Salam,
Harga tanah TRX yang dibeli 1MDB dari Kerajaan adalah RM 70 sekaki sahaja. Dan TH membeli pada harga RM 2,8000 sekaki.
Sebenarnya harga RM 2,800 walaupun telah dinilai oleh Juru Nilai adalah harga pasaran spekulatif sahaja.
Harga tersebut dinilai bersandarkan projek Kerajaan yang entah bila akan dibina dan dijalankan di atasnya. MRT yang telah di re-route melaluinya dan pelbagai lagi.
Ia amat berbeza dengan cara Tun Dr Mahathir membangunkan Negara dan mengendalikan projek Mega KLCC.
Bila Dr Mahathir umum untuk bina Menara Berkembar Petronas Tertinggi Dunia tiada siapa konglomerat, tiada Syarikat Billion termasuk Tabung Haji dan Petronas sendiri berani beli dan melabur hartanah di KLCC kerana belum ada pembangunan dan ia sekadar cadangan jadi dalam pelaburan hartanah ia dipanggil pelaburan berisiko sederhana tinggi.
Sedang ia dalam pembinaan, tiada Syarikat Felda, atau Khazanah yang membeli tanah disekitarnya pada harga beribu ringgit kerana ia masih berisiko tinggi terbengkalai dan tidak siap akibat pelbagai masalah tidak terjangka seperti krisis ekonomi dunia, gempa bumi, masalah kontraktor, suhu politik dan pelbagai lagi.
Hanya Ananda Krishnan sahaja sanggup beli kawasan sekitar KLCC pada harga RM 100 juta itu pun kerana beliau sudah ada Lapangan Lumba Kuda disitu selain beliau merancang untuk membida membina KLCC.
Pembinaan KLCC ditanggung risiko oleh Ananda Krishnan dan dalam Risk Management beliau menjual semula kedua Tower tersebut pada harga RM 1 billion pada Petronas dibawah harga pasaran bagi bangunan yang sudah siap lengkap dengan perniagaan, infrastruktur serta menjadi tumpuan orang ramai.
Jikalau KLCC terbengkalai, harga tanah KLCC akan bernilai sekitar RM 50 sahaja pada hari ini Bayangkan apa akan jadi jika Tabung Haji membeli tanah di KLCC pada waktu itu pada harga RM 1000?
Bayangkan akibat yang terpaksa ditanggung Tabung Haji jika TRX, tanah kosong itu tidak dapat dibangunkan atau terbengkalai atau tidak siap pada tempoh jangka sepatutnya akibat Kerajaan tiada duit, krisis ekonomi dunia dan ringgit lemah, atau politik Malaysia bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat atau kepada Muhyidin Yassin?
Harga yang TH beli pada harga RM 3000 akan merudum pada harga RM 500 sahaja maksima sahaja itupun jika ia dijual dengan diskaun.
Sebagai pelabur hartanah, TH perlu belajar pantang larang dalam melabur iaitu "Guruh berbunyi dilangit, air tempayan jangan dicurahkan atau dalam kes ini meter air utama sudah ditutup.".
Kerana apa sahaja boleh jadi pada pembangunan TRX termasuk terbengkalai seperti Plaza Rakyat Pudu, Flat Pekeliling, ECER, NCER, SCER dan lain-lain koridor yang belum door nya pun belum nampak lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Penjelasan tuan mudah difahami....puas saya baca penjelasan dr bermcm2 orang...namun tulisan tuan paling simple.
Post a Comment