ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, April 28, 2015

Permatang Pauh Strategi BN Tidak Matang

BN adalah parti yang begitu banyak pengalaman dalam memenangi pilihanraya samada PRU atau PRK.

Namun, pasca 2008 lanskap politik Malaysia berubah sepenuhnya, dari arus deras Sungai kini bertukar ke lautan bergelora.

TAPI, cara BN berkempen masih tidak berubah baik di Sungai tenang, arus deras dan baik lautan bergelora.

Tali pancing yang sama masih digunakan, mata kail yang kecil buat ikan lautan yang lebih tenang seleranya dan ringkas hidupnya lengkap dan kaya dengan hasil alam.

Lautan tidak sama dengan sungai arus deras, jauh berbeza. Jika diberi makan ikan tetap tidak timbul keatas dan tenang bermain dibawah. Kekayaan makanan dan habitat kukuh berjuta tahun bermisteri dibawah lautan bergelora.

Kalau dapat dikail sekalipun, bagaimana BN mahu mendaratkan ikan jika membawa kereta "kecil" BMW, Honda, Alphard mewah ke tengah lautan itu?

Setiap kali PRK BN akan kembali membawa janji berjuta-juta, membawa janji pembangunan dan paling penting dalam tidak sedar merendahkan nafsu pengundi tempatan yang lebih suka tiada pembangunan seperti di Kelantan.

Kemudian calon yang diketengahkan akan berjanji pelbagai termasuk akan senantiasa bersama rakyat. Tidak usah setuju dengan saya, tengok sahaja ADUN dan MP anda sendiri, selepas PRU 13, Mei 2013 pernahkan anda melihat mereka?

Inilah Barisan Nasional, taktik dan strategi perang yang amat amat naif. Kalau dalam papan Chess gerakan 4 checkmate itu juga yang dibuat saban kali, rakyat sudah tahu.

Saya sangsi dan semakin yakin bahawa kemenangan BN sebelum ini adalah kerana Tun Dr Mahathir seorang bukan kerana wakil rakyat dan Pak Menteri kerana jika kerana Menteri, Dato Seri Najib pernah menjadi Menteri Mahathir.

Terkini yang paling menyedihkan saya adalah bagaimana strategi BN menyerang Kak Wan. Ikan sepat kering, calon kitar semula, Sate Kajang, nepotisme, politik keluarga dan lain-lain semua adalah strategi yang tidak tepat dan melantun balik ke muka BN.

Sebenarnya, rakyat tidak peduli tentang sepat kering kerana itu makanan biasa orang kampung, di bandar dari 10000 kedai makan satu kedai sahaja ada. Pengundi tidak peduil kitar semula, kerana mereka memang suka kitar semula tidak seperti orang bandar yang buang semua, pengundi suka Sate tidak kisah Sate Kajang ataupun Sate London sekalipun asal sedap dipandang dan sedap dimakan.

Nepotisme, politik Keluarga(contoh keluarga Sheikh Fadzir) dan lain-lain semua terjadi dalam UMNO sendiri khususnya UMNO Cawangan dan Bahagian. Jadi serangan ini tidak berkesan langsung malah makan diri.

Kak Wan dengan imej keibuaan dan isteri yang taat. Samada Anwar liwat atau tidak, Kak Wan taat dan banyak berkorban untuk niat yang tidak jelas. Itu yang patut diserang, dan strategi kasihankan Kak Wan perlu berkhidmat di Kajang, perlu jaga anak di Segambut, perlu lawat suami di Sg Buloh, perlu ke Tropicana untuk PKR, dan kini perlu ke Permatang Pauh berjumpa wakil  yang menjaga kawasan. Biar kami jaga Kak Wan, Kak Wan rehat.

Itu strategi halus yang patut digunakan di kala perut rakyat makin kecil kerana GST.

Lautan bergelora tetap tidak dapat tenggelamkan jala jaring halus dengan bola kecil, ikan yang tersangkut.

No comments: