ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

BN KALAH SEBELUM BERTANDING

Disiarkan Beritakmu.net pada 21 Jan 2008

Assalamualaikum,

Saya bukanlah seorang anti kerajaan atau dari Parti Pembangkang.

Namun, seperti pencinta demokrasi lain di Malaysia, saya menyokong usaha-usaha Jeff Ooi, Rockybru, Datuk Kadir Jasin, Datuk Ruhanie, Raja Petra, Sheih on Sheih, Beritakmu.net dan ramai lagi.

Kebanyakan mereka bukan menentang BN mahupun UMNO, malah mereka pejuang UMNO tulen. Mereka berhaluan kiri kerana haluan kanan penuh sesak dengan pengampu, pelobi, boneka, “towering malay”, “yesman”, dan orang-orang kaya yang mementingkan diri.
Saya percaya jika haluan kanan tidak sesak dengan orang seperti itu, perjuangan blogger-blogger ini demi kepentingan Negara, rakyat dan agama pasti berjalan dengan baik tanpa perlu menghadapi ancaman tindakan Undang-undang dan pelbagai tekanan lain.

Justeru, walaupun jemu dengan permainan politik UMNO, jauh disudut hati kami, masih ada sedikit doa dan harapan supaya UMNO kembali ke landasan yang betul. Mungkin, ramai antara ahli UMNO tidak perasan atau buat tidak tahu atau memang tidak tahu UMNO dalam ancaman. Ini dapat dibuktikan dengan sasaran 3000 majoriti undi di Pilihanraya Kecil Batu Talam, Pahang oleh TPM, Datuk Seri Najib yang merupakan anak jati Pahang.

Pengundi-pengundi di Malaysia sering disaran oleh BN untuk tidak melihat latar belakang calon, keturunan, agama, dan lain-lain, tetapi, melihat parti yang mewakili calon tersebut kerana Parti calon itu mempunyai prinsip perjuangan dan agenda penting. Majoriti 3000 undi untuk Parti BN menentang Bebas (yang berumur 22 tahun) teramat amat mengecewakan.

TPM memang “old timer” dalam politik, beliau tahu akan sokongan rakyat kepada BN, angka beliau memang tepat seperti pepatah kepada UMNO, “Cermin Diri Sendiri”!

Walau apa jua berlaku di Batu Talam, BN sudahpun kalah kepada strategi bijak Parti Pembangkang yang didakwa bacul oleh Perdana Menteri Era Islam Hadhari (baca ayat bold dengan perlahan-lahan - malu).

Kekalahan berganda BN apabila ditentang oleh seorang insan bernama Ng Chee Pang, berumur 22 tahun, calon bebas, disokong oleh bapanya yang kerana prinsip telah meletak jawatan sebagai Bendahari DAP Pahang, dan beberapa ahli keluarga serta rakan.

Mahupun ramai mendakwa Ng Chee Pang akan disokong oleh kempen pembangkang, namun hakikatnya Ng Chee Pang adalah calon bebas. Beliau tidak mampu menghentikan atau melarang percaturan pembangkang yang ingin mendedahkan kepincangan kerajaan dan ketidakadilan di Putrajaya kepada rakyat luar Bandar. Beliau yang baru berumur 22 tahun, ditentang oleh BN, Abdul Aziz Mat Kiram yang disokong oleh seluruh jentera BN termasuk PM, TPM, MB Pahang, MB Negeri Sembilan, Presiden MCA, Presiden MIC dan ramai lagi. Kekalahan hatrik 3-0 Parti Barisan Nasional pula apabila hanya meletakkan 3000 majoriti sasaran undi menentang seorang budak berumur 22 tahun dari Parti Cap Ayam.

Parti Perikatan ditubuhkan pada 1957 dan diwakili majoriti masyarakat Melayu,Cina dan India, yang hari ini dikenali sebagai BN, parti keramat ini harus meletak sasaran 99% majority undi di Pilihanraya Kecil Batu Talam.

Amat naif jika sigergasi memerlukan 50 tahun untuk memecahkan sebiji telur ayam. Maafkan saya kerana suka menggunakan contoh ayam kerana ayam sering dikaitkan dengan “bacul”. Artikel ini tidak bermaksud untuk menghina sesiapa tetapi untuk menyedarkan ahli UMNO supaya bangun dari tidur yang panjang. Bangkit dari lena dan terus menegakkan keadilan, mendukung demokrasi, menjamin ketelusan, mencegah kronisma dan rasuah, menjana UMNO kembali pada landasan yang tepat dan mencintai UMNO bukan pemimpin.

Sebagaimana Jebat mencintai rakyat lebih dari Pemimpin, tetapi bukan seperti Tuah taat pada Pemimpin dari mengutamakan rakyat. Jebat mati penuh bangga dan bermaruah, Tuah hilang dalam kekesalan. Izinkan saya memetik dialog P.Ramlee di dalam filem Hang Tuah, “ Tuah kah yang salah, atau Jebat yang salah”? Percaya atau tidak, kesetiaan dan kekesalan Tuah dan kasih dan kematian Jebat, mampu meruntuhkan empayar Melaka inikan pula UMNO.

amar@beritakmu.net

No comments: