Semasa saya dibangku Sekolah Rendah saya telah mula mengikuti isu politik dengan dekat.
Pada masa itu saya banyak mendengar tentang Skandal Buku Hijau dan Skandal Tanah Kota Tinggi oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemudian timbul cerita Tun Dr Mahathir menyelamatkan hayat politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberi peluang kepada beliau bertanding di kerusi Parlimen kerana Sultan Johor tidak mahu beliau menjadi Menteri Besar lagi.
Fitnah ini tidak dapat saya jelaskan samada benar atau tidak tetapi kita pasti ingat peranan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendesak Pak Lah berundur dan memberi laluan kepada Dato Sri Najib.
Muhyiddin Yassin yang saya kenal dari mulut orang UMNO dan saya kenal sendiri adalah amat berbeza.
Terus terang saya katakan, saya agak kecewa dengan kelambatan Tan Sri bertindak atas Dato Seri Najib ketika laluan untuk menjadi Perdana Menteri terbuka luas.
Perlu diingatkan, jika Tan Sri tidak menggunakan peluang yang ada sebaiknya Tan Sri mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seumur hidup ini.
Namun jelas, kebaikan Tan Sri terserlah dengan meletak prinsip dihadapan dan bukan nafsu.
Hari ini viral di laman web dimana Tan Sri dengan jelas mengatakan tentang 1MDB dan saya perlu katakan saya kini berubah pandangan terhadap Tan Sri 100%.
Jika sebelum ini saya katakan Tan Sri tidak mampu menjadi Perdana Menteri saya minta maaf kerana saya silap, rupanya Tan Sri orang yang berprinsip dan orang yang berprinsip boleh diharapkan.
Saya berharap Tan Sri boleh menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan agama di Malaysia dan memacu Negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
PS: Saya sarapan di Park Village Uptown Dsara dan satu meja dikosongkan. Datanglah seorang Makcik bertudung dan rakannya. Mukanya amat jernih dan mesra serta tidak sombong saya fikir dia kerja Kerajaan. Kemudian saya terpandang potret di kedai itu rupanya itu adalah isteri TPM Muhyiddin Yassin. Bila saya keluar saya lihat pemandunya menunggu beliau di hadapan kedai menggunakan kereta Proton Perdana sahaja, tiada bodyguard dan escort. Begitu humble.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment