ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, May 15, 2015

Orang Malaysia Baik Tapi Jangan Bantu Pelarian Rohingya Seperti Beri Kucing Makan

Dari kecil kita sudah diajar Islam itu tiada sempadan Negara. Justeru, kita menghormati orang Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kemboja, India, Rohingya setaraf kita kerana mereka juga Islam.

Dalam kebanyakan masa, mereka ambil kesempatan dan tidak hargai layanan kita terhadap mereka, tapi kita tetap melayan mereka sebagai saudara seagama dan hamba Allah.

Isu pelarian Rohingya yang lari dari "slave camp" ke Laut dan terdampar di Acheh dan Langkawi cukup menyayat hati kerana mereka ditolak kembali ketengah laut kerana kesemua Negara tidak mahukan mereka.

Jika diterima maka kita memberi isyarat pada pedagang manusia di Thailand untuk hanyutkan lebih ramai atau berjuta Rohingya, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan kerana Malaysia dengan mudah akan terima jika hanyut dilaut.

Jika tidak diterima maka kita akan dikecam sebagai tidak Islamik, tidak hati perut, kejam dan bukan Islam. Sebaiknya jika diterima biarlah bersyarat dan berliku dan bukan mudah kerana ada pihak akan ambil kesempatan dan buat duit jual orang. Wow!! Kata P.Ramlee.

Fakta bahawa kita akan membantu mereka, memberi mereka suaka politik di Malaysia adalah sebab kenapa kita tidak layak menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia.

Orang kita seperti biasa, pantang ada peluang untuk menonjolkan kebaikan diri dalam FB berebut-rebut walaupun termasuk memaki, mengkeji, mengugut, menghina orang lain seperti dalam kes-kes kemalangan dan lain-lain.

Semangat membantu bukan main baiknya, tetapi selepas setahun jadilah seperti 5 beradik yang kehilangan Ayah dan Ibu sekaligus. Malah Nur Firuza Amira dan adiknya juga bakal berhadapan perkara yang sama iaitu;

DILUPAKAN!!!

Sebagaimana kita juga melupakan Nurin Jazlin, Sharlini dan ramai lagi sehingga ada antara kita tergamak mencadangkan penggemar seks kanak-kanak ini diberi peluang kedua.

Kita berharap siapa sahaja bantulah pelarian Rohingya ini, tapi jangan bantu seperti beri kucing makan. Di Flat, ramai orang beri kucing makan, bila kucing berak, cleaner akan bising dan kemudian mereka akan masukkan gambar cleaner dalam FB untuk semua maki berjemaah tiada hati perut, kejam, tidak perikemanusiaan, dan sebagainya.

Cuba contohi orang Cina dalam menjaga anjing, mereka dilihat membawa peralatan membersihkan najis anjing dan mereka bersihkan najis anjing mereka. Sungguh bertanggungjawab sepenuhnya.

Jika mahu bantu, pastikan pelarian Rohingya ini mendapat bantuan persekolahan, rumah, perlindungan keselamatan kerana di Malaysia ada etnik Myanmar beragama Buddha yang bermusuh dengan mereka dan bantulah mereka hingga mereka dapat berdikari.

Bila mereka berdikari, rakyat jangan marah pada Kerajaan Negeri PR/PBT dan Najib kerana biarkan pendatang asing berniaga, jangan marah pada Mahathir kerana beri mereka IC, jangan marah UMNO kerana gagal sediakan peluang pekerjaan yang diisi mereka, jangan marah Kerajaan kerana memberi anak mereka kerja Kerajaan dan jawatan tinggi, KSU mungkin, jangan marah mereka dapat BR1M, jangan marah kerajaan tolak permohonan Universiti anak kita dan permohonan rumah murah kita kerana mereka yang dapat, pokoknya jangan marah orang lain tapi marahlah diri sendiri.

Pada saya yang telah diajar lihat pada agamanya dahulu, maka saya berpendirian tidak marahkan kerajaan kerana saya tahu itu hak mereka sebagai hamba Allah mencari makan di bumiNYA dan jika mahu dipersalahkan, saya mengaku salah.

Tapi jika diperhalusi konteks Negara maka ia tidak adil untuk rakyat yang berfikiran sebaliknya khususnya Cina dan India yang telah lama dianaktirikan.

Definisi Melayu sendiri akan membenarkan pelarian ini mempunyai anak yang lahir di Malaysia dengan MyKad seorang Melayu, beragama Islam dan status Bumiputera?

Bagaimana hak Cina dan India yang bukan Melayu dinafikan hak kepada anak-anak pelarian Rohingya ini?

Saya tidak berkata jangan bantu mereka, tapi saya kata biarlah bantu hingga habis dengan pelan lengkap dengan mengutamakan dan melindungi rakyat sendiri, pendekatan itu perlu kerajaan laksanakan di kala banyak toko-toko dan pemborong perniagaan telah dimonopoli oleh Bangladesh dan Pakistan malah ramai Bangladesh sudah jadi majikan di Malaysia dan ada juga bergelar Datuk.

Apa nasib orang Melayu asal di Malaysia apakah sekadar kucing kurap di Negara sendiri?

PS: Contohi bagaimana Mahathir membantu etnik Bosnia hinga mereka mampu membangunkan Negara/Negeri mereka semula. Pendidikan adalah penumpuan agar bangsa Rohingya mampu bergelar Doktor, Peguam, Engineer, Arkitek dll dan bangunkan semula Rohingya.

No comments: