ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, May 6, 2008

Potongan Cukai Ganti Subsidi Minyak

03/11/2004

KINI apa yang dikhuatiri oleh pemimpin telah berlaku di Malaysia di mana harga minyak melambung tinggi dan kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsidi berjumlah RM14 bilion setahun.

Ahli ekonomi pula berpendapat bahawa kerajaan patut memberi subsidi minyak hanya kepada golongan bawahan sahaja. Tetapi implikasi langkah itu ialah harga barang dikhuatiri akan naik kerana golongan atasan ini akan menentukan harga barangan atau perkhidmatan mereka.

Oleh itu jumlah RM14 bilion ini mungkin akan ditanggung oleh kerajaan selama-lamanya.
Mahu atau tidak mahu, rakyat perlu optimistik dan realistik. Kerajaan memerlukan RM14 bilion itu untuk melaksanakan lebih banyak pembangunan kemanusiaan dan teknologi.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, kami sebagai rakyat golongan rendah memang tidak mampu memiliki kereta. Tetapi oleh kerana usaha kerajaan, pemilikan kereta menjadi lebih mudah.

Kini masalah yang kami hadapi ialah harga minyak, kadar bayaran tol dan cukai jalan. Ini semua amat membebankan kami dengan kos sara hidup lain yang tinggi di samping berpendapatan rendah.

Mungkin, kerajaan boleh menyelamatkan RM14 bilion dengan tidak lagi memberi subsidi kepada harga minyak. Mungkin harga minyak akan berada di paras maksimum RM3 seliter.

Rakyat boleh menerima kenaikan ini jika kerajaan memansuhkan atau memberi potongan dalam bentuk kutipan bayaran tol pada semua kenderaan, memansuhkan cukai jalan pada kereta buatan Malaysia dan berharga kurang daripada RM150,000, melengkap dan menambah kecekapan serta meningkatkan taraf kemudahan pengangkutan awam.

Dengan cara ini, rakyat mempunyai pilihan sama ada untuk membayar harga minyak atau menaiki kemudahan awam yang terjamin, selesa dan mudah sampai ke semua destinasi, iaitu sesuatu yang kerajaan memang patut laksanakan.

Untuk perjalanan jarak jauh, rakyat tidak lagi dibebani dengan harga tol yang tinggi, dan pengusaha-pengusaha atau peniaga juga tidak dibebani dengan cukai jalan dan harga tol.

Dengan cara ini kita semua dapat faedah, daripada membiarkan kerajaan menanggung subsidi minyak sendirian. Mungkin hanya beberapa bilion ringgit saja diperlukan untuk menanggung kerugian subsidi tol dan cukai jalan.

Jika kita lihat negara jiran, masalah harga minyak tidak timbul kerana pengangkutan awam mereka amat baik.

Mungkin kerana negara mereka kecil, tetapi kita juga dapat laksanakan kerana Kuala Lumpur, Kajang, Seremban, Rawang, Sepang tidaklah merangkumi seluruh negara.

Mungkin ini waktu untuk kita galakkan rakyat di bandar raya menaiki kemudahan awam, supaya permintaan terhadap minyak dikurangkan. Kadar bayaran letak kereta boleh dinaikkan dan kutipannya disalurkan kepada pembiayaan jalan di Kuala Lumpur.

Pengusaha bas, pengilang, peniaga dan peruncit walaupun membayar harga minyak tinggi tetapi dapat mengurangkan kos syarikat dengan diskaun tol, cukai jalan dan sebagainya.

Untuk mengimbangi implikasi atau kesan kepada semua golongan, kerajaan mungkin hanya perlu memberi subsidi minyak kepada golongan bermotosikal. -

Mustaqim Abdul Rahman, Batu Caves, Selangor.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

No comments: