ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, December 11, 2013

Teguran Terbuka Pada Ibdillah, cc YB KJ & PM Najib


Saya sebenarnya malas mahu komen tentang kenyataan Yang Berbahagia Saudara Ibdillah, Ketua UMB Permuda UMNO yang dilantik oleh YB KJ.Tetapi, kerana kasihankan Perdana Menteri yang wajar dikasihani kerana kerja keras dan segala usahanya, saya coretkan juga perkara yang saya menyampah, iaitu menegur orang yang tidak mahu ditegur, atau dalam erti kata lain, mengajar orang yang tidak mahu belajar.

Politik adalah persepsi. Politik adalah persepsi. Politik adalah persepsi. Tulis sebanyak 10000 kali diatas kertas dan sematkan dalam kepala. Politik adalah persepsi jika Ibdillah dan KJ masih belum tahu lagi.

Politik adalah persepsi bukan kerana sifat wajib politik tapi kerana cuaca dan iklim di Malaysia di samping sifat pengundi pelbagai kaum dalam sistem demokrasi yang diamalkan.

Politik adalah persepsi. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang kepandaiannya berpolitik menyamai 10000 ahli UMNO. Beliau berjaya menanam persepsi rasuah, nepotisma, kroninisma, salah guna kuasa dan projek keatas UMNO walaupun PKR lebih teruk lagi. Tapi, siapa lebih teruk tidak penting, kerana siapa yang menguasai persepsi rakyat dan jelas dalam hal ini, sebut sahaja UMNO maka terbayang segala yang buruk dan busuk. Sebut sahaja PKR akan terbayang perjuangan untuk Rakyat, hebatkan kuasa persepsi.

Politik adalah persepsi. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pejuang yang lebih baik dari 10000 Ahli UMNO. Beliau memperjuangkan dirinya sendiri sejak 1998 dan hari ini beliau berjaya mengubah paradigma rakyat khususnya orang Islam yang tidak kisah jika beliau seorang homoseksual, tidak kisah rasuahnya dalam UMNO, tidak kisah nepotisme dan kronismanya, tidak kisah cercaannya pada Dato Seri Nik Aziz dan sebagainya.

Politik adalah persepsi. PR berjaya mengubah persepsi rakyat dengan Ini Kalilah! Jom Ubah! Acu Sepenggal, Kalau Tidak Boleh, Tukar Balik! dan pelbagai lagi. Lebih hebat, mereka berjaya mengubah persepsi orang Cina, Malaysia Negara milik Cina kerana tanpa Cina Malaysia tidak akan maju.

Politik adalah persepsi. Kini, apa sahaja yang UMNO dan BN lakukan walaupun untuk kebaikan adalah demi kuasa, wang, kroni dan sebagainya tetapi jika PR kentut dan kencing sekalipun ia dibuat atas nama Rakyat.

Politik adalah persepsi dan persepsi bukan dibina sehari. Persepsi dibina bertahun dengan perancangan rapi serta strategi terancang.

PR mempolitikkan segalanya, politik, politik dan politik sehingga rakyat menyampah pada UMNO bukan PR. Bijakkan PR, BN?

PR memainkan segala isu menjatuhkan BN hingga rakyat lihat apa sahaja BN buat untuk diri sendiri, PR buat untuk Rakyat. Bijakkan PR, BN?

PR menyerang dan bertahan secara “teamwork”, BN pula keseorangan atau dibantu seorang dua. Bijakkan PR, BN?

Antara PRU 12 hingga PRU 13, peperangan alam maya telah bermula lebih awal dan PR diselia oleh seorang Jeneral aka Red Bean Army yang berperanan menyokong dengan cara komen dan like di FB. Blogger Pro BN pula keseorangan dan tidak disokong samada secara komen atau like, jauh sekali moral dan bermimpilah jika kewangan.

Kuasa persepsi hingga Rakyat percaya Rosmah seorang puaka yang sihirkan suaminya. KJ akan berkahwin dengan Maya Karin, Rosmah dan Najib bom Altantuya, Mahathir punya wang berjuta di bank Israel dan lari pada malam PRU 13, Anak Mahathir beli Syarikat Arak, Pak Lah gadai Malaysia pada Singapura dan pelbagai lagi fitnah yang tidak ada bukti dan asas langsung malahan hari ini terbukti ia dusta. Sebaliknya Rakyat tetap tidak percaya Anwar, Mat Sabu, Mustapha Ali dan ramai lagi tidak sebersih mana walaupun bukti video dan gambar dihadapan mata? MENGAPA?

Kerana Politik adalah persepsi. Siapa yang menguasai persepsi akan menang!

Dan persepsi harus dibina dengan bijak serta halus. Kita tidak boleh pergi pada seseorang dan berkata, keluarga, kaum dan agama kamu adalah jahat, tapi dengan cara halus kita boleh mewujudkan pemikirannya, keluarga, agama dan kaum aku tidak baik.

Jika Ibdillah Ketuanya, dan jika YB KJ gunakan pendekatan sama, maka Melayu akan terus karam PRU 14 dimakan persepsi Melayu tidak boleh menjadi rasis, Melayu liberal perlu hormati hak kaum lain, Agama Bukan Islam mempunyai hak persoalkan Islam, orang Islam tidak perlu berjuang kerana UMNO Kafir dan sebagainya.

Inilah namanya, kalah sebelum berjuang. Tapi kalah ini 4 tahun lebih sebelum PRU 14. Renungkan.

 Mustaqim Abdul Rahman

No comments: