ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, December 9, 2015

Jom Khalwat Dengan Cucu G25 dan Anak Dr Maza

Dalam AlQuran kita boleh bunuh orang kafir,rampas harta mereka dan kita boleh ada Hamba dan buat apapun dengannya. Kenapa hari ini kita tidak boleh lakukan itu?

Jawapan dia kerana Quran disesuaikan ikut kesesuaian zaman dan tadabur AlQuran juga menjelaskan perkara tersebut mempunyai asbabnya ie Kafir yang menentang Islam wajib diperangi.

Pun begitu, hari ini kita tidak boleh memerangi, tidak boleh memiliki hamba, tidak boleh merampas harta orang kafir ie merompak Bank milik kafir dsb.

Maka, jika AlQuran atau KALAM ALLAH boleh disesuaikan ikut zaman,

Jadi kenapa Hadis tidak boleh sesuaikan ikut zaman?

Hujah mahu mansuhkan hukuman khalwat berdasarkan Hadis 1400 tahun dahulu di Arab adalah tidak sesuai dilaksanakan hari ini dan ia umpama kita boleh mempunyai Hamba dan membunuh kafir! WOW!

Dr Maza dan G25 khususnya Ketuanya, Datuk Noor Farida pasti tidak pernah tinggal di Flat. Berapakah jarak antara pintu unit flat? Berapakah bilik dalam Flat? Berapakah isi rumah Flat?

Mereka juga kurang tahu tentang rumah Felda? Tahukah mereka berapa jarak antara rumah Felda?

Rumah teres dipisahkan oleh apa? Dan di Kuala Lumpur, dalam pengetahuan jiran berapa ramai yang bersekedudukan!

Dan Dr Maza dan G25 kurang baca bahawa pada 2010, mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Ini bermakna antara 2005-2015 secara purata lebih 150,000 ANAK LUAR NIKAH ISLAM dilahirkan dan mereka ini dibuat dalam Rumah atau Bilik PERIBADI dan bukan di Taman terbuka di Putrajaya atau di hadapan Pejabat Kerajaan Perlis.

Dan Dr Maza dan G25 juga kurang tahu bahawa pada Youtube boleh siarkan apa sahaja secara maya, dan untuk pengalaman sebenar, anak-anak jiran yang masih naif menjadi sasaran dengan pancing gula 10sen.

http://www.hmetro.com.my/node/36116 juga melaporkan setiap 10 hari seorang bayi dibuang kerana ibunya adalah dibawah umur dan pasangannya takut hukuman SEDAP menanti di penjara. Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan kebanyakan mereka adalah kategori jahil 13-25 tahun dan 85% tidak menyesal dengan perbuatan mereka dan menganggap ia pengalaman menyeronokkan.

Pengalaman menyeronokkan jelas menunjukkan mereka melakukan atas sebab jahil dimana ia mungkin berlaku pada anak, adik, kakak, ibu kita yang dipujuk untuk berdua-duaan dengan bukan mahram di rumah peribadi kita.

Kemudian atas sebab jahil dan kesalahan diletakkan pada Youtube, "latihan ringan" dimulakan dan apa yang terjadi selepas itu pada anak perempuan kita adalah dosa peribadi antaranya dan Tuhannya! Jika pemilik(bapa) gadis itu mahu tindakan diambil pada lelaki yang "mencabul" anaknya, perlu diingatkan zina hanya disahkan berlaku sekiranya anu silelaki masuk dan keluar sepenuhnya. Ini bermakna ringan-ringan dan peralatan tidak boleh dianggap zina apatah lagi khalwat telah dimansuhkan.

Hakikinya, saya sudah lama membantah proses penangkapan khalwat yang sering dihalakan salah pada petugas Jabatan Agama. Apakah mereka mahu menunggu dan membiarkan zina berlaku, atau mereka mahu mencegahnya?

Tapi saya fahami kesukaran petugas, jika tidak hendap dan tiada bukti kukuh mereka berdua sahaja dalam rumah, maka JAI akan disaman, penguatkuasa yang hanya ikut arahan akan disaman dan dimalukan dsb dimana ini semua tidak terjadi di zaman Nabi dan Khalifah.

Jika ada mungkin ramai yang akan saman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah!!! Wallahualam.


KESIMPULANNYA;

Saya sokong dan faham KHALWAT sebenarnya merujuk kepada khalwat dengan Allah. Tetapi di Malaysia, ia ditukar kepada khalwat dengan manusia. Saya tidak layak keluarkan ayat Quran yang mengatakan bila dua orang berbisik ada orang ketiga dan sebagainya, kerana Dr Maza lebih arif, tapi saya layak keluarkan fakta masalah moral di Malaysia yang hanya boleh dan sudah di cegah melalui "ketuk rumah peribadi orang 3 pagi" dan menghendap demi Aamal Makruh Nahi Mungkar!

Saya juga sedar bahawa khalwat tiada dalam AlQuran dan hadis juga menegah menghendap orang melakukan kesalahan. Saya percaya jika sipelaku tidak tutup pintu tiada siapa akan hendap, dan maksiat boleh dihentikan tanya menghendap atau serbuan khalwat!

Saya juga sedar, hadis tersebut sudah berusia 1400 tahun dan boleh disesuaikan ikut zaman, dimana AlQuran juga disesuaikan mengikut zaman seperti memiliki hamba dan bunuh kafir.

Tapi jika mahu saya sokong mansuhkan hukuman Khalwat, saya boleh sokong khalwat dimansuhkan khas untuk Keluarga dan diri Dr Maza, Datuk Noor Farida dan G25 supaya mudah mereka "berkhalwat" dan mudah bagi orang lain berduaan atau berkhalwat dengan keluarga mereka dalam rumah peribadi, dan buat dosa peribadi dengan Allah.

PS: Hakikatnya, Ulama di Malaysia terlalu fokus pada benda kecil seperti Tahlil, Talkin, Doa Qunut, hukum korek hidung bulan puasa, hukum Valentine, hukum solat sunat, hukum vape dan membuang banyak masa beretelagah sesama sendiri dari berjuang membendung dan "mempertahankan" 150,000 anak Luar Nikah serta isu besar lain! Wallahualam.


2 comments:

Anonymous said...

Jangan emo sgt saudara...statistik anak luar nikah yg saudara tunjukkan pn dah membuktikan kegagalan penguatkuasaan...mungkin saudara terlupa mencegah itu lebih baik dari merawat, dan penguatkuasa hya alatan tok rawatan shaja, bukannya alat pencegahan....pendidikan tu yg penting...adakah pendidikan islam tlah gagal?allahualam...
Dari menghukum lebih baik berbincang...zaman dah berubah..pendekatan pn perlu berubah, spt yg saudara katakan jua...
X perlu menjadi spt ulama yg tau menkafir, memurtadkan saudara kita yg len...adapun hya Allah jua yg berkuasa menentukan samaada manusia itu kafir @ murtad..jgn melangkaui Pencipta kita...
Ada benarnya jua, haram mengaibkan orang len...sebolehnya keaiban itu wajib dilindungi, bukan didedahkan atas apa jua alasan..namun tdak bermakna perbuatan maksiat itu halal...hya kepada Allah jua kita berserah saudara...
Boleh saudara bentangkan berapa byak nyawa bayi2 luar nikah yg digadaikan nyawa tok menutup keaiban ini? Apa perlunya bayi yg tdak berdosa ini dikorbankan semata tok menegakkan prinsip kita?ye, silap pasangan yg berzina hgga melahirkan bayi yg suci ini...tapi silap siapa hggakan mereka tergamak meragut nyawa bayi yg baru lahir? Silap masyarakatkah yg terlalu menghukum, menghina dan tdak mendokong pasangan2 yg telah tersalah langkah ini?sampai bila kita perlu bersikap menghukum, mana pergi sifat kemanusiaan kita tok membimbing mereka yg tersalah langkah dari terus melakukan dosa membunuh pula?
Renung2kanlah saudara...

peace said...

Setuju