Salam Tun,
Sudah lebih 2 tahun selepas kita berjumpa secara empat mata di Pejabat Tun di Tingkat 88, KLCC pada 29.08.2013.
Sudah pasti saya mengingati tarikh itu kerana berasa amat rindu kepada orang yang amat saya kagumi.
Perjumpaan dengan Tun berakhir dengan janji kosong dan juga kehampaan pada saya, tapi saya tidak berasa sikit sedihpun mahupun marah, kerana pada saya semua sudah ditentukan.
Maafkan saya kerana tidak mampu menyinar dihadapan Tun kerana melihat sahaja wajah Tun hilang semangat saya, rasa mahu menangis di peha Tun, tapi isteri mencubit agar saya terus profesional di hadapan Tun.
Lebih kurang 20 tahun sebelum itu, ketika usia saya baru mahu menginjak 4 tahun, saya pernah bergambar dengan Tun sambil diabadikan oleh beratus jurugambar di Kediaman Perdana Menteri.
Untuk rekod, Arwah Bapa saya amat akrab dengan Arwah Ahmad Razali Ali, bekas MB Selangor yang juga adik kepada Hasmah Ali. Abah juga rapat dengan Pak Lah tapi hubungan dengan Anwar Ibrahim yang berpanjangan hingga 1998 sebelum Abah pergi.
Ketika Tun meletak jawatan pada 2003, saya menangis.
Saya malah berniat mahu berkhemah di tepi jalan Putrajaya untuk memberitahu Tun betapa sedihnya hati saya selain merayu Tun jangan meletak jawatan. Tapi kewarasan saya menyedarkan saya kita semua manusia, merancang, Allah menentukan.
Begitulah dalamnya kasih dan kagum saya pada Tun.
Hinggalah hari kita bertemu secara private. Sebenarnya sejak sebelum pagi pertemuan itu saya dapat rasakan sebenarnya Tun yang beruntung berjumpa saya. ;p;p.
Tapi perasaan perasan dan syok sendiri itu lebih kuat selepas pertemuan itu kerana sejurus selepas pertemuan kita masalah Tun dengan Najib meletus - tiru ayat Tun berkenaan tambatan wang ringgit 1998 dengan masalah dengan Anwar meletus ;p;p.
Tun Mahathir,
Peluang dan ruang menjadi orang yang tidak berjaya di dunia saya gunakan untuk mengkaji isi kandungan Al-Quran.
Hingga hari ini saya sudah khatam 2 kali AlQuran berserta terjemahan, bukan sekadar baca terjemahan tetapi memahami.
Jika Tun dibakar neraka sayalah paling sedih malah akan merayu pada Allah lepaskan Tun dan gantikan dengan saya walaupun saya sedar AlQuran kata tidak boleh. Saya berdoa pada Allah, berikanlah Tun Dr Mahathir syurga ya Allah.
Tetapi kelaku Tun amat merisaukan saya.
Tun masih enggan melepaskan dunia walaupun sudah berusia 90 tahun.
Walaupun demi perjuangan bangsa, agama dan negara, tetapi bukan semua perkara yang mampu kita ubah malah walau kita berusaha untuk ubah.
Ini jelas, kerana Tun orang yang begitu berusaha untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri.
Tapi Allah buktikan Tun silap.
Tun berusaha menjatuhkan Pak Lah hingga saya terikut dan berfikir Malaysia lebih aman tanpa Pak Lah. Tapi Allah buktikan Tun silap sekali lagi.
Andainya, usaha Tun menjatuhkan Najib berjaya, saya khuatir, Allah akan buktikan Tun silap lagi dan menggantikan Najib dengan Perdana Menteri yang lebih teruk dari beliau.
Tun Mahathir,
Kita mampu berusaha setakat yang kita mampu sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Bekas Perdana Menteri memadai tanggungjawab Allah pada Tun seperti yang usaha Tun lakukan sekarang tetapi tidaklah sampai melupakan akhirat!
Mungkin saya salah, mungkin selain dari 1 jam yang digunakan Tun setiap minggu selebihnya digunakan untuk mencari kehidupan akhirat.
Tapi tindakan Tun yang terus kuat berkerja dalam usia ini telah akibatkan ramai orang berusia 60 tahun diatas masih enggan menoleh mengejar hidup di akhirat kerana mencontohi Tun.
Mereka berasakan mereka malu pada Tun jika mereka bersara tanpa buat apa-apa untuk dunia dan malu kepada Tun jika mereka mengabdikan diri pada Allah.
Saya berdoa cara Tun mengabdikan diri pada Allah diterima Allah tapi saya amat pasti TUN MENGGALAKKAN orang Islam lain mengejar dunia pada usia 60 tahun dimana mereka biasanya mati pada usia 65 tahun tidak seberuntung Tun.
Natijahnya, ramai golongan profesional usia emas enggan melepaskan jawatan dan peluang perniagaan kepada anak muda samada waris mereka atau bukan.
Akhirnya anak muda ini hanya mampu puas mengejar dunia selepas dapat menjawat jawatan, harta, perniagaan idaman mereka pada usia 60 tahun selepas pemegangnya berusia 90 tahun seperti Tun.
Kesimpulannya, dunia ini dipenuhi oleh mereka yang mengejar dunia tanpa ingatkan akhirat kerana mereka mengambil luaran Tun sebagai idola.
Justeru, saya ingin menasihatkan Tun kerana saya amat kasih pada Tun.
Tolonglah tinggalkan kehidupan dunia dan kejar kehidupan akhirat.
Tun Mahathir,
Mati dan Tun hanya dipisahkan kurang 10 tahun sahaja.
10 tahun tidak lama, seperti 1 jam sahaja lagi.
Jasa Tun pada agama bangsa dan Negara sudah terlalu banyak hingga tidak terhitung lagi sudah cukup rasanya pada kami semua.
Perjuangkanlah tempat Tun di Syurga kelak.
Tiada siapa patut merasakan dirinya cukup dan layak untuk syurga melainkan dia dijanji Allah seperti Baginda SAW.
Biarlah hal Malaysia, hal Najib ini diselesaikan Tun diatas sejadah, sambil menangis berdoa padanya.
Tun Mahathir,
Saya faham Tun seorang Doktor. Tun seorang logik yang tegar. Tun percaya pada fakta dan juga usaha.
Tapi AlQuran tidak seperti itu. Ada tidak logik dalam AlQuran, perkara ghaib dan bukan fakta.
Usaha dalam AlQuran seperti dua orang yang memiliki ladang anggur yang menghasilkan buah yang banyak serta gred AAAAA.
Ditanya pada PEKEBUN A, bagaimana ladang anggurnya mampu mengeluarkan hasil. Lalu dijawabnya, dia menggunakan baja terbaik, dia import teknologi dari Amerika, dia usaha kaedah Business MBB, semuanya kerana usahanya seperti Tun juga.
Itulah ahli neraka cuma dia belum tahu.
Lalu ditanya pada PEKEBUN B, ditanya soalan yang sama lalu dia jawab, kerana Allah SWT. Kepandaian dan usahanya semua datang dari Allah.
Banyak lagi ayat yang merujuk kepada kuasa Allah dan kelalaian manusia yang merasakan kejayaan mereka adalah usaha mereka. Sebab itu digalakkan mengakhiri perkataan dengan insyaAllah.
Semua diatas bukan saya reka cerita tapi ia memang dalam AlQuran.
Tun Mahathir,
Saya merayu pada Tun carilah tempat Tun diSyurga.
Jika ditanya pada saya, saya pasti Tun akan dimasukkan kedalam Syurga kerana jasa Tun pada Islam terlalu banyak. Tapi lebih lama Tun enggan menunjukkan Tun mencari akhirat dari luaran, maka lebih ramai orang akan ikut jejak Tun mengejar dunia hingga nafas terakhir.
Nasihat ini adalah gerak saya dari hari pertama saya berjumpa Tun di Pejabat Tun di KLCC, tapi kerana overexcited saya terlupa sampaikan.
Tun Mahathir,
Ketahuilah bahawa Arwah Abah saya mengatakan Tun adalah orang hebat disisi Islam. Mampu membaca urat orang, dijaga para Malaikat penjaga bumi dan sebagainya.
Mungkin cerita Abah itu hanya dongengan bapa menidurkan si anak, tetapi yang jelas bukan samada betul atau tidak, sebaliknya yang jelas Tun dari luaran nampak seperti melebihkan kehidupan dunia dari akhirat dan tidak percaya pada aturan rancangan Allah.
Soal PM bukan lagi atas kapasiti Tun untuk diusahakan, jadi tidak perlu berusaha hingga korbankan masa akhirat. Memadailah Tun berdoa tiap malam diatas sejadah agar Najib dan Rosmah diberi petunjuk.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment