ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, December 13, 2015

Rayuan Pada Mufti Perlis, Dr Maza - Laksanakan Hudud Di Perlis

Salam Dr Maza dan Pengikutnya Yang Dihormati,

Saya adalah salah seorang pengikut Dr Maza.

Dr Maza begitu aktif dalam FB dan dunia maya dan sering mengkritik Ulama dan Mufti lain secara halus.

Dr Maza juga amat berani dalam mempersoalkan perjalanan Islam Negeri khususnya berkaitan dengan wang zakat dan juga serbuan khalwat.

Bukan terikat dengan agama sahaja, Dr Maza juga sering mengkritik Ulama lain yang tidak keluarkan kenyataan berkaitan dengan kos sara hidup dan sebagainya.

Malah Dr Maza sering mengviralkan golongan yang mencari rezeki dengan mempergunakan kalimah Allah.

Semua diatas adalah tindakan berani Dr Maza yang membuatkan saya bersama beribu pengikut Dr Maza yang lain amat kagum, dan hormati Dr Maza.

Samada tindakan Dr Maza mengaibkan atau ia adalah tindakan terakhir selepas menasihatkan secara tertutup atau tidak, tidaklah saya tahu. Yang pasti kita perlukan Mufti yang berani dan terbuka menerima teguran seperti beliau.

Saya amat tertarik dengan sejarah Dr Maza yang begitu berani dan hebat. Kejadian Dr Maza menangis memberitahu ibunya bahawa beliau takut dengan amanah Allah dilantik sebagai Mufti Perlis kemas menjadi inspirasi saya.

Saya percaya, amanah Allah itu tidak akan ditangisi jika beliau berjaya laksanakan hudud di Perlis.

Latar belakang beliau jika ada yang berkata beliau wahabi, menentang talkin, tahlil, ziarah di pagi raya, Qunut dan sebagainya tidak saya peduli kerana ia perkara kecil sahaja pada saya.

Yang penting pada seorang Mufti dan besar pengharapan pada orang biasa seperti kita adalah bagaimana kita mahu martabatkan Islam.

Saya begitu yakin dan positif akan darah muda dan iman yang mengalir dalam daging Dr Maza mampu merintis perkembangan Islam di Malaysia dan bukan ditakuk lama seperti sebelum ini.

Keberaniaan mengkritik tanpa sebarang ketakutan tidak dimiliki oleh mana-mana Mufti lain.

Justeru, saya ingin merayu pada Dr Maza agar melaksanan hudud di PERLIS.

YA! Dr Maza sebagai Mufti Perlis mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan HUDUD di Perlis atau sekurang-kurangnya beliau dan Jabatannya sudah boleh mula merangka DRAF HUDUD PERLIS dan dipersembahkan kepada MB dan Sultan Perlis.

Saya yakin beliau akan berjaya laksanakan hudud di Perlis kerana beliau hanya takut pada Allah sekaligus menutup mulut pengkritiknya yang sering mengkritiknya sebagai Mufti yang hanya tahu bercakap sahaja tanpa tindakan.

Pada saya, saya sanggup melutut mencium tangan beliau jika beliau berjaya laksanakan hudud di Perlis kerana pada saya, hukum Allah itu lebih penting dari isu orang baca qunut, talkin, tahlil, Maulidur Rasul, Ziarah Kubur Pagi Raya dan sebagainya yang tidak besar ancaman pada iman dan akidah seorang Muslim.

Wallahualam.

No comments: