1 + 1 = 2
Diatas adalah fakta.
1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 x 0 + 1 = 11
Diatas juga adalah fakta.
TETAPI jika anda mahu mengatakan jawapannya adalah 1 maka anda perlu berikan fakta.
Fakta dilawan dengan fakta!
Semudah itu.
Kalau lawan fakta dengan auta, karutan, omelan, alasan, teori dan pelbagai lagi maka ia sama anda mahu katakan awan berwarna merah bukan putih.
Orang Islam wajib menyembah Allah dan tidak boleh taksub pada manusia.
Waima Mahathir sekalipun. Beliau adalah manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.
Tapi pengkritiknya seperti Salleh Keruak, Abdul Rahman Dahalan, bekas Exco PPUM, MyKmu dan semuanya teramat kurang akal bila membalas dan menjawab kritikan Mahathir bukan dengan fakta.
Bila Mahathir kata daun berwarna hijau mereka ini cuba memberitahu rakyat bahawa daun berwarna biru.
Apa kes?
Saya teringin melihat Mahathir dimalukan bukan kerana benci padanya, tetapi kerana saya mahu pentaksub Mahathir sedar beliau adalah manusia biasa.
Tolonglah kritik Mahathir dengan fakta.
Bukan dengan fakta basi atau fakta kosong, kritik dengan fakta yang boleh diubah.
Tindakan menyenaraikan fakta basi kadar tol zaman Mahathir, kesilapan Mahathir BBMB dan Perwaja, ketirisan Mahathir MV Augusta dsb adalah sama seperti orang SYIAH yang menyenaraikan fakta basi sepatutnya ALI yang menjadi Rasul, Ali sepatutunya jadi Khalifah pertama.
Fakta basi adalah sejarah, masa lepas yang tidak boleh diubah. Sebaliknya, esok masih boleh diubah dengan usaha, fakta esok yang patut kita orang Islam fokus dari berbalah kenapa Allah tidak biarkan manusia dalam ADAM kekal dalam Syurga sahaja.
Menyerang Mahathir dengan suruh beliau membetulkan anak sulungnya seperti menyuruh Rasulullah SAW membetulkan Fatimah(jika ada).
Ia sama sekali tidak logik kerana Fatimah selepas berkahwin adalah isteri kepada Saidina Ali bukan anak kepada Muhammad SAW. Muhammad SAW tidak dipertanggungjawabkan untuk membetulkan Fatimah kerana belia sudah bersuami. INI ADALAH FAKTA!
Apa yang Mahathir katakan adalah betul dimana UMNO akan kalah jika Najib terus berkuasa. FAKTA ini dibuktikan melalui survey ramai pihak. Malahan jika pengkritik tidak mahu percaya cuba berlaku jujur dan lihatlah sendiri komen-komen di FB, Twitter dan lain-lain.
Jika mahu kritik Mahathir, buktikan dengan fakta Najib masih boleh bawa kemenangan pada UMNO pada PRU 14.
Wallahualam.
Pada saya, banyak lagi boleh dikritik tentang Mahathir tapi biarlah fakta.
Mahathir sudah berusia 90 tahun-Fakta. Pada usia ini dia sudah patut memikirkan akhirat dan bukan dunia -Fakta. Tindakan Mahathir telah menyebabkan orang tua pada usia 60 tahun masih belum mahu bersedia untuk kehidupan akhirat - Fakta.
Sebenarnya banyak lagi fakta yang boleh dikatakan.
Tolonglah, buat saya percaya Mahathir itu manusia biasa dengan fakta!!!
Ayat terakhir saya diatas ini lebih hebat dari artikel 3 muka pengkritik Mahathir yang tidak kemukakan fakta yang mampu mengocak akal pembaca khususnya mereka yang berdiri atas dasar LOGIK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment