Arwah Jus Jambu telah kembali.
Terkejut? Dia meninggal ketika di
puncak, ketika semua masih sayangkan dia. Itu anugerah Allah padanya.
Kalau
dia meninggal ketika orang sudah tidak suka dan benci, maka namanya
hanya sekadar mengisi slot berita yang kecil dengan para peminat
bergelut mencungkil memori dengannya.
Allah Maha Besar. Yus Jambu meninggalkan pesan kepada Zizan, Nabil dan lain-lain pelawak.
Bagaimana kita dalam usia muda esok dijemput Allah dalam keadaan mengejut?
BERSEDIAKAH KITA?
Rasanya
baru semalam di Gegar Vaganza Nabil merendahkan Haji dengan berkata dia
mahu ke Hawai melihat wanita memakai coli sahaja. Dimasa yang sama dia
sering berkata saya Haji.
Mempersendakan agama dan nama Allah.
Zizan
juga begitu. Selepas mengucap dan menukar kalimah Allah iaitu nama
Muhammad kepada Syaitan dalam filem hantu bonceng, di AF baru-baru ini
bersama Faizal dia permainkan kalimah Allah secara pantun Allahummafirlahu Warhamhu aku pun tak tahu!
Hakikatnya, ramai kita berbuat demikian seperti wallahualam bissawab ... dan kita sambung dengan berjenaka.
Tapi kita lakukan bukan di khayalak ramai, di TV, ditonton penganut agama bukan Islam seperti Zizan.
Tolonglah Nabil, Zizan dan pelawak lain, hentikan melawak menggunakan nama dan kalimah Allah.
Bagaimana jika sedang melawak tiba-tiba sahaja dijemput seperi Yus Jambu?
Mahukah kalian pergi dalam keadaan menyindir dan mempermainkan kalimah Allah?
Yus Jambu cukup beruntung, pada saya Allah selamatkan dia dari gunia glamor yang tiada noktah itu.
Malah saya menghormati beliau kerana masih boleh popular tanpa mempersendakan Islam dan juga tanpa kontroversi peribadi serta mulut menyakitkan orang. Alhamdullillah.
Khusus untuk Yus Jambu.
Alfaaaatiihhhaaaah!!!
PS: Walaupun pelawak hari ini lebih popular, tapi saya lebih hormati pelawak dahulu dari zaman Os hinggalah ke Senario dan Apek kerana tidak "mocking" orang lain serta tidak persendakan Islam dan kalimah-kalimah suci Allah. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment