ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, May 18, 2015

Tiada Paip Air di Jamban KLCC, Mid Valley, OU. Cadangan Saya Sediakan Tandas Berbayar Option Tandas Percuma

Sebelum saya beritahu cadangan saya eloklah kita memahami budaya orang Malaysia serta peralihan teknologi tandas di Malaysia.

Begini! Saya tidak pernah tengok Arwah Bapa saya kencing berdiri walaupun berapa "sesaknya" dia dan terpaksa tunggu giliran lama. Kebanyakan orang dahulu seperti itu pada pengamatan saya.

Kemudian, sekitar tahun 1996, tanda CM berhampiran pintu masuk besar dari arah HSBC mengurangkan bilik kecilnya kepada jajaran mangkuk kencing untuk memudahkan para lelaki kencing berdiri.

Saya kurang pasti soal dosa kencing berdiri ini walaupun masa kecil kita disajikan dengan kisah agama yang entah sahih atau tidak tentang Syaitan suka minum air kencing berdiri.

Tapi yang pasti, kini seorang lelaki tidak lagi boleh kencing duduk kerana semua "jamban" juga adalah jambang duduk bukan cangkung!

Sebagai anak jati KL, saya juga perasan peralihan tandas duduk menggantikan tandas cangkung sekitar awal 2000.

Semua tandas cangkung digantikan dengan tandas duduk atas sebab entah kenapa saya tidak pasti kerana saya berfikiran majoriti Melayu Islam pada masa itu berak cangkung.

Mungkin disebabkan sikap orang Melayu Islam yang ambil enteng soal etika berak lalu mereka "terbuang" sampah, kunci, syiling, dan pelbagai objek lain sehingga akibatkan "jamban" kerap tersumbat.

Bila jamban duduk menguasai, masalah baru pula timbul apabila orang kita gemar memanjat dan cangkung diatasnya. Saya juga begitu, tapi saya tidak pernah tidak angkat penutup jamban jika mahu "melepas".

Malangnya ramai orang tidak angkat penutup, justeru jamban tersebut tidak lagi bersih untuk "diduduki".

Kemudian kita dikejutkan dengan "paksaan" terbaru terhadap kita menggunakan tisu gantikan air.

Sebenarnya samada kita mahu tahu atau tidak, penggunaan air dikalangan orang Melayu dan Islam amat tinggi berbanding orang bukan Islam yang hanya menggunakan tisu untuk membersihkan dubur.

Perbezaan bil air yang perlu ditanggung oleh Mega Mall seperti Mid Valley jika menggunakan tandas cangkung dengan paip air adalah puluhan ribu sebulan.

Bil masih tinggi disebabkan "pemanjat" jamban duduk masih menggunakan air yang banyak.

Justeru, mereka kini tidak lagi menyediakan paip air untuk orang Islam membersihkan dubur bagi tujuan solat kerana mereka menjimatkan ratusan ribu ringgit setahun termasuk bayaran "janitor" yang berkerja lebih keras jika air melimpah-limpah.

Sebagai orang yang boleh dikira mahir dengan kira-kira dan tahu kadar sewaan Mid Valley yang ada mencecah ratusan ribu satu kedai, saya beranggapan kos bil air itu masih memberi untung kepada pengendali. Tetapi siapa yang tidak mahu meningkatkan untung.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan Negara Islam Malaysia tidak sediakan air untuk orang Islam membersihkan dubur untuk solat, namun saya juga tidak bersetuju dengan tindakan orang Islam yang suka membazir, tidak bertanggungjawab serta mengambil ringan soal berak hingga akibatkan orang lain susah seperti tidak flush,mengguna air pada kadar lebih, membiarkan air terbuka, tidak buka seluar semasa cangkung hingga barang terjatuh dan pelbagai lagi.

Berbeza di China rakyatnya melepas dan tidak tutup pintu, malah mereka gunakan tisu dan mereka dan tandas mereka telah berubah banyak sebelum Olimpik dan selepas Olimpik namun masih tiada air.

Tapi itu mereka, kita perlu solat, dan perlu bersih untuk bersolat tapi masih ramai rakyat gemar bandingkan Negara kita dengan Negara luar tanpa memahami latar belakang rakyatnya.

Malah ada yang soalkan Tandas China semuanya percuma berbanding di Malaysia yang masih mengenakan caj seperti di Lowyat, Sogo, dan lain-lain.

Tahukah kita, bahawa orang China dan Cina Malaysia sendiri tidak perlukan air yang banyak kerana mereka tidak makan makanan bergoreng, berminyak, berempah, pedas tapi mereka gemar makan Sup.

Justeru najis mereka lebih lembut dan mudah dilepaskan berbanding orang Melayu yang perlu teran dan sering tersembur lengkap aroma menusuk hati seperti petai, jering dan lain-lain.

Artikel ini bertujuan memberi pemahaman kepada orang ramai khususnya Melayu supaya meruntuhkan ego untuk malu bercakap tentang pengurusan diri termasuk proses kumbahan masing-masing.

Orang Melayu Islam perlu akui keperluan kita dan perbaiki sikap kita supaya satu hari nanti tidaklah hilang terus paip air dari tandas Petronas, Masjid yang bil airnya juga mencecah ribu-ribuan sebulan, dan lain-lain lagi.

Artikel ini juga bertujuan meminta Kerajaan, dan pihak Swasta yang memiliki Gedung dan Bangunan supaya menyediakan paip air semula.

Adalah penting untuk sediakan paip air kerana orang bukan Islam boleh gunakan tisu kerana mereka makan menggunakan sudu dan garpu manakala orang Melayu Islam pula perlu guna air kerana mereka gunakan tangan untuk makan. Lagipun orang Islam perlu suci bersih untuk Solat.

Kita tidak mahu para pelancong yang melihat Tandas Malaysia tidak berpaip geli melihat orang Malaysia makan menggunakan tangan kerana jika ada paip mereka hanya gunakan tangan kiri dan tangan kanan digunakan untuk makan.

Cadangan saya, KLCC, Mid Valley, One Utama boleh kekalkan setengah bilangan tandasnya percuma seperti hari ini, dan setengah lagi ditukar menjadi tandas berpaip air dan cangkung dan kenakan caj RM 0.30-0.50.

Dengan ini ia boleh mendidik rakyat dan beri pilihan kepada mereka yang mahukan kebersihan tandas dengan mereka yang mahukan kebersihan diri untuk solat dengan maksud keduanya boleh diperbaiki.

No comments: