ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, May 17, 2015

Bola Sepak Malaysia Matang Orang Malaysia Yang Tidak Matang

Saya amat terkejut dengan kenyatan MB Terengganu seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia mengugut akan menarik diri dari Bola Sepak Malaysia jika FAM gagal beri penjelasan kukuh.

http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/terengganu-akan-tarik-diri-jika-fam-gagal-beri-penjelasan-kukuh-mb-1.92952

Perlu diperingatkan, isu dia bukan gol itu offside atau tidak, tetapi cara kita menangani isu ini. Budaya merajuk, mengugut, mengungkit dengan sikap kebudakan menghentak kaki, provokasi, sindir dan lain-lain jelas menggambarkan orang Malaysia khususnya Melayu tidak matang.

Tidak matang, tidak professional, tidak berjiwa besar dan tiada semangat kesukanan jelas digambarkan oleh mereka-mereka ini.

Bola Sepak adalah sukan penyatuan dengan adat kalah dan menang. Ketidak puashatian perlu dilahirkan dengan cara dan adab yang mengekalkan matlamat penyatuan dan bukan perpecahan.

Yang penting bukan kalah dan menang tapi semangat juang, displin diri yang tinggi, nilai yang positif, ketenangan diri dan kebijaksanaan yang penting untuk ditonjolkan.

Malangnya, kita tidak mempunyai kematangan tapi kita acap kali menyalahkan orang lain tidak matang.

Saya, penyokong fanatik Selangor.


Saya ke Stadium Merdeka sejak 1989 ketika berumur 9 tahun dengan rakan lain berjalan kaki pulang ke Kg Baru.

Saya ke Stadium Shah Alam sejak Stadium itu wujud dan berjalan kaki pulang ke Selayang dari CM kerana Bas terakhir adalah jam 11.45 malam.

Saya membeli tiker bernilai RM 200 untuk tiket RM 10 pada semi final tahun 1995.

Saya melompat longkang dan memasuki padang bagi mendapatkan semua tandatangan pemain Selangor ketika mereka menjulang Piala Malaysia pada 1996.

Bila berkerja, saya mengarak bendera Selangor sepanjang Federal Highway dengan rakan membonceng motor dan membunyikan hon.

Dan kini, saya isytiharkan saya berhenti menyokong Bola Sepak tempatan kerana kita tidak boleh bersikap seperti budak-budak.

No comments: