ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, May 3, 2015

Saksi Utama DUKE Accident, Aes Di Bunuh

Ingat AES?

AES adalah saksi utama kemalangan DUKE yang kita nafikan.

Kemalangan itu mengorbankan nyawa Fairuz Nizam bapa kepada Nur Firuza Amira yang sekelas dengan anak saya. Amira kuat mengusik Affan kerana Affan pemalu, dan Amira pula petah berkata-kata. Saya pernah berbual dengan Arwah beberapa kali tentang anak kami. Sedihnya.

Semat dalam hati, tidak sengaja kemalangan adalah sengaja kalau kita sengaja cuai. Jangan ambil mudah dengan berkata "Saya minta maaf, saya tidak sengaja" kerana nyawa tidak boleh dikembalikan.

Saya tidak faham kenapa AES dipolitikkan, dikecam dan dibatalkan. Hanya sebab AES dipolitikkan, dikronikan, dirasuahkan, dimonopolikan tidak bermakna AES tidak bagus. Kerajaan Negeri dan Pusat patut duduk semeja berbincang demi kepentingan rakyat tidak kisahlah kroni siapa yang untung asalkan rakyat terbela.

AES benda baik sama seperti hudud, jika tidak buat salah kenapa perlu takut dengan hudud, dengan AES.

Saya ada berpuluh saman speed trap dan saya masih menyokong AES dilaksanakan hingga hari ini.

Mungkin nasib saya baik, tidak terbunuh, atau tidak buat orang lain terbunuh, tetapi saya tidak mahu jadi seperti 6 Jahanam MYVI FMC yang didakwa terlibat dan lebih dari itu, saya tidak mahu ALLAH melaknati saya dengan neraka kerana kealpaan saya.

Justeru AES adalah wajar dilaksanakan seperti hudud wajar dilaksanakan.

Jom support AES di DUKE kerana DUKE setiap malam menjadi litar lumba. Polis boleh buat roadblock, tapi jelas hanya AES boleh displinkan pemandu bawa perlahan seperti di susur keluar Kajang di PLUS sebelum memecut semula selepas melintasi kamera tunggal tersebut.

Saya terpanggil untuk komen dan meminta pembaca mulakan kempen minta AES di DUKE kerana saya membaca komen netizen FB yang mahukan keadilan untuk kawan 5 minit saya.

Kita boleh bantu Fairuz Nizam, isterinya serta bayi untuk dapatkan keadilan dengan memastikan tiada lagi mangsa kemalangan maut di DUKE.

Kita boleh bantu mereka dengan berjanji pada diri sendiri kita akan mematuhi undang-undang jalanraya dan tidak memandu secara gelojoh (Laju tidak bertempat dan berlumba di Jalan Awam).

Kesempatan ini saya sampaikan nasihat dan ilmu Arwah Abah, ada 3 kriteria utama untuk bawa kereta laju.

Pertama :

Know your car. Kenali dan rasai kereta anda. Fahami apa yang mampu kereta anda lakukan dan apa tidak mampu. Selalu orang menekan minyak dengan keras dan mengerah semua kudrat kereta.

Kedua:

Know the road. Kenali jalan. Jangan bawa laju di Jalan yang pertama kali anda lalui dan yang selalu anda lalui pada waktu malam atau gelap terselindung.

Jalan ada banyak faktor seperti cerun, kondisi, garisan, trafik, penduduk sekitar, cuaca dll.

Ketiga dan paling penting:

Know yourself. Kenali diri sendiri. Cukup tidur, cukup fokus, tidak mengantuk, tidak beremosi, ada tindak refleksi yang tinggi, sighted yang bagus, tidak silau mata, dan banyak lagi.

Ada ketiga faktor ini barulah kita boleh bawa "laju". Defini laju adalah 60-80km/jam laju di Jalan Kampung, 110km/jam laju di lebuh raya yang lenggang.

Akhir kata, sedekahkan Alfatihah untuk keluarga Fairuz Nizam. Alfatihah.

No comments: