ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

Solat Hajat Demi Kebenaran

** dihantar pada Utusan dan Harakah 11 Dec2006 - harakah siarkan

Assalamualaikum wbt Saudara Islamku,

Mutakhir ini kita sering dikejutkan dengan permasalahan identiti sebenar agama seorang mualaf atau saudara baru. Dari kes pendaki Everest Mohammad bin Abdullah, Nyonya Tahir, dan yang terbaru Muhammad Rayappan Abdullah, ada yang memihak kepada Islam dan ada yang tidak.

Yang pasti, apabila kes-kes diatas diketahui orang islam walaupun melalui akhbar, maka Allah mewajibkan bagi setiap orang islam yang masih hidup untuk mempertahankan dan menyempurnakan jenazah orang islam dengan cara islam. Justeru, kegagalan mempertahankan jenazah islam disempurnakan cara islam, akan mengakibatkan setiap kita yang mengetahui kisah ini berdosa. Polemik identiti agama ini bertambah ribut dengan pelbagai jenis tuntutan dari agama islam dan agama asal si mati, pelbagai bukti, perbahasan, logik, idea, drama, campurtangan pihak-pihak tertentu dan tidak kurang juga sumpah seranah. Konflik antara kuasa Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Syariah terus menjadi tanda tanya.

Persoalannya, apakah langkah yang telah diambil untuk mencegah dari merawat masalah ini? Adakah perlu diadakan akuan sumpah setiap 5 tahun bagi mualaf demi melicinkan status agama apabila mereka mati? Apa usaha Majlis Agama islam dalam menjamin tidak lagi berlaku kekeliruan dan seterusnya kegagalan kita menyempurnakan jenazah islam.

Saudara Islamku,

Di internet, kita dapat melihat cacian keatas agama islam oleh pihak yang kalah dan cacian keatas agama bukan islam apabila agama islam kalah dalam kes tuntutan mayat ini. Tidak kurang juga dengan provokasi dari segi fizikal dan mental. Tekanan usahlah dibincangkan. Keadilan? Adilkah bagi agama islam dan bagaimana pula dengan hak agama bukan islam, bukankah islam mengajar kita menghormati agama lain.
Permasalahan ini begitu sulit sekali ditangani oleh kerajaan, peguam, polis, persatuan dan majlis-majlis agama, apatah lagi bagi kita rakyat biasa.
Walaubagaimanapun, tanyalah diri kita, sudahkah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang islam apabila kita sekadar melihat saudara kita yang mungkin islam dan mungkin bukan islam diketika nafas terakhirnya dikebumikan dengan cara bukan islam?
Pada saya, apalah termampu kita kerana banyak kesulitan seperti Sijil Saudara Baru, Surat Akuan Sumpah yang ditandatangani sendiri oleh si mati bahawa beliau bukan lagi islam, bukti lisan pengakuan simati pada sahabatnya yang beliau masih islam disamping bersumpah dan mengucap dua kalimah syahadah.

Saudara Islamku,

Kita masih mampu. Jangan kita lupa akan senjata utama orang mukmin. DOA !!!
Di kesempatan ini saya menyeru kepada semua umat islam, terutama kepada majlis-majlis agama, masjid-masjid, persatuan-persatuan islam, parti-parti islam dan lain lain lagi menganjurkan solat hajat beramai-ramai, semoga Allah memberi kita jalan dan menunjuk kita akan kebenaran. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau jika masih islam dan mengampunkan dosa kita jika mereka bukan lagi islam. Kita jahil, dan sesungguhnya Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Mengetahui. Paling kurang tidak, sebelum anda tidur malam dirumah, di mana jua anda berada, solatlah sendirian.
-AMIN-

Saudaramu

No comments: