Kematian dalam kehidupan dan saya tidak pilih kehidupan dalam kematian kerana Tunku Jalil adalah permata yang sudah pupus dalam dunia ini, namun kematiannya membawa sinar pengharapan kepada semua kita.
Tunku Jalil sebening embun bagi saya yang merasakan kebanyakan ahli Kerabat Diraja lain banyak berpura-pura dalam memenangi hati rakyat selepas "siri demi siri" kesalahan mereka selain perihal perebutan harta Keluarga Diraja yang tiada noktah.
Jauh berbeza dengan kerabat Diraja lain, Tuanku Jalil tidak pernah dalam penglihatan dan pengamatan saya berbuat sesuatu untuk "personal gain".
Jika takat ukur baik itu adalah bila seorang manusia(apalagi berkuasa) keseorangan apa yang dibuatnya, maka Tunku Jalil adalah seorang yang amat baik.
Tunku Jalil memecah tembok ego dan keangkuhan anak Raja yang kian ratusan tahun memisahkan mereka dengan rakyat.
Saya tidak pernah berjumpa Tunku Jalil, saya hanya "terokai" FB beliau sekali sahaja selepas menonton sebuah video beliau mengusik seorang Jururawat.
Kematian Tunku Jalil dalam kehidupan Kekanda, Dinda, Ayahanda, Bondanya dan semua kita hanyalah permulaan.
Permulaan untuk memulakan hari esok sebagai manusia yang lebih baik dari hari sebelumnya demi "kematian dalam kehidupan" Tunku Jalil yakni kematian yang menghidupkan.
Itulah "faktor" seorang manusia.
Walaupun miskin atau kaya, sakit atau sihat, bakal Sultan atau kempunan Sultan, artis atau ulama, lelaki atau perempuan, berkuasa atau tiada kuasa, besar atau kecil, apa yang kita buat dalam HIDUP KITA MEMBAWA PENGARUH/IMPAK PADA ORANG LAIN.
Kita mempunyai bulatan pengaruh/impak atas keluarga, rakan, masyarakat serta Negara seperti yang Stephen R Covey katakan dalam buku 7 Tabiat Manusia yang amat berkesan.
Justeru, kematian dalam kehidupan Tunku Jalil memberi pengaruh yang amat besar kepada semua, waima kepada saya walau tidak pernah bersua, dan berjarak beratus KM dengan Arwah.
Siapa sahaja kita samada kita Perdana Menteri, Raja, anak Raja atau orang biasa, harus diingati, kematian adalah pasti! Sakit adalah ganti! Derita adalah isi! Akhirat adalah janji!
Dan Tunku Jalil bukan sekadar insan biasa dimana pengaruhnya mampu "menyedarkan" semua anak Raja dari 10 Raja Melayu termasuk Sultan Brunei, MP, Perdana Menteri, Menteri, KSN,KSU, TKSU, IGP dan seisi manusia akan kematian yang menghidupkan.
Alfatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment