Peguam, Akauntan, Engineer dan lain-lain. Tidak ketinggalan seorang ulama juga mahu anaknya menjadi ulama juga. Atau sekurang-kurangnya kita tidak mahu anak menjadi lebih jahat dari kita tapi mahu anak menjadi lebih baik dari kita. Namun, naluri manusia telah lahir bersama fitrahnya dan ketentuan Allah jua akan terjadi. Yang mampu kita lakukan ialah bekalkan mereka dengan ilmu supaya mereka berupaya menilai baik dan buruk. Disini datangnya peranan psikologi dan motivasi, dan disini datangnya kepentingan menambah ilmu melalui pembacaan. Sejarah merekodkan Bangsa Melayu berusia tidak lebih 500 tahun. Ini bermakna Melayu hanya mempunyai 10 generasi berbanding bangsa Eropah yang sudah mempunyai beratus-ratus generasi.

Persoalannya, adakah kita mampu mengawal naluri seorang manusia, terus menyekatnya dari sifatnya yang sebenar? Jika kita fikir kita mampu, apakah kita akan hidup selama-lamanya untuk memastikan sipolan dan golongan tertentu akan senantiasa selamat dengan mengawal naluri dan diri mereka yang sebenar? Bolehkah kita jamin mereka akan terus kekal seperti yang kita mahukan?

Inilah manusia! Lemah! Lupa! Alpa! Bongkak dan sombong! Sering terlupa akan Kudrat dan Iradat Allah SWT. Sering fikir akan kejayaan, kekayaan, kemajuan dan pencapaian adalah hasil usaha manusia itu sendiri. Tidakkah manusia itu sedar yang kita hanya berusaha, dan yang berkuasa menjadikan atau tidak menjadikan setiap satu kejadian itu adalah Allah SWT.

Oleh itu, saya ingin menarik perhatian saudara Islam saya supaya menggelakkan sifat sedemikian dan seumpamanya apatah lagi mendahului Allah SWT. Elakkan mengawal dan menyekat naluri manusia, tetapi biarlah mereka lepas dan bebas menjadi diri yang mereka pilih dengan disertai dengan bimbingan dan ajaran. Dengan diulit dan disaluti dengan didikan agama dan keimanan. Akhirya, mereka akan mampu membuat pertimbangan yang baik. PERTIMBANGAN yang baik hanya boleh dicapai dengan ilmu yang dibekalkan dari kecil dan bebas dipraktikkan secara praktikal selagi tidak melanggar hukum Allah.

Dalam artikel ini, saya ingin mengajak Saudara melihat akan kesan negatif dari perbuatan menyekat dan mengawal naluri manusia sehingga manusia gagal membuat pertimbangan. Sebelum itu, tanamlah dalam fikiran, setiap sesuatu itu(selain dari Allah) pasti ada keburukan dan kebaikan. Setiap satu yang baik itu pasti ada buruknya begitu juga setiap satu yang buruk itu pasti ada yang baiknya.

Tahun 2009 adalah tahun gemilang bagi bolasepak Kelantan. Layak bagi dua final berprestij di Malaysia. Walaupun kalah, pencapaian itu amat menakjubkan dan tidak pernah dicipta oleh mana-mana pasukan. Tidak pernah layak ke final, tetapi dalam satu tahun layak ke dua final. Malangnya, kekalahan di dua final tersebut tidak dapat diterima dengan baik oleh orang Kelantan sehingga bertindak ganas membelasah sehingga lunyai penyokong Negeri Sembilan dan harta benda Stadium yang tidak bersalah(malah berjasa). Lebih malang lagi apabila orang Kelantan tidak menerima kesalahan yang mereka buat tetapi sebaliknya menyalahkan FAM, menyalahkan Tan Sri Annuar Musa, menyalahkan bola itu bulat dan jika boleh mereka menyalahkan takdir Allah SWT yang mahukan Kelantan kalah barulah mereka bertindak seperti itu. Terlebih-lebih malang apabila mereka gagal dan terus gagal dalam membuat pertimbangan dan hati mereka tertutup rapat untuk menerima kelemahan diri dan justeru gagallah usaha-usaha Malaikat untuk membisikkan semboyan perubahan.

Mengapakah sampai begitu sekali? Bukankah Kelantan yang mengangkat diri sendiri Serambi Mekah dan Kota Bharu Bandar Islam perlu ada penduduk yang sejajar dengan “gelaran sendiri” tersebut. Pada pendapat saya yang cetek ini, ini terjadi kerana Kerajaan Kelantan cuba mengawal dan menyekat naluri jiwa rakyat Kelantan. Mereka mengharamkan Pusat Hiburan, mereka tidak membenarkan Pusat Snooker, tiada Panggung Wayang, tiada aktiviti bersilang kekeluargaan secara terbuka, tiada Konsert dan Hiburan yang dibenarkan selain Nasyid, mereka tidak membenarkan arak “dijual”, mereka pinggirkan orang yang tidak menutup aurat, mereka kenalkan “perintah berkurung” selepas jam 8.00 malam dan banyak lagi. Bukanlah larangan yang menjadi masalah, tetapi tiada pengisian kepada jiwa yang kosong itulah masalah utama. Lalu jadilah mereka Negeri Islam kerana rakyat mereka patuh kepada ajaran Islam. Namun, kepatuhan rakyat mereka kepada Islam hanya bertahan di dalam Kelantan sahaja. Di luar Kelantan, rakyat Kelantan melakukan maksiat yang tidak dapat mereka lakukan di Kelantan. Kerana itulah naluri mereka, mengawal naluri manusia dengan mengharamkan bukanlah mengawal, tetapi ia lebih kepada syok sendiri sahaja. Akibatnya, naluri itu tidak dididik tapi dikawal. Apabila kawalan atau orang yang mengawal tiada disisi maka ia mungkin lebih teruk dari binatang sendiri.
Islam tidak memaksa dan mengawal umatnya, tetapi Islam mengisi jiwa yang kosong itu, Islam meresapi jiwa dan sifat manusia sehingga menjadi semulia Nabi Muhammad SAW, sejujur Abu Bakar, setegas Umar, selembut Uthman dan segagah Ali. Janganlah mendabik dada mengatakan kita baik dan beriman selagi kita belum di uji oleh Allah. Jangan cepat puas hati kerana kebaikan kita mungkin hanya disebabkan kita dikawal oleh undang-undang, Ibu Bapa, Sekolah, Pengetua, Cikgu, Pengawas, Isteri, peraturan pejabat dan masyarakat. Yang sepatutnya, kebaikan diri manusia itu seharusnya lahir dari hati nurani yang terdidik oleh kebenaran. Dan persempadanan antara baik dan buruk, benar dan batil hanya boleh dilakukan oleh jiwa yang bebas. Jiwa yang jika mahu bebas ke Disko, Panggung Wayang, Konsert Hiburan, Snooker, atau sekurangnya yang menonton rancangan Hiburan dan Program Lagu yang menghiburkan jiwa, filem yang memberi tauladan, program sukan yang mengisi tuntutan semangat, asimilasi budaya, seni dan pelbagai lagi. Kerana perbandingan hanya dapat dilakukan jika ia melibatkan lebih dari 2 benda, maka perbandingan memberi kita pilihan untuk memilih yang lebih baik dan yang kurang buruk. Maka, renung-renungkan diri sendiri, adakah kita hari ini kerana hati nurani kita atau kerana kita tertakluk, kita takut dan kita dikawal. Kerana, dikhuatiri apabila yang mengawal kita sudah tiada, atau tiada disisi maka kita hilang pertimbangan seperti apa yang terjadi pada penyokong pasukan Kelantan.

Saya bukan orang Kelantan tetapi saya orang Islam yang lahir di Selangor. Saya tidak pernah faham dan tidak akan sokong sempadan dalam Islam. Jadi saya mengutuk prejudis kenegaraan, warna kulit, bangsa apatah lagi kononnya semangat kenegeriaan(di Malaysia Kelantan, Kedah, Perak, Sabah kuat kenegerian) kerana saya adalah orang Islam dan didalam Islam kita semua adalah sama umat Muhammad Hamba Allah. Hari ini, Amerika memperjuangkan dunia tanpa sempadan dimana orang yang menetap dan bekerja di Amerika tetapi bukan lahir di Amerika mendapat hak sama rata dengan penduduk yang lahir di Amerika, malah boleh menjadi Presiden dan Senator. Amerika yang beragama Krisitian percaya Tuhan Jesus mereka tidak menjadikan dunia ini dengan sempadan. Sepatutnya, orang Islam yang patut perjuangkan Islam tanpa sempadan kerana Islam agama yang benar. Justeru, tidak timbul kenegerian Selangor, Johor, Kelantan, Kedah, Perak, Sabah dan sebagainya, tidak wujud kenegaraan Indon, Bangla, Pakistan, Myanmar dan sebagainya, tidak wujud miskin dan kaya, tidak wujud VIP dan rakyat, tidak timbul PAS atau UMNO, yang WUJUD hanyalah ISLAM. Semua orang Islam sama sahaja, Allah yang sama, Nabi yang sama, kiblat yang sama, Rukun Iman yang sama, Rukun Islam yang sama, Al-Quran dan bahasanya yang sama, dan yang berbeza yang hanyalah warna kulit sahaja.

Oleh itu, marilah kita mengisi jiwa kita yang kosong ini dengan solat, zikir dan pembacaan Al-Quran kerana ia adalah nikmat dan rahmat Allah untuk manusia. Seni, hiburan, lagu dan sukan juga adalah nikmat Allah kepada kita. Jiwa yang kosong perlu pengisian yang seimbang dan seiring dengan peredaran zaman. Kita semua hidup mencari kesempurnaan yang mana kematian ialah salah satu dari proses akhir kesempurnaan yang dicari oleh Hamba Allah.

Janganlah kita mengawal hati nurani kita dengan paksa, tetapi biarlah ia berkembang dengan bebas dan didiklah ia dengan ajaran Rasulullah SAW dan semoga kita mendapat keredhaan Allah SWT. Jika kita fikir kita tidak perlu pada hiburan dunia kerana kita berpurdah dan berserban, fikirlah, bukan semua orang dianugerahkan Allah jiwa mencintai Islam seperti kita. Ada yang mahu mencintai Islam tetapi Islam terlalu menegah sehingga menonton SureHeboh pun haram lalu mereka pendamkan jiwa yang kosong dan berpura-pura tidak mengapa, tetapi bila ada peluang, hati nurani mereka terus buka dan hadiri SureHeboh. Cara konservatif Islam mengawal seperti ini perlulah diberi perhatian. Banyakkan pengisian jiwa umat bukan mengawal jiwa umat.

Sekian. Terima Kasih dan saya mohon maaf jika ada mengguris mana-mana pihak. Sesungguhnya semoga Allah berkati kita.

Tuesday, November 17, 2009

MALAYSIAKINI HARUS TUKAR NAMA KEPADA CINAKINI DAN INDIAKINI

Malaysiakini menguarkan akan kebebasan media yang diperjuangkan oleh mereka. Sesungguhnya pada saya tidak pernah wujud akan kebebasan media kerana manusia itu mempunyai emosi, kepentingan dan nafsu. Namun, 20 tahun dahulu Amerika pernah cuba untuk media bebas dan sehingga hari ini Amerika mendabik dada kononnya media mereka bebas. Malangnya, ia tidak bebas dan rakyat mereka sudah mulai persoalkan retorik media Amerika ini.

Tajuk kebebasan media akan saya hasilkan kemudian, tetapi sebelum itu saya ingin menyeru kepada Malaysiakini menukar nama kepada Cinakini dan Indiakini kerana hanya memperjuangkan kaum tersebut. Jika ada Cina dan India yang mati gara-gara pihak berkuasa, maka penuhlah berita dan liputan terhadap mereka. Namun, apabila orang Melayu di Kangar mati ditembak polis, senyap sepi Cinakini atau Indiakini ini.
Sedangkan yang bukan Melayu mati ditembak polis adalah penjenayah tetapi Melayu ini bukan penjenayah, tetapi Malaysiakini tidak berminat untuk perjuangkan hak Melayu ini.

Mungkin, inilah kebebasan media acuan mereka. Perjuangkan kaum tertentu sahaja dan meminggirkan kaum Melayu, sedangkan ramai pembaca Melayu.

Yang Melayu pula, tidak perlu anti Malaysiakini kerana sebuah akhbar tetap sebuah akhbar yang membawa baik dan juga yang membawa buruk. Semua ini terpulang pada kita. Cuma jangnalah pula orang Melayu anti Utusan, kerana akhbar tidak bersalah, semua editor tetap akan selektif kerana mana mungkin siarkan semua berita dalam satu hari.

Namun, kalau selektif pun jangalah selektif pada nasib kaum tertentu sahaja tetapi mendabik dada kekebasan media dan menggunakan nama Malaysia. Tukarlah nama pada Indiakini dan Cinakini kalau tidak mampu perjuangkan nasib orang Melayu.

Monday, November 9, 2009

Dr Asri dan Perkembangan Islam Di Malaysia

Saya mengikuti penulisan Dr Asri sejak beliau mula-mula menulis di Utusan. Pada masa itu beliau merupakan Mufti Perlis dan Mufti termuda di Malaysia. Pemikiran Dr Asri pada masa itu tidak dapat diterima oleh ramai pihak terutama PAS. Antara artikel yang masih saya ingat ialah Dr Asri mengatakan tiada perintah jelas memakai tudung(tutup rambut) dalam Islam, kerana jelas beliau, perempuan Arab waktu itu memakai pakai tradisional yang tertutup di bahagian dada hadapan tetapi terbuka di bahagian belakang badan. Oleh itu perintah Allah adalah supaya tutup bahagian yang terbuka luas dibelakang badan dan memadai dengan hanya memakai selendang. Oleh kerana keberanian beliau menulis dan menongkah arus perdana, ramai orang terutama orang PAS mengecam beliau dengan pelbagai panggilan. Saya tidak berniat politik, tetapi anda semua maklum bagaimana radikalnya pandangan orang PAS terhadap wanita tidak bertudung.(Maafkan saya jika saya salah tetapi saya memang ingat dengan artikel beliau, dan Dr Asri bebas untuk membetulkan saya)

Saya minta pembaca bertenang kerana saya sendiri maklum ada perintah Allah supaya tutup aurat dan rambut adalah aurat. Namun, menariknya tentang Dr Asri ialah beliau mengajak umat Islam membuka fikiran. Tujuan asal beliau saya fikir adalah mengajak umat islam berfikir dari perspektif berlainan dan saya yakin beliau berjaya tonjolkan.

Oleh kerana usia beliau masih muda masa itu,(apakah faktor umur membezakan ilmu dan iman kita pada Allah) maka beliau selalu dikecam radikal dan ustaz muda yang gelojoh, yang melanggar semua orang-orang senior dalam kepimpinan mufti dan ulama di Malaysia. Sebagai orang Islam yang berpegang pada Rukun Iman dan Rukun Islam, saya secara peribadi, tidak nampak akan adanya golongan tua, muda, pangkat, mahupun darjat yang mebataskan ilmu dalam agama Allah ini.

Semua orang bebas berkata-kata. Saya sendiri tidak pernah meminati Dr Asri semenjak itu, tetapi saya hormati perjuangan beliau. Perjuangan yang mengajak umat Islam di Malaysia melihat Islam dari perspektif yang berlainan dengan satu niat iaitu niat untuk mencari kebesaran dan keagungan Allah. Kerana sejauh mana kita pergi, setinggi mana ilmu kita, sehebat mana pencarian dan penemuan kita, semuanya akan berakhir dengan kekaguman kepada kebesaran Allah justeru menguatkan keimanan kita pada Allah.

Saya juga memahami akan kekhuatiran tokoh-tokoh agama arus perdana akan kebinasaan yang mampu dicipta oleh ideologi Dr Asri. Keupayaan fahaman Wahabi meracuni kerangka pemikiran umat Islam di Malaysia yang rata-rata Ahli Sunnah Wal Jammah. Namun, bukankah Islam itu agama yang sesuai di semua zaman? Islam juga tidak terlepas dari apa yang diberi nama DUNIA TANPA SEMPADAN. Masih relevankah tauliah pada pendakwah sedangkan kita di Malaysia bisa mendengar dan membaca dakwah ulama dari Indonesia, Syiah dari Iran, Sekular dari Turki dll? Jika menangkap, memenjarakan malah menghalau Dr Asri keluar dari Malaysia, apakah kita boleh menahan dakwah beliau dan golongan beliau dari Internet.

Sejak zaman akhbar wujud, golongan arus perdana iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) bekerja keras memastikan umat Islam di Malaysia tidak berpecah kepada aliran, fahaman, tarikat, ajaran sesat, dll. Samada niat mereka mahu mengekalkan kuasa dan periuk nasi ataupun untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam di Malaysia, hanya Allah sahaja yang tahu. Pada pendapat saya, niat mereka adalah untuk mengawal pemikiran orang Islam bagi tujuan untuk mengelakkan umat Islam dari sesat dan berpecah. KAWAL!! Itulah kata kunci bagi ASWJ di Malaysia.

Sejak dahulu, semua aktiviti dan pergerakan agama bukan dari arus perdana senantiasa dipantau. Tujuan murni ini dilakukan bagi mengelakkan lahirnya Al-Arqam, Ayah Pin, Rasul Melayu, Al-Maunah, JI Malaysia dll. Sesat atau tidak mereka ini hanya Allah sahaja yang berhak mengadilinya. Namun, pengaruh(pemikiran dan ruhani) mereka yang amat besar terhadap pengikut wajar dikhuatiri(sehingga taksub dan takjub). Islam adalah kesederhanaan. Samada pengamal dan pengawal, dua-dua perlu sederhana, Jangan terlalu mengawal sehingga input ilmiah pada umat Islam ditapis. Ingatlah, kita berusaha semampu kita dan akhir sekali kita wajib menyerahkan untung nasib setiap perkara pada Allah Yang Maha Bijaksana. Orang Islam yang berjumlah lebih 2 billion semua sudah celik IT dan sesiapun tidak mampu mengawal umat Islam apatah lagi di Malaysia dari melawati web-web yang bukan dari aliran ASWJ.

Tinggalkan perbezaan, tingkatkan mutu agama Islam. Tidak kira anda dari pihak mana, dari fahaman mana, berkerjasama dan bergandingan memerangi ancaman dari luar. Sedarlah, ancaman dari luar Islam sekarang maha dahsyat dari ancaman dari dalam yang hanya kecil. Agama-agama lain sudah berabad menggunakan Internet untuk berdakwah dan menyesatkan umat Islam, malangnya kita bukan sahaja belum bermula, malah kita belum berakhir bertelagah. Lebih teruk lagi ramai pendakwah bebas agama bukan Islam kerap mencabar dan berdebat dalam internet bagi menunjukkan agama mereka agama yang benar,. Dari pihak Islam yang mahu menjawab di Internet mengenai Islam, kita masih lagi khuatir ditangkap oleh Jabatan Agama Islam.

Jadikan Islam agama yang dihormati, dikagumi dan ditauladani melalui internet. Sekat dan kawal adalah terma lama yang perlu disisihkan di internet. Pemantauan adalah perlu, dan sekat dan kawal apabila ia sudah menjadi satu organisasi. Dr Asri bukan organisasi. Beliau hanya hamba Allah seperti saya yang bebas mengatakan pemikiran di dunia yang bebas tanpa sempadan ini. Di kesempatan ini, saya ingin menyeru golongan agama yang rancak bertelagah, untuk bergandingan mewujudkan satu undang-undang Islam alam cyber. Wassalam.

Bai’ah PAS Amat Menakjubkan

Menakjubkan! Itu sahaja kata-kata yang mampu menggambarkan bai’ah taat setia wakil rakyat PAS pada parti mereka(bukan pada Islam). Dalam banyak umat islam di Malaysia, hanya PAS yang mampu mengeluarkan idea yang begitu beragama dan bernas.

Saya sebagai rakyat Malaysia dan ahli UMNO yang beragama Islam begitu kagum dengan kaedah yang tidak pernah sesiapa dalam dunia pernah terfikir. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak terfikir untuk meletakkan bai’ah sedemikian terhadap tentera-tentera yang memperjuangkan Islam supaya tidak lari di medan perang.

Saya begitu bangga dengan kebijaksanaan PAS dan saya yakin UMNO sudah jauh ditinggalkan PAS dari sudut agama. Dengan bai’ah tersebut, PAS akan kekal selama-lamanya sehingga ke hari kiamat. Malah, PAS boleh jadi parti contoh kepada semua parti Islam dalam dunia termasuk di Indonesia, Iran, Iraq, dan lain-lain dalam usaha menjamin dan mengekalkan kuasa sebelum tawakal pada Allah.

Sehubungan itu, saya mohon pada PAS supaya memperluaskan bai’ah taat setia pada semua ahli PAS termasuk ahli Kelab Penyokong PAS dan Muslimah PAS (boleh automatik tuntut fasakh dari suami). Ini kerana Islam itu adil dan jika berjaya dilaksanakan PAS pasti mampu untuk memerintah Malaysia selepas PRU akan datang. Jika PAS mewajibkan semua ahli PAS bai’ah taat setia, saya bersumpah akan sertai PAS secara AUTOMATIK.

Bagi menjamin kemenangan Islam PAS, adalah wajar untuk mewajibkan ahli PAS bukan saja bai’ah taat setia, tetapi juga bai’ah gerenti undi PAS di setiap pilihanraya, jika gagal, jatuh talak tiga secara automatik pada isteri-isteri ahli PAS.

Pada ahli dan pemimpin PAS, fikir-fikirkan dunia sekarang dan akhirat yang menanti.

Friday, November 6, 2009

Orang Kelantan baik boleh jadi lebih baik

Saya tertarik dengan penulisan bertajuk “Penyokong Kelantan Bukan Ganas” yang ditulis bagi menjawab penulisan awal Saudara Noor Mohamad bertajuk ‘Budaya samseng bola sepak penyokong Kelantan’.

Sebagai hamba Allah kita semua sama sahaja samada Raja, Menteri, Cina, Melayu, India, Arab, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kelantan, Johor atau Sabah. Bagi orang Islam yang membezakan kita ialah keimanan kita pada Allah. Keimanan ini termasuklah keterbukaan kita meneliti dan menerima kelemahan diri serta senantiasa berusaha berubah menjadi lebih baik. Yang mana sebagai bukti ringkas kita melihat akan perlakuan saudara seagama kita dari Indonesia yang enggan menerima kelemahan diri sebaliknya menyalahkan saudara dari Malaysia atas nasib hidup mereka. Lihatlah bagaimana kapal terbang dari Malaysia yang membawa bantuan makanan disekat dengan pelbagai cara kerana didakwa makanan luput tarikh. Nah! Inilah hasil dari kesan apabila manusia tidak mahu menerima kelemahan diri sebaliknya senantiasa menyalahkan orang lain, menyalahkan kerajaan, menyalahkan ibu bapa dan takdir atas nasib menimpa mereka. Mereka tidak sesekali terfikir mahupun terlintas kekurangan diri mereka justeru membolehkan mereka memperbaiki diri sebagai salah satu cara keimanan kepada Allah.

Senario yang sama juga terjadi pada orang Kelantan. Saya tidak mahu menyebut penyokong Kelantan kerana ini membabitkan cara masyarakat Kelantan dibangunkan amnya. Saya pernah diam di Kelantan pada usia 11 tahun untuk 6 bulan. Apa yang saya dapati setiap ruang udara di Kelantan dipenuhi dengan suara ceramah dari surau dan madrasah berdekatan. Memang bagus budaya hidup masyarakat Kelantan. Sebab itulah kita melihat orang Kelantan itu baik orangnya. Malangnya, ceramah agama yang diajar pada mereka boleh dikatakan 99% adalah ceramah kebencian. Ceramah agama ini mengajak manusia kepada kebaikan dan keburukan. Ceramah ini bukan mengajar erti kasih sayang pada muslimah tidak bertudung, tidak berbaju kurung, berbaju dan berseluar ketat, yang tidak solat, yang bekerja di pejabat-pejabat tetapi ceramah ini mengajar supaya membenci golongan ini. Ceramah ini bukan mengajar kita perlu selidik dan faham latar belakang mereka kerana pasti ada sebab mereka menjadi begitu. Walhasil, mereka juga tidak mehau jadi begitu jika ada pilihan. Ceramah ini mengajar jiwa anak kecil Kelantan supaya menolak total dan melabel sebagai kafir. Oleh itu, jika kita ke Kelantan tidak memakai tudung atau bagi lelaki memakai seluar pendek akan ditegur atau lebih tepat dimarahi oleh penduduk setempat.

Ceramah agama ini tidak mengajar manusia itu bersyukur atas kurnia Allah melalui manusia lain jika manusia itu bukan rakyat Kelantan atau bukan dari puak mereka. Ceramah agama ini diajar untuk membenci mereka yang tidak sehaluan dengan penceramah. Oleh demikian sekelumit benih kebencian hidup dalam jiwa rakyat Kelantan. Bersyukur kepada Allah kerana adanya undang-undang dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa untuk mengawal manusia. Justeru manusia memendamkan jiwa perosak mereka. Syukur juga kehadrat Allah rakyat Kelantan juga bijak bercampur dan berasimilasi dengan cara masyarakat lain yang jauh berbeza dengan mereka. Maka, kita bisa melihat senario dimana orang Kelantan kahwin dengan orang Pahang, Johor, Kedah, Selangor dan lain-lain, orang Kelantan ini akan jadi baik dan berbudi bahasa. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku jika mereka kembali berjumpa saudara mereka dari Kelantan, ini juga kita maklum.

Jadi memang penyokong Kelantan tidak ganas dan bukan semuanya ganas sehingga mampu melakukan keganasan sebegitu rupa keatas sebuah kereta yang tidak bersalah jauh sekali kereta itu mampu membalas, mengadu atau menjerit kesakitan. Ingatlah, kita semua sama sahaja baik Cina, India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan ataupun Melayu. Ada yang baik dan ada yang jahat, ada yang nakal, ada yang mesra, ada yang gedebe. Bezanya, rakyat Kelantan dinampaki secara majoriti dengan ketara tidak mesra dan kasar. Namun, hati mereka baik cuma benih kebencian yang ditanam dari mereka kecil perlu pengawasan dan pembaharuan.

Saya mohon ampun pada semua rakyat Kelantan terutama isteri dan keluarga jika penulisan ini mengguris hati anda semua, namun saya menulis atas kapasiti saya sebagai orang Islam, maka, anda semua adalah saudara saya yang bertuhankan dan berasulkan yang sama. Masih banyak ruang boleh diperbaiki oleh kita(jika bukan kita mungkin sanak saudara kita di Kelantan) sehingga kenafas terakhir asalkan kita berbesar hati menolak ego dan menerima kesalahan, kelemahan diri sebagai hamba Allah yang lemah.

Mungkin Kelantan jauh ketinggalan dari kemajuan, oleh itu, ramai rakyat Kelantan yang dibawa arus kemajuan di ibukota terlupa akan nasib saudara mereka di kampung. Jenguk-jenguklah, kongsi-kongsi cerita, nasihat-nasihat bagi melahirkan Kelantan baru yang bebas dari budaya benci membenci, caci mencaci, kafir mengkafir, tuding menuding dan sebagainya.

Thursday, October 15, 2009

MAMPUKAH UMNO BERUBAH

Perhimpunan Agung UMNO Ke-60 menyaksikan kebangkitan UMNO setelah terlena walaupun dikejutkan oleh kekalahan di 5 Negeri dan 6 PRK selepas itu. Walaupun dikejutkan berkali-kali termasuk oleh “Tok Det”, ahli UMNO lebih rela melihat UMNO terus lena dibuai mimpi kerana khuatir periuk nasi masing-masing terjejas. Langkah berani ahli UMNO seperti Dato Seri Najib, Tan Sri Muhyidin Yasin, Mukhriz Mahathir, warga Mykmu, blogger UMNO, beberapa ahli UMNO VIP dan ramai ahli UMNO marhein akhirnya terbalas. UMNO umpama mendapat nafas baru dibawah kepimpinan Dato Seri Najib yang juga menyaksikan penyertaan semula Pahlawan Ulung UMNO, Tun Dr Mahathir. Akhirnya,UMNO bernafas semula.


Pelabagai program, usaha, dan slogan dilaksanakan untuk merubah UMNO yang hilang semangat dibawah kepimpinan lalu. Allah SWT akhirnya memberi kekuatan semangat umpama mati hidup semula dengan kemenangan di Bagan Pinang. Sebenarnya, kemenangan lebih bermakna untuk UMNO ialah perubahan yang dibawa oelh Presiden dan Timbalan Presiden. Yang dijangka antaranya ialah penghapusan kuota Presiden dan memberi hak kepada semua ahli UMNO untuk memilih Presiden UMNO. Timbalan Presiden pula meniup semboyan perang dengan memperkenalkan 4 langkah utama. YA! Perang untuk memasyhurkan kesucian agama Islam dan hak bumipitera serta hak kaum dan agama lain.

Tahniah UMNO! Namun, apakah UMNO mampu untuk berubah? Apakah memadai dengan usaha yang digerakkan oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua, dan beberapa ahli lain. Mampukah UMNO membadai UMNO lama berterusan sehingga lenyap perasaan benci rakyat terus rakyat kembali percaya kepada UMNO? Sudah selesaikah persengketaan UMNO diperingkat Cawangan, Bahagian dan Negeri?! Lebih parah, banyak UMNO Cawangan dan Bahagian dikepalai oleh Ketua seumur hidup dan system Dinasti yang terus hidup mewah dan sombong pula dengan rakyat jelata. Apakah unsur samseng dan gangsterisme dalam UMNO Cawangan dan Bahagian sudah lupus begitu sahaja. Memalukan apabila UMNO Cawangan dan Bahagian diketuai oleh mereka yang disokong oleh konsep siapa lebih kuat, siapa lebih ramai geng samseng, kereta siapa lebih besar, siapa lebih banyak duit dan bukan siapa yang disukai oleh ahli marhein UMNO dan rakyat setempat.

Hampir semua Ketua Cawangan dan Bahagian UMNO hidup mewah,rumah besar, kereta besar sering bertambah, tidak mesra rakyat, terlibat dengan gangster dan samseng, sombong dan bongkak, tidak cukup Islamik malah ada yang terang-terang melakukan maksiat. Apakah UMNO mampu berubah jika hanya Nakhoda Kapal dan Ketua-Ketua Bahagian Kapa sahaja yang ditukar? Tidak perlukah menukar enjin baru, komponen baru, chasis baru, layar baru, dan lain-lain? Tidak perlukah tukar anak-anak kapal yang sebelum ini sudah terbukti hanya beban kepada kapal sahaja? Jika UMNO tidak menukar mereka ini, PERCAYALAH, UMNO akan karam semula. UMNO hanya mampu berlayar tidak jauh sebelum karam semula, sebelum semua permasalahan dan konflik dalaman bangkit semula. Di kala itu, rakyat bosan sekali lagi. Rakyat akan hantar KAPAL UMNO jauh ke dasar lautan.

Jika benar UMNO ikhlas untuk berubah, satu langkah berani perlu dilaksanakan untuk memastikan anak kapal UMNO adalah terdiri dari mereka yang mahu berkhidmat untuk memastikan kapal berlayar dengan selamat. UMNO perlu perkenalkan Perlembagaan dimana Ketua Cawangan hanya boleh duduk dikerusi tersebut untuk 2 tahun atau 3 tahun sahaja dan AJK Bahagian hanya boleh duduk dikerusi tersebut untuk sepenggal sahaja. Jika praktikal, Ketua Bahagian pula perlu di undi oleh setiap ahli UMNO dari peringkat Cawangan ke Bahagian. Walaubagaimanapun Ketua Cawangan boleh bertanding sekali lagi selepas kehilangan giliran pertama. Langkah ini dapat memastikan keutuhan UMNO di peringkat Cawangan dan dapat menggilap lebih banyak bakat ahli UMNO berbanding keadaan sekarang dimana Ketua Cawangan merupakan jawatan seumur hidup. Ketua Bahagian juga boleh menyusun jentera dengan lebih berkesan tanpa dipengaruhi oleh pihak samseng dan kroni dari Cawangan.

Jika UMNO mahu menarik golongan muda menyertai UMNO, UMNO perlu menjadikan Parti ini sebagai parti yang mencabar, kerana golongan muda sukakan cabaran. Kerna itulah mereka menyertai pembangkang yang lebih mencabar. Fikir-fikirkanlah jika mahu UMNO di gerakkan oleh ahli yang professional, muda, berkualiti, berwawasan dan berkualiti. Salam Perjuangan.

Saturday, August 29, 2009

Wajarkah ISA Dimansuhkan

Jumaat yang lepas bakal menjadi sejarah. Sekumpulan orang Islam bertindak membawa kepala lembu untuk dipersembahkan kepada kerajaan Negeri Selangor sebagai tanda protes pembinaan kuil Hindu dikawasan rumah mereka. Kenapa kepala lembu dipilih tidak jelas kerana kebiasaannya orang protes membawa sepanduk, kain rentang dan jika ada lagak ugutan biasanya dalam bentuk simbol seperti Keranda, replika, atau paling teruk membawa ayam yang sudah disembelih. Yang jelas, ada tangan ghaib yang cuba menangguk di air yang keruh kerana lembu adalah satu Tuhan untuk masyarakat India. Mereka ini mahukan kekacauan dan peperangan kerana mereka bermanfaat dari kesengsaraan orang lain.

Dalam masa yang sama, kebebalan pemimpin lalu yang membiarkan Hindu Right Action Force ataupun HINDRAF bermaharajalela dengan menuduh masyarakat Melayu Islam melakukan “ethnic cleansing” terhadap kaum India-Hindu tidak diambil sebarang tindakan. Berbeza dengan Al-Arqam, Al-Maunah, Peristiwa Memali, JI Malaysia dan lain-lain yang melibatkan Melayu, kaum India melalui HINDRAF dibiarkan bertaring malah diiktiraf oleh akhbar sebagai pertubuhan sah walhasil ia telah diwartakan haram. Kelemahan pemimpin lepas mengawal anasir ini mengakibatkan sentimen anti kaum atau perkauman mula menular kembali.

Sebagai tindakbalas kerana sempadan sensitiviti kaum mula dilanggar oleh HINDRAF, kini, sekumpulan 50 orang Melayu membalas dengan jauh melangkau sensitiviti agama rasmi orang India iaitu Hindu. Tidak dapat dipastikan samada 50 orang ini benar-benar tidak tahu lembu adalah salah satu Tuhan kaum India, ataupun mereka berniat jahat untuk memulakan provokasi yang boleh membawa kepada pertumpahan darah. Inilah akibatnya apabila pemimpin DUN/Parlimen kawasan terbabit tidak bertanggungjawab dan hanya mahu melepaskan diri sendiri. Rakyat yang hilang punca serta tiada temapt mengadu bertindak luar batasan. Sungguhpun, ini bukanlah waktu untuk menyalahkan sesiapa, namun tindakan pantas adalah amat perlu walaupun sememangnya sensitiviti orang Islam banyak dicabar dan disentuh teruatama dalam blog-blog.

Islam mengajar buat baik dibalas baik tetapi tidak mengajar jahat dibalas dengan jahat. Sungguhpun Tuan Guru Nik Aziz mengatakan jika kita dihina kita berdiam diri maka itu adalah menghina diri sendiri bukan merendah diri, dan kita perlu hina balik orang yang menghina kita. Tetapi ajaran Allah adalah yang terbaik tidak seperti yang dikatakan Tuan Guru Nik Aziz. Lihat sahaja keperibadian Nabi Muhammad SAW yang pernah diludah oleh sahabatnya, yang dibaling dengan kekotoran dan dimaki oleh penduduk Taif. Nabi Muhammad SAW mendoakan orang yang menghina beliau dan tidak pernah menghina kembali. Oleh itu, jika perbuatan membawa kepala lembu sebagai simbol “dihalalkan” kerana Islam dihina dulu, maka, kita orang Islam berjaya membuktikan pada mereka yang kita tidak berbeza dengan mereka.

Siapa pun akan sakit hati dan marah apabila Agama dan Tuhan masing-masing dihina. Oleh itu, wajar dijadikan pengajaran supaya kita semua rakyat Malaysia berwaspada dalam mengucap kata, menulis rasa, dan melakar laku supaya kita terus menghormati hak dan kebebasan beragama rakyat Malaysia. Sesungguhnya kebebasan beragama termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Kita semua rasa kita waras dan rasional, tetapi, apakah semua orang seperti kita? Jika semua mahu mengikut kata hati, maka binasalah Negara, persis Negara jiran yang sanggup berperang hanya kerana sebuah tarian dimainkan! Semua ini membawa kepada persoalan apakah kita rumpun Melayu, dan kesemua rakyat Malaysia sudah mencapai peradaban manusia yang tinggi? Justeru, wajarkah ISA dimansuhkan apabila masih ada manusia yang sanggup menghina Tuhan manusia lain? Seramai 20,000 manusia yang 19,000 terdiri dari Melayu berdiri bersama Unit Amal PAS untuk menuntut ISA dimansuhkan walhasil tiada siapa pun dalam tahanan ISA yang ditahan secara suka-suka, KECUALI jika mereka membawa pendekatakan melampau termasuk membawa kepala lembu sebagai tanda protes kuil Hindu dibina, KECUALI, jika mereka menuduh orang Melayu melakukan “ethnic cleansing”, KECUALI, jika mereka membawa sentimen pengganas dengan membenci orang yang tidak sehaluan dengan mereka sehingga sanggup meletupkan diri, KECUALI, jika mereka membakar dan memijak Al-Quran, KECUALI jika mereka mengebom masjid, tokong, kuil dan berhala, dan apakah kita mahu tunggu mereka yang bernaluri seperti ini melakukannya baharu kita ambil tindakan. Sudah pasti, akan wujudlah pergerakan seperti HINDRAF, Al-Maunah dan JI Malaysia yang mahu menguatkuasakan undang-undang bagi mencapai cita-cita peribadi mereka mengikut ideologi dan kepercayaan masing-masing.

Segelintir daripada kita dibesarkan dibandar terutama Kuala Lumpur. Di ibukota ini, kita hidup bertoleransi, bersahabat, bercinta, bersaudara tanpa ada batasan warna kulit dan kepercayaan. Kita bersesak dan bertemu punggung setiap hari bukan sahaja dengan rakyat Malaysia berlainan kaum tetapi juga dengan bukan rakyat Malaysia. Dalam pekerjaan dan ekonomi, kita bagai aur dan tebing, saling memerlukan, saling menghormati dan saling mempercayai. Kita menghargai setiap saat kebahagiaan dan keamanan yang kita kecapi hasil usaha Raja dan pemimpin lama dari kaum Melayu, India, Cina, Sikh, Bajau, Kadazan, Iban, dan lain lain. Apakah benar kita mahu merisikokan semua ini dengan memansuhkan ISA sedangkan di luar Bandar sana, masih ada orang yang begitu perkauman. Begitu benci pada Cina, Melayu, India, Sikh dan lain-lain! Begitu dendam dan jijik melihat berhala! Begitu ingin melihat berhala, kuil, tokong dan masjid hancur dibom! Begitu benci akan jurang sosio-ekonomi yang begitu ketara antara kaum. Fikirkan, sosio-ekonomi di Kuala Lumpur memang agak seimbang tetapi jelas di luar Bandar hanya kaum tertentu sahaja yang mengecapi kesenangan. Fikirkan, kesan jurang sosio-ekonomi yang dalam pada Indonesia pada 1998. Apakah ISA benar-benar tidak diperlukan?

Dewasa ini, kita melihat perubahan drastik dalam dasar perjuangan dan penerimaan parti yang memperjuangkan Islam. Kekuatan mereka sebagai pembangkang menjadi “check and balance” kepada kerajaan dengan berkesan. Kerajaan kini sudah sedar yang zaman “government know the best” sudah berlalu apabila rakyat memberi kekuatan kepada pembangkang. Dalam kealpaan ini, dalam kita dibandar semua seronok berkongsi raya, kita semua leka dan terlupa, kerana kita menyangkakan parti Islam yang agak radikal sebelum ini sudah mula dimodenkan oleh golongan Profesional dikalangan mereka. Rupa-rupanya, masih ramai diantara kita yang masih belum boleh menerima dengan baik konsep masyarakat berbilang kaum dan agama, kebebasan beragama, meritrokasi, sistem kuota, DEB, Hak dan Status Bumiputera, Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Cina dan Tamil, Persekutuan Malaysia bukan Tanah Melayu, dan mereka ini juga masih gagal menghormati hak semua rakyat Malaysia. Jelas, masih ramai antara kita tidak benar-benar menghayati lagu Negaraku dan Rukun Negara. Jika mereka ini bukan dari BN mahupun PR, mungkinkah mereka ini dari pertubuhan haram baru yang memperjuangkan ideologi melampau sehingga sanggup menumpahkan darah di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Apakah benar-benar ISA tidak diperlukan? Apakah undang-undang sedia ada tanpa ISA dapat menghalang dari pertumpahan darah dan dendam berpanjangan? Mampukah Negara Moden dan kuat seperti Amerika menggunakan Akta Patriot yang mirip ISA bagi mencegah peristiwa 9/11 dari berulang? Jika terjadi sekali lagi kejadian melintasi batasan sensitiviti agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian, mampukah kita masyarakat berbilang kaum yang duduk berjiran, yang bekerja bersama, yang makan semeja, yang menuntu bersama, mengawal diri dan emosi. Mampukah undang-undang sedia ada mengawal keadaan sedangkan kes boleh berjalan sehingga berpuluh tahun tanpa tindakan keatas si pengacau, malah, si pengacau mungkin dibebaskan tanpa dihukum jika kekurangan bukti sahih.
Sediakah kita untuk kehilangan satu hubungan yang amat istimewa sesama kita tanpa mengira kaum dan agama hasil dari penguatkuasaan undang-undang yang amat berkesan. Mungkin, hanya mungkin memang benar ada yang teraniaya bagi menjamin keutuhan keseluruhan perpaduan ini, tetapi perlukah sampai dihancurkan pula perpaduan ini hanya untuk memuaskan hati 50 orang ini?

Pada pendapat saya, ISA masih relevan. Kerana sebagai orang Bandar yang belajar dan bekerja dibandar, sebagai anak kacukan Melayu Cina, saya amat sayangkan sahabat dan saudara saya tidak kira samada Melayu, Cina, India, dan Singh. Saya amat menghargai mereka semua dan tidak mahu kehilangan seorang pun dari mereka. Dan, pada pendapat saya, hubungan antara kaum di Malaysia umpama KLCC. Tinggi, merbahaya dan berisiko apabila ditimpa bencana, tetapi jika tanah, struktur, bangunan, sistem, dan semua bekerjasama, saling menghormati tanpa mengira siapa diatas siapa dibawah maka kita mampu mencapai awan. Oleh itu, bagi memastikan keutuhan KLCC, jika ada ISA untuk bencana alam, saya akan gunakan ISA untuk menahan bencana alam, apatah pula dengan bencana manusia. Ia benar-benar bukan sesuatu yang saya dan anda semua mahu risikokan.

Tuesday, August 25, 2009

PAS SOKONG HUDUD ATAU TIDAK

Kes model pelancongan Kartika Sari Dewi mendapat perhatian banyak pihak. Ini kerana Mahkamah Syariah kian cenderung menjatuhkan hukuman mengikut syariah Islam. Kartika Sari Dewi didapati bersalah kerana minum arak dan dijatuhkan hukuman sebat. Tahniah diucapkan kepada Hakim Mahkamah Syariah dan Kartika Sari Dewi serta keluarga beliau teruatama bapa beliau yang sanggup menerima hukuman tersebut. Tertegaknya hukum Islam dalam cara yang begitu adil, iaitu hudud yang disesuaikan mengikut aliran zaman. Sebat untuk kesalahan minum arak sesuai dengan kehendak ajaran Islam, Al-Quran dan Hukum Allah dan disebat bukan di khalayak ramai bagi menjaga maruah pelaku. Alhamdulillah, jika terlaksana hokum hudud ini maka semua yang terlibat akan mendapat pahala yang banyak terutama Katika Sari Dewi yang akan mendapat “pelepasan” pembalasan diakhirat kerana sudah dihukum didunia. Sesungguhnya, azab Allah diakhirat itu AMAT pedih.

Malangnya, keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut, semangat dan taubat Kartika Sari Dewi yang ikhlas insaf dan takut pada balasan Allah diakhirat dipersiakan oleh kita semua. Dr Lo Lo Haji Mohd Ghazali(Ketua Wanita PAS), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Ketua Wanita UMNO), SUARAM, BAR Council adalah yang mula-mula sekali bangun membantah hukuman tersebut. Kemudian disusuli oleh pemimpin bukan Islam terutama dari Parti Pembangkang dan yang terakhir Dato Seri Najib menunjukkan simpati terakhir untuk Kartika Sari Dewi. Beliau tidak membantah hukuman hudud tersebut tetapi meenasihatkan Kartika Sari Dewi untuk merayu jika mahu mengubah keputusan menerima hukuman sebat tersebut. Ketahuilah, WAJIB bagi setiap orang Islam memahami akan hukum Allah dan kebaikannya kepada kita. Orang Islam perlu sedar akan kasih sayang Allah pada umat Muhammad sehingga membenarkan hukuman dunia dijalankan sebagai ganti untuk melepaskan diri dari hukuman akhirat yang beratus ganda jauh lebih azab. Malah, semua orang Islam perlu yakin yang hidup di dunia ini hanya sepetang di akhirat dan hidup akhirat itulah hidup yang kekal.

Apa yang jelik, pelik, dan memalukan orang Islam ialah senyapnya pejuang-pejuang Islam politik yang lebih dikenali sebagai PAS. PAS menggunakan isu Hudud sebagai modal memancing undi, bahan ceramah menghentam dan mencerca pemimpin UMNO, tiket untuk menggelar Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai Mahafiraun dan menuduh beliau menolak Negara Islam, malah PAS menggunakan alasan UMNO menolak hudud untuk mengkafirkan UMNO. PAS begitu bersemangat memperjuangkan hudud dan sesiapa yang menentang akan digelar sebagai musuh dan difatwakan oleh mereka akan masuk neraka dan mereka akan masuk Syurga kerana memperjuangkan hudud. PAS bermanfaat dari isu hudud ini sejak 20 tahun lepas. PAS menggunakan sentiment jiwa orang Melayu dengan mengaku memperjuangkan Negara Islam dan hudud.

Tapi, dimanakah PAS dulu? Mana hilangnya semangat PAS? Mana PAS yang perjuangkan hukum hudud dalam kekalutan kes Kartika Sari Dewi? Mana Unit Amal PAS yang gagah bertempur dengan Polis semasa demonstrasi Anti ISA? Mana para Ustaz, Tuan Guru, Ulama dan Pejuang Islam PAS yang begitu lantang mengkafirkan UMNO kerana menentang hudud? Ditambah lagi dengan Ketua Wanita PAS , Dr Lo Lo menentang pelaksanaan hukum hudud tersebut. Akhirnya, Allah memberitakan kepada kita, dan satu persatu wayang penipuan dan helah sandiwara PAS ditelanjangi.

Biarkan PAS menunggu balasan Allah kerana palsu dan tidak ikhlas perjuangkan hudud. Marilah kita semua bangun tanpa PAS yang mengaku memperjuangkan Negara Islam tulen dan bukan Islam palsu seperti kata Nik Aziz. Sebagai umat Islam, marilah kita semua bangun menyokong Hakim tersebut dan Kartika Sari Dewi kerana memasyhurkan kesucian Islam dan tunduk pada ke-Esa-an Allah yang Unggul.

Semoga hukum Allah dan Mahkamah Syariah terus berkumandang dalam jiwa orang Islam samada tanpa parti Politik yang kononnya memperjuangkan Islam ataupun tidak. Sedarlah, pintu taubat Allah itu senantiasa terbuka, tetapi apakah ia untuk kita dan masih adakah masa buat kita?

Saturday, August 15, 2009

H1N1: MURKA ALLAH PADA UMAT MELAYU DAN MASA UNTUK HIJRAH

Persoalan mengenai H1N1 masih banyak belum terjawab. Apa yang pasti tidak mungkin ia boleh disembunyikan buat selamanya. Namun, tujuan kerajaan murni, untuk mengelakkan rasa panik, dan khabar angin yang tidak bertanggungjawab yang boleh membawa huru hara. Saya percaya kerajaan sedang bekerja keras untuk menangani wabak ini.

Dalam pada itu, kedengaran suara yang menyesatkan, yang menyatakan vaksin terbaik untuk mengelak dari wabak ini adalah dengan memakan daging babi. Kononnya virus ini sudah menjangkiti dan membunuh beratus ribu babi pada tahun 2006 dan kini darah babi sudah mempunyai antibodi menentang virus tersebut. Khabar angin ini disokong dengan jumlah kematian Melayu yang tidak makan babi mendahului peratusan korban H1N1 dan harga daging babi dipasaran pula melambung disebabkan permintaan yang meningkat.

Tidak kurang pula dengan pelbagai nasihat tidak professional, lambakan ubat vaksin palsu, risalah doa palsu dan bermacam-macam lagi yang digunakan untuk mengaut keuntungan atas kerisauan masyarakat.

Dalam Al-Quran, Allah dengan jelas berfirman di akhir zaman akan muncul banyak wabak yang tiada ubat. Lupakan dunia luar, bercakap mengenai Melayu, H1N1 merupakan kemurkaan Allah pada umat Melayu. Umat Melayu ditunjangi oleh Agama Islam dan bumi Malaysia disokong oleh amalan ibadah dan kemasyhuran Islam sebagai agama rasmi. Tidak kira apa sahaja hujah orang politik, yang pasti, Malaysia dibawah pemerintahan 50 tahun BN aman dan damai. Semua penganut agama bebas mengamalkan upacara agama masing-masing tanpa khuatir keselamatan mereka di ancam. Walaupun UMNO difitnah menolak Islam,, tetapi tiada seorang pun daripada kita tidak dapat melaksanakan Rukun Islam dengan bebas tanpa dipaksa. Malah, ramainya umat yang masih sujud di bumi ini, maka Allah haramkan bumi Malaysia dari sebarang bencana alam dan wabak yang meragut nyawa.

Namun, kini segalanya sudah berubah. Allah murka dengan perpecahan umat Islam berbangsa Melayu. Seolah-olah taksub dengan kelulusan Arab, orang Melayu diresapi ramuan perpecahan dan persengketaan beribu tahun kaum Arab berugama Islam. Di Tanah Anbiya itu, puak Syiah dan Sunnah masih lagi terus berpecah dan berbunuhan sesama Islam hanya untuk menegakkan saya benar dan dia salah. Malang buat kaum Melayu, itulah satu-satunya nilai yang dipelajari oleh pemimpin Islam kelulusan Arab. Bagai tidak takut dengan azab Allah, ramai orang Islam berani menjual agama untuk nikmat dunia yang sedikit, tidak berani mempertahankan Islam apabila Islam dihina, hilang adab dan sopan, dan yang paling menyedihkan hilangnya NILAI dalam jiwa Melayu.

Tiada lagi layanan khas dari Allah untuk kita. Siapa yang salah? Kita semua yang salah!! Dari rakyat biasa hinggalah kepemimpin dan Iman-Imam, kita semua tidak akan dilepaskan dari tanggungjawab kita atas kesalahan ini. Kita mengagungkan hiburan ditatkala Tilawah Al-Quran berlangsung, kita memuja artis dan menangis apabila anak-anak kita kalah dalam pertandingan berlakon, kita mengagungkan artis apabila mereka mati tetapi kita biarkan golongan agama mati kesejukan, kita bertepuk tangan apabila anak-anak kita berpeluk dengan wanita yang lebih tua dari mereka apabila kalah dalam pertandingan menyanyi, kita makan makanan yang dimasak oleh bukan Islam walaupun premis tersebut mendapat pengesahan sijil halal, kita sibuk membawa anak-anak kita ke Megamall tapi tidak ke masjid, kita kosongkan surau dan masjid dan biarkan golongan pencen memeritkan tekak yang kering, kita halalkan sumbang mahram, kita benarkan maksiat berleluasa, kita makan hasil riba, kita nikmati hasil bunga, kita biarkan arak bermaharajalela di kedai serbaneka yang bisa diakses dengan mudah oleh anak-anak kita, kita biarkan arak dijual dan diminum secara terbuka di KLCC dan Café-café, kita biar anak kita berpelesaran di Internet Café, di kedai mamak, di jalanan merempit, ronda-ronda sepanjang malam, kita hias malam dengan maksiat, kita sulam hari kita dengan kesibukan dunia, kita tidak menoleh lagi kemasjid kecuali pada hari Jumaat, dan hari ini, H1N1 Allah turunkan untuk bangsa Melayu hadapi.

Marilah kita berhijrah. Insaflah yang Maha Kuasa masih menyayangi kita dan hanya menghantar amaran kecil yang pertama. Jika kita masih alpa, wabak yang lebih besar bakal melanda sehingga turunnya Nabi Isa, Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, dan Imam Mahdi. H1N1 membawa kesan yang amat parah dan menjadikan Melayu Islam sebagai sasaran utama. H1N1 bisa merebak dengan mudah melalui pernafasan dan sentuhan. Dari Megamall yang sibuk dan tercemar, marilah kita bawa anak kita penuhi masjid. Dari bersentuhan dan berpelesaran malam hari, kita bawa anak-anak kita sembahyang malam, mengaji, dan isi sepertiga dari malam dengan ibadah, dari beriadah di tempat terbuka atau awam, kita beriadah bersama keluarga di rumah dan isi dengan zikir-zikir, dari sibuk dengan hiburan, dari mengangkat dan memuja artis, kita minta pada ustaz-ustaz, guru-guru, ulama-ulama berdoa pada Allah dan kita minta dan kita sertai program ibadah setiap malam hari di bulan Ramadhan dan kita teruskan kebulan-bulan seterusnya sehingga wabak H1N1 ini berakhir. Kita kembali kepadaNYA dan kita minta pada Allah dan tunjukkan semula yang kita, umat Melayu, tidak akan sesekali berpaling dari Allah dan Rasulnya dari apapun termasuklah nikmat dunia yang sedikit.

Kita minta pada pemimpin politik beragama Islam dari UMNO, PAS, dan PKR hentikan sengketa, hentikan cerca, mengejii, menghina sesama saudara, maafkan sesama saudara, jalinkan perpaduan, bersatu dan tegakkan Islam apabila ia ditindas dan dihina. Kita lupakan sementara semua ideologi dunia ini dan kita berdiri sebagai satu iaitu Islam yang bertuhankan Allah Yang Esa, dan Berasulkan Muhammad SAW. Marilah kita semua berhijrah dan semoga Allah masih kasihan pada kita dan tunjukkan kepadaNYA yang kita ikhlas untuk berhijrah. Kita boleh sesungguhnya kita umat Nabi YANG MULIA.

Friday, August 14, 2009

RAYU Dr Ridhuan Tee Terus Berjuang Kerana Allah & Kebenaran Pasti Menang

Saya amat tertarik dengan kenyataan berani Dr Ridhuan Tee Abdullah bertajuk Nasib Melayu di bumi Melayu yang mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Malah ada blog orang politik yang mencarut, mengeji Dr Ridhuan Tee, mencerca ibu bapa beliau, mengecam anak-anak beliau , dan menghina agama beliau iaitu Islam.Sudah pasti, hati beliau hancur dan luluh, dan anak serta keluarga beliau pasti akan berhadapan dengan tekanan.

Ini semua berpunca dari fakta(fakta adalah hakikat yang benar dan tidak boleh dicabar) yang beliau utarakan mengenai nasib orang Islam. Dalam artikel itu, beliau jelas, mengecam pemimpin Islam dan bukan Islam dari DAP, PKR, MCA, MIC dan PAS yang tidak memperjuangkan nasib orang Islam apabila ditimpa musibah. Cerita amat berlainan, jika nasib yang sama menimpa kaum mereka masing-masing, walhasil, mereka mengaku memperjuangkan semua kaum dan melalui Malaysiakini akhbar online, mereka menuduh Umno dan akhbar Utusan sebagai rasis.

Jelas, Dr Ridhuan Tee adalah pendakwah bebas yang tidak pernah mengatakan pendirian politik beliau, malah mungkin beliau juga mengundi pembangkang pada PRU lepas, namun, beliau dikecam oleh pemimpin pembangkang kerana cuba memperjuangkan Islam agama yang beliau anuti kini dan semata-mata dilihat bertentangan dengan agenda pembangkang. Nasib yang sama turut menimpa Tan Sri Harusani Zakaria dan Dr Asri.

Ketahuilah, Dr Ridhuan Tee adalah ulama tulen dan jauh lebih baik dari ulama politik sanjungan PAS seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Dato' Dr. Haron bin Din, Dato' Dr Hasan Ali, Dato' Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Ustaz Hj Nasharuddin Mat Isa, Datuk Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak, dan semua ulama, serta ustaz dalam PAS. Mereka ini semua dibayar gaji oleh rakyat untuk memperjuangkan Islam. Mereka diundi oleh rakyat kerana mereka berjanji untuk memperjuangkan Islam. Janji pada orang Melayu yang mereka akan menubuhkan kerajaan Islam. Mereka mengajak rakyat terutama orang Melayu membenci saudara Islam yang lain kerana menjadi penghalang kepada Negara Islam, penghalang kepada hukum hudud yang mereka kononnya perjuangkan. Mereka menanam kebencian dalam jiwa anak kecil pada UMNO dan Tun Dr Mahathir kerana kata mereka, UMNO bertanggunjawab membiarkan kilang arak beroperasi, arak dijual secara terbuka, disko bertaburan di ibu kota Negara Islam Malaysia, kedai judi diberi lesen, UMNO membenarkan sambutan Tahun Baru, sambutan Merdeka, sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Valentine, meletak bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan, membina patung penyu di Rantau Abang, dan macam-macam lagi. Mereka terus menerus menipu rakyat dan untuk membuktikan mereka utusan Allah yang suci mereka akan tuduh segala bencana seperti Virus JE, Tsunami, banjir, tanah runtuh, taufan Greg-Sabah, dan lain-lain sebagai balasan Allah kepada UMNO kerana membiarkan maksiat. Itulah PAS yang saya kenal sejak pandai membaca 20 tahun dulu.

Sesungguhnya Dr. Ridhuan Tee tidak menerima gaji dari rakyat. Beliau adalah pendakwah bebas yang berjuang menegakkan Islam agama Allah, iaitu agama yang bukan beliau anuti sejak lahir seperti kita orang Melayu. Allah Maha Besar dan berjanji bersama kebenaran, kini, satu persatu mainan keji iblis syaitan diperlihatkan kepada kita semua. Namun, petunjuk dan hidayah Allah adalah untuk mereka yang mahukannya. Dalam kepalsuan PAS perjuangkan Islam dalam Pakatan Rakyat, PAS menuduh UMNO kafir malah PAS enggan berkerjasama dengan Parti Islam terbesar di Malaysia iaitu UMNO.

Kini, Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP dari Jelutung menuduh Ahli Majlis PKR sebagai pengganas Islam kerana Jeff Ooi berpendapat sesiapa sahaja yang berniat untuk menegakkan hukum Syariah adalah Pengganas Agama, Karpal Singh menyanggah keras Negara Islam dan hudud dengan mencabar orang Islam langkah mayat beliau dahulu kalau mahu tubuhkan Negara Islam, Lim Guan Eng menuduh Peguam Kg Buah Pala yang beragama Islam mempunyai agenda lain, dan terkini Ronnie Liu memperjuangkan penjualan arak secara terbuka dan bebas malah dengan angkuh beliau mengatakan beer bukan dalam kategori arak mengikut hukum Islam.

Dalam kekalutan yang terjadi kerana kenaifan dan penipuan kita menjual Islam untuk kepentingan diri dan kuasa, semua umat Islam mengharapkan mereka yang bersih dan bebas dari mana-mana pengaruh politik seperti Dr Ridhuan Tee, Dr Asri dan ulama lain yang tidak terikat menerima punca pencarian dari UMNO, PAS, PKR dan DAP untuk memperjuangkan Islam.

Oleh demikian saya merayu kepada Dr Ridhuan Tee untuk terus berjuang untuk Islam tanpa ada gelaran Menteri atau Ketua untuk mana-mana Parti Politik. Saya berharap agar beliau cekal dan yakin Allah SWT bersama orang yang benar. Percayalah, saya cukup merasakan kesakitan yang ditanggung oleh Dr Ridhuan Tee yang datang dari bangsa Cina yang maju, yang kaya, yang dihormati, yang mendapat layanan khas di banyak syarikat besar kerana kerajinan mereka. Dr Ridhuan Tee melepaskan itu semua demi Allah, demi akhirat dan “ cuba ” untuk berasimilasi dengan orang Islam kaum Melayu. Ternyata ia amat sukar, kerana orang Melayu itu mudah dikudakan malah mudah percaya dan taksub. Namun, bersabarlah Dr Ridhuan Tee, perjuangan anda pasti Allah balas dengan Syurga yang Indah. Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang sabar, jangan seperti Ulama Tersohor Kelantan yang dipetik berkata kalau kita diam, kita tidak balas kejahatan orang pada kita maka kita bukan merendah diri tapi menghina diri sendiri. Yakinlah pada Allah Dr Ridhuan Tee, yang mana cacian dan makian adalah makanan utama Rasulullah SAW dan pewaris Baginda iaitu Ulama. Yang pasti perjuangan palsu yang menggunakan Islam pasti Allah balas jua.

Saturday, August 1, 2009

Kantin, Syarikat dan DEMO DEMO DEMO!!!!

Dalam banyak-banyak jenis perniagaan dan pekerjaan, kantin memerlukan kemahiran dan kecepatan berfikir serta bertindak bagi menginovasikan@merancakkan perkhidmatan. Selain itu, berniaga atau bekerja kantin juga memerlukan stamina otak serta komitmen yang tinggi terutama kantin kilang. Dalam industri pemakanan yang dikatakan banyak untung, kerja yang sama diulang setiap hari sehingga menimbulkan rasa bosan. Oleh itu, jika diperhatikan kita akan perasan fenomena pekerja kantin yang hanya bertahan 2 tahun dan perkhidmatan kantin yang semakin menurun setiap hari.

Itu kantin, semua pekerjaan lain juga mempunyai pelbagai sifat dan halangan yang berbeda. Dalam semua ini, pemimpin syarikat yang baik tidak memadai hanya mempunyai segulung ijazah, pengetahuan, kepimpinan, perancangan, dan komitmen bagi memacu Syarikat.

Itu Syarikat, apa pula yang diperlukan bagi melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri? Pada saya, amatlah sukar untuk menjadi Perdana Menteri dan amat mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, Perdana Menteri terpaksa jua melakukan satu-satu keputusan sungguhpun tidak popular dan teramat mustahil untuk mendapat sokongan semua pihak. Asalkan ia membawa kebaikan, manfaat terhadap golongan terbabit dan rakyat majoriti, ia merupakan kepuasan maksima seorang pemimpin. Menjadi norma manusia, lazim jika seorang manusia tidak puas hati dengan kerja manusia lain. Sedangkan manusia sendiri gagal untuk puas hati dengan “kerja” Allah SWT, dan KeRasulan Nabi Muhammad SAW inikan pula dengan kerja manusia!!

Malaysia kini kita sering dihidangkan dengan pelbagai demonstrasi jalanan. Malah, demonstrasi jalanan difatwakan hukum harus oleh PAS yang mahu dikenali sebagai parti yang memperjuangkan Negara Islam ala Langkah Mayat Saya Dulu. Malah dosa besar pada saya yang amat kecil ini untuk bermusyakarah dengan PAS jika mahu mempersoalkan fatwa-fatwa mereka, kerana PAS dianggotai oleh mereka yang maksum dan tinggi agama. Ini bukan tuduhan kerana terbukti pada apa yang menimpa Mufti Tan Harusani Zakaria dan Dato Asri. Dalam banyak-banyak demonstrasi besar ialah demonstrasi memperjuangkan keadilan bagi Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim pada September 1998, Bersih 2007, PPSMI 2009 dan terkini GMI 2009.

Umum mengetahui, semua demonstrasi hanya berjaya menarik penglibatan kaum MELAYU (baca bodoh) sehingga 99.99%. Jika ada India dan Cina pun hanya tidak lebih 50 orang. Umum juga dapat melihat tidak ada satupun demonstrasi yang berjaya kerana mana-mana Kerajaan dalam dunia sedar jika tuntutan demonstrasi dipenuhi maka akan banyak lagi demonstrasi yang akan diadakan.(China tidak memenuhi tuntutan demonstrasi suku Urumqi, Myanmar tidak penuhi tuntutan demonstrasi walaupun disertai Sami, Thailand tidak penuhi tuntutan demonstrasi untuk mengampunkan Thaksin, Iran tidak penuhi demonstrasi bantahan kemenangan Presiden Iran, dll).

Malangnya, demonstrasi memansuhkan PPSMI dilihat berjaya kerana akhirnya kerajaan “tunduk” dan memansuhkan PPSMI. Ini jelas adalah kesilapan yang amat besar oleh kerajaan dari segi prinsip kerana ia membawa angin kekuatan kepada pencinta demonstrasi jalanan yang Kerajaan takut dan akan tunduk pada mereka. Samada PPSMI itu baik atau tidak, tidak perlulah diperdebatkan lagi kerana ia keputusan muktamad, namun, ia seolah-olah menunjukkan kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi jalanan kerana keputusan memansuhkan PPSMI hanya dibuat selepas demonstrasi mansuhkan PPSMI berlaku dan bukan sebelum itu sejak mula dipersoalkan selepas Tun Dr Mahathir bersara pada tahun 2003. Dari segi prinsip, kerajaan perlu menghukum semua peserta perhimpunan haram memansuhkan PPSMI dan mengajak golongan itu terutama PAS, DAP dan PKR untuk berunding baik dan buruk PPSMI sebelum membuat keputusan. Ini perlu bagi menidakkan tanggapan masyarakat kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi jalanan dan menunjukkan kerajaan sedia berunding tanpa perlu mengheret anak kecil, ibu mengandung, orang tua, dan golongan peniaga ke kancah demonstrasi.

Kini, oleh kerana saya yang naïf ini sendiri berpendapat kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi memansuhkan PPSMI, 0.0037% atau 100000 dari 27 juta rakyat Malaysia turun ke jalan sekali lagi untuk menyertai demonstrasi memansuhkan ISA. Menyedari hakikat dan khuatir kerajaan takut dan akan tunduk pada 0.0037% rakyat Malaysia ini, berdondong-dondonglah NGO-NGO Melayu untuk turun menyokong ISA. Tujuan mereka supaya kerajaan jangan takut dengan demonstrasi jalanan dan Perdana Menteri harus memikirkan kepentingan rakyat majority dan bukan 0.0037% rakyat Malaysia bagi menjamin kesejahteraan rakyat amnya. Persoalan samada benar kerajaan takut atau tidak saya tidak tahu, tetapi kini kerajaan dilihat sebagai takut dan pembangkang bijak menangguk dan menjadi pembela rakyat dikala kerajaan sudah berjanji untuk mengkaji ISA. Dan, dengan izin Allah, jika ISA benar-benar dimansuhkan atau dipinda maka rakyat sekali lagi akan merasakan kerajaan takut dan pasti tunduk pada tuntutan demonstrasi jalanan dan pembangkan pula akan diangkat sebagai hero dan PAS akan mendakwa fatwa mereka adalah sahih dan pemimpin suci mereka mulia disisi Allah.
Maka, demonstrasi di Malaysia yang dianggotai oleh 99.99% Melayu(baca bodoh) akan mengadakan lebih banyak demonstrasi termasuk membuat tuntutan beli susu anak.

Harapan saya pada Perdana Menteri dan para pembesar kerajaan supaya jangan tunduk pada tuntutan demonstrasi jalanan yang tidak sampai 1% rakyat Malaysia pun. Dan jika memang keputusan kelak menyebelahi mereka, bijaklah mengendalikannya supaya rakyat tidak berfikiran yang kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi jalanan.

Pada para penunjuk perasaan, saya tahu anda akan mengucapkan tahniah pada diri anda dan rakan demonstrasi anda, tetapi cubalah ucapkan tahniah kepada peniaga-peniaga yang terpaksa menutup kedai hari ini, dan saudara serta rakan anda yang terlibat dalam kesesakan dan kemalangan jalanraya dan lihat reaksi mereka. Dan, fikirkanlah jika demonstratsi meresapi sehingga menjadi budaya Melayu(baca bodoh), apalah keuntungan bagi kita bangsa Melayu yang sememangnya mundur(baca diberi bantuan tapi malas dan suka buang masa) ini.