ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, December 10, 2015

Jarum Halus Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia

https://www.facebook.com/sofiahidriss

Sepertimana biasa saya selalu percaya dalam sebuah Keluarga, orang yang paling bijak dan pengawal keadaan tidak semestinya Suami, Bapa atau Lelaki.

Bagi yang tahu permainan Catur Chess, semua catur baik Anak, Kuda, Panglima, Apit, Ibu dan Ayah semua bisa menjadi faktor utama kemenangan dengan memainkan peranan penting lagi halus.

Begitulah halnya dalam realiti kehidupan.

Tiada yang salah untuk sesiapun ahli dalam Catur putih itu untuk menjadi "mastermind" asalkan Agenda mereka baik, iaitu menghapuskan semua ancaman yang ada, membimbing ahli lain kejalan yang diredhai, serta melindungi keluarga, dan rakyat.

Hakikatnya, saya berhutang permohonan maaf kepada Sultan Johor dan Keluarga kerana saya begitu percaya akan hujah yang dikemukakan Uncle Seekers dan juga Peguam Kamal Hisham.

Hal perebutan harga adalah masalah Keluarga Tuanku Sultan dan tiada hak saya untuk mencampuri kerana saya orang luar. Tapi, disebabkan terikut dan perasan beriman perjuangkan kebenaran, saya mengaku khilaf.

Saya menjadi agak pelik bagaimana TMJ tidak seburuk yang diperkatakan. Dahulu saya pantas percaya TMJ pukul orang, hina orang, pijak kepada askar JMF, dsb, mungkin usia mendewasakan Baginda apatah lagi mempunyai "mastermind" yang bijak bermain jarum halus.

Kemudian datang pula TLJ, Arwah Tunku Jalil yang begitu ganjil. Seolah, beliau hanya orang biasa sahaja. Apakah mungkin kerana kanser maka beliau menjadi rendah diri, atau memang dilahirkan seperti itu.

Keriangan video keluarga Sultan Johor juga tampak ceria, apakah ia pura-pura untuk kaburi dan menangi hati rakyat?

Begitu juga kes Tunku Aminah, bila beliau dihina tidak pakai tudung. Untuk rekod saya pernah benci dan anti orang bertudung kerana menghina ibu saya yang tidak bertudung ketika itu.

Justeru saya faham akan tindakan Tunku Idris bila beliau mengeluarkan kenyataan pertahankan kakaknya kerana iman memang bukan diukur dari penampilan luaran walaupun Melayu suka nilai orang dari luaran.




Kesedihan seorang ibu yang kematian anak lelakinya akhirnya membuatkan saya faham siapakah gerangan disebalik kejayaan dan kehebatan Sultan Johor dan Keluarganya. Bagaiman Keluarga DiRaja ini agak diluar dari kebiasaan.

Rupanya Permaisuri Raja Zarith Sofia adalah Mastermind disebalik menjinakkan Harimau ganas dalam jiwa TMJ.

Permaisuri Raja Zarith Sofia mastermind yang menjadikan Arwah Tunku Abdul Jalil begitu kuat dan pekerti mulia.

Permaisuri Raja Zarith Sofia mastermind yang menjadikan anak-anaknya begitu "humble".

Permaisuri Raja Zarith Sofia mastermind yang menjadikan Sultan Johor yang berwajah bengis berlapang dada serta senantiasa senyum.

Kuasa seorang ibu dan isteri yang lembut, yang penayabar, yang penyayang, yang berkorban bisa meruntuhkan waima Gunung Himalaya.

Ia berbaloi, walaupun kerja keras itu berpuluh tahun malah tidak pernah rehat, tapi "jarum halus" yang dimainkan seorang Ibu dan Isteri berjaya melahirkan Suami dan anak yang lebih baik dari hari sebelumnya.

Tahniah Permaisuri Raja Zarith Sofia. Anda adalah sumber inspirasi kesepuluh saya selepas ibu Bapa, Nabi SAW, Mahathir, Hasmah, Sukarno, Sun Yat Sen, Late Mrs Lee(wife to LKY), dan Queen Elizabeth 1.

Melawan gergasi dengan kasih sayang bukan sahaja lebih dahsyat dari menarik rantai dalam tepung, tepung tidak selerak, tapi juga teramat bijaksana dan moga Allah tempatkan Raja Zarith Sofia bersatu dan abadi bersama 7 jiwa-jiwa anda dan keturunan mereka di akhirat kelak. Ampun Tuanku Permaisuri.

No comments: