ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, December 8, 2015

CEMBURU

Sudah takdir, sebagai anak bongsu kakak dan abang memberi saya tekanan.

Disebabkan jauh ketinggalan dari Abang Kandung sendiri, saya sering memberi alasan pindah sekolah dan sebagainya.

Takdir Allah menguji saya lagi. Isteri saya berkelulusan Master dari UUM tetapi sebab "dipaksa saya" menjadi suri rumah beliau tidak berkerja. Tetapi kakaknya 2 orang Doktor, Abangnya Doktor dan Adiknya Engineer.

Isteri mereka atau "ana punya beras" juga berkerja sebagai Doktor, Peguam Negara, Engineer dan Ahli Perniagaan berjaya.

Tipulah saya jika saya katakan saya tidak langsung berasa cemburu. Alhamdulillah, cemburu itu tidak pernah kekal dalam hati saya untuk lebih dari 2 minit.

Sejurus selepas cemburu, pasti saya bersyukur pada Allah akan nikmat yang Allah berikan kepada umatNYA apatah lagi saudara sendiri. Lebih lagi saya percaya pada falsafah Inggeris "every dog has it own day".

Baru-baru ini kakak isteri saya bersama keluarga pergi melancong sebulan ke Europe. Perbelanjaan sudah pasti boleh cecah ratusan ribu.

CEMBURU??? Tidak sedikitpun kali ini!

Allah Maha Besar, sebulan lepas saya terbaca akan ayat AlQuran yang melarang manusia berasa cemburu pada kehidupan dunia orang lain, dan mereka harus berasa cemburu pada kehidupan akhirat orang lain.

Selepas terbaca ayat itu, saya tidak langsung cemburu pada sesiapapun yang memiliki 5 rumah, Kereta dan Motor Mewah, perkerjaan profesional dan sebagainya, tapi saya berasa cemburu pada manusia yang miskin ie hanya ada RM 10 tapi mampu sedekah RM 10 dan diri sendiri berjalan kaki, atau naik kereta ikut jalan tiada TOL.

Kerana saya tidak mampu bersedekah seperti itu.

Mungkin ada yang akan keluarkan hadis yang mengatakan bahawa Islam melarang kita bersedekah hingga kita kehabisan kemudian meminta-minta dan menyusahkan orang lain, anda boleh katakan itu, tapi jika ada perselisahan dua ayat antara AlQuran dan Hadis, saya akan memilih AlQuran.

Ada antara kita bersedekah RM 1,000,000 tetapi mempunyai kekayaan RM 10,000,000. Tiada apa yang dibanggakan.

Kerana ayat AlQuran menegaskan manusia itu lumrahnya bakhil kerana mereka takut kehabisan! Siapa yang tidak takut kehabisan mereka itulah yang patut saya cemburu.

Orang yang tidak tergolong dalam Surah Munafiqun Ayat 10 itulah orang yang saya akan cemburu bukan orang yang memiliki kejayaan hebat didunia.

Jauh di lubuk hati ini, saya berdoa saya akan jadi pemurah, bukan pemurah yang takut kehabisan kerana khuatir akan mengemis dan menjadi jahil dosa. Tetapi pemurah yang tidak takut kehabisan walaupun saya rasa saya tidak mampu!

Secara logiknya kita perlu akui kehebatan AlQuran dalam isu cemburu. Logiknya, si miskin berasa cemburu akan si kaya, si kaya berasa cemburu pada golongan Raja dan golongan Raja berasa cemburu pada simiskin. YA! Allah jadikan kita tidak pernah puas dengan kehidupan dunia.

Justeru, marilah kita bersama muhasabah. Jika kita berasa cemburu kepada kehidupan dunia orang lain, hentikan! Marilah kita cemburu dengan orang yang tidak takut kehabisan, orang yang mencari keredhaan dan keampunan Allah kerana itulah yang layak dibanggakan lagi kekal.

Wallahualam.

PS: Siapa kata saya tidak mahu kaya dan berjaya, siapa pun mahu, tapi kalau disuruh pilih sudah tentu kita akan pilih akhirat yang ABADI.

2 comments:

Anonymous said...

isteri tuan dapat mendidik anak walau tidak berkerjaya seperti abg dan kakaknya. itu juga rezeki nikmat terindah dapat melihat anak membesar depan mata

Mustaqim Abdul Rahman said...

alhamdulillah....mungkin atas pengorbanan dia sebab itu saya juga mendapat semangat untuk terus bersyukur dengan rahmatNYA yang ada...syukur...:)..terima kasih atas kata positif tuan/puan