ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, May 8, 2015

Kenapa Sultan Campur Urusan Negara?

Saya adalah kacukan Cina Melayu, mencintai Cina dan menyayangi Melayu.

Saya memahami penuh sejarah Maharaja China, Resolusi Sun Yat Sen dan kini Negara Komunis China. Orang Cina dan China tidak boleh dipisahkan tidak seperti Melayu yang bukan sahaja berpecah dengan Negara dan asal-usulnya tetapi berpecah sesama keluarga dan kelompok masyarakat yang kecil.

Di bumi bertuah ini, Raja dan Sultan adalah pemerintah kepada Negeri Tanah Melayu. Disebabkan mereka beradat Melayu disulami hukum Islam, Raja dan Sultan tidak cenderung menyatukan Tanah Melayu ketika itu seperti yang dilakukan Maharaja China yakni melalui peperangan dan kezaliman.

Justeru, Raja dan Sultan yang berpecah-pecah ini mudah dijinakkan sebuah Syarikat Kompeni Inggeris, Belanda dan siapa sahaja yang datang pasti menghidu perpecahan, khianat, iri dan dengki yang terus mekar dalam jati diri masyarakat Melayu hingga hari ini.

Namun, orang Melayu tetap dekat dengan Sultan. Buktinya, Tun Abdul Razak yang berusaha merangka strategi menuntut kemerdekaan sedar bahawa Istana perlu dilibatkan dalam Gerakan menuntut kemerdekaan. Oleh itu, Putera Raja Kedah dibawa masuk mencemar Duli ke arena politik Negara dan menjadi Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Beberapa tahun selepas kemerdekaan kita menubuhkan Persekutuan Malaysia, dibantah Filipina dan Indonesia yang kemudian di sokong Filipina semula.

Bermulalah Negara Demokrasi Raja Berpalimen.

Apa fungsi Sultan dan Raja?

Kehebatan mantan Perdana Menteri membangunkan Negara menenggelamkan kisah hebat Raja sebelum itu. 

Tambah pula, Sultan khususnya Kerabatnya gemar membuat onar dan dosa hingga melibatkan rakyat tidak berdosa, natijahnya, Sultan dipandang sepi oleh masyarakat. Tidak untuk saya.

Kenapa saya begitu menyanjungi Sultan dan Raja adalah kerana saya sedar akan keberadaan Hindu Nesia dan Kerajaan Parameswara-Majapahit ketika itu. Untunglah adanya Sultan pada masa itu yang berani menongkah arus memeluk agama Islam diikuti rakyat jelata. Sultan tersebut kini meninggalkan keturunannya pada kita sebagai penjaga agama Islam. Kerana jasa mereka bawa ke Syurga itulah saya dilahirkan sebagai Islam atau di Negara majoriti Islam.

Jujurnya, tindakan Sultan mencampuri urusan Negara dan politik amat tidak sihat.

Namun, keadaan sudah berubah. Politik Negara dan Nilai Masyarakat mula jatuh selepas PRU 12 pada 2008. Ahli politik yang sejak dahulu memenuhi tembuyung masing-masing tidak lagi malu bertelagah demi kepentingan diri sendiri.

Rakyat diketepikan, dibodohkan dengan pelbagai kempen dan slogan, tiada kebaikan Rakyat yang didahulukan dalam hati melainkan dari mulut manis, janji Pilihanraya bukan lagi satu janji, dan paling membimbangkan keadaan antara kaum amat meruncing.

Apakah Sultan dan Raja mahu berpeluk tubuh sahaja melihat mereka menghancurkan Negara ini?

13 Mei 1969 berlaku pantas dan Sultan hanya mampu melihat Negara yang diasaskan Nenek Moyang mereka dihancurkan. Untung ada Tun Razak yang melancarkan pelbagai program Perpaduan Kaum, jika mengikut Buku Tun Mahathir, kuncinya adalah Durian.

Pilihanraya Umum ke-13 adalah kemuncak kepada kesabaran Sultan. PRU 13 adalah ulang tayang PRU 1969 dimana BN atau Perikatan kalau undi popular. Selepas PRU13, Sultan sudah mula bersuara perlahan-lahan.

Ini bermakna, Kerajaan hari ini berada dalam keadaan amat-amat tenat dan nazak. Tapi tidak seperti 1969, Tun Razak melakukan pelbagai usaha dan "helah" memperbaiki Negara, malangnya anak beliau kini membiarkan sahaja luka ini sembuh kembali.

Dimulai Sultan Ibrahim Raja Johor, Sultan Sharafudin Raja Selangor, Sultan Nazrin Raja Perak dan saya RAYU RAYU RAYU diikuti Sultan Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, dan Terengganu bangkit mencampuri urusan politik dan pentadbiran Negara.

Ini kerana, Kerajaan hari ini tidak lagi mampu memimpin Negara dengan baik dan Pembangkang pula gagal berfungsi membangkang demi kebaikan Rakyat dan Negara.

Saya, Mustaqim Abdul Rahman, keturunan ke 5 di bumi ini, rakyat Sultan Selangor merayu agar Sultan lebih lantang mengkritik pemimpin BN dan PR yang pentingkan diri sahaja.

Mereka-mereka ini akan menghancurkan Negara yang Datuk Nenek Sultan bina dengan darah dan keringat.

Saya juga ambil kesempatan untuk puji Sultan Ibrahim yang lantang persoalkan GST dalam PBT, sistem Satu Sekolah, Sukan dan pelbagai lagi. Begitu juga Sultan Selangor dan Sultan Perak yang menegur pemimpin yang tidak endahkan pertanyaan rakyat seperti 1MDB dan lain-lain.

Daulat Tuanku demi rakyat, bangkitlah.

No comments: