ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, May 31, 2015

Ibrahim Bonjol Tarekat Samaniah di Fitnah

Artikel ini diupdate pada Nov 2016 supaya niat baik penulis dan harapan penulis Islam bersatu dicapai dan salahfaham jahat dan fitnah yang memecahbelah disingkirkan. InsyaAllah.
Tujuan saya tulis artikel ini adalah untuk membetulkan fitnah JAIS/MAIS terhadap seorang manusia tua bernama Ibrahim bin Abdullah atau dikenali sebagai Buya Ibrahim Bonjol dari tarekat Samaniah, Medan.

Saya tidak berniat mencabar fatwa Jais/Mais keatas tarekat ini berdasarkan siasatan mereka dengan menyamar sebagai anak murid Haji Harun Paya Jaras dan JAIS dan MAIS pasti ada bukti yang cukup(Allah sahaja tahu bukti benar atau tidak) untuk mendakwa beliau.

Jujurnya, baik Arwah Abah, Haji Harun, dan "wakil" Buya lain mereka semua manusia biasa dan manusia buat silap.

Namun, tindakan Jais/Mais menjatuhkan fatwa sesat secara tidak langsung telah memfitnah Buya Ibrahim Bonjol dan amalannya.


Sebenarnya, banyak lagi tarekat yang dikatakan sesat adalah berpunca dari pengikutnya yang membuat onar walaupun amalannya adalah benar dan tidak sesat.

Sebagai contoh, Nabi SAW dan ajaran Nabi SAW dan Al-Quran tidak boleh dijatuhkan hukuman sesat hanya kerana pengikutnya minum arak, berjudi, berzina, berbunuhan, syirik, kafir dan sebagainya.

Dibawah A-P adalah penjelasan saya tentang beliau yang saya berjumpa berkali-kali selama berbulan-bulan tinggal di dalam Bilik di Suraunya di Medan bersama Abah.

Ia berserta penjelasan;

a. Sebelum seseorang murid diterima menjadi ahli, wajib mandi dengan air limau/bidara untuk membersihkan dosa.

Penjelasan:
Perkataan wajib adalah tidak tepat kerana baiah adalah salam seperti akad nikah. Mandi limau hanyalah upacara seperti mandi sunat, mandi hari raya, minum/mandi air bunga tamat pengajian silat, bersanding kahwin dan sebagainya. Kalau tidak dimandi limau juga tidak apa tetapi digalakkan bagi mengugurkan ion negatif dan positif pada badan manusia supaya ia menjadi neutral seperti bayi yang baru lahir sebab itu ia disalah erti sebagai gugur dosa kerana perkataan bayi, konsepnya sama seperti puasa kerana puasa sebelum menerima ilmu kerana puasa akan meneutralkan ion negatif dan positif dalam jiwa manusia agar ia tidak menolak atau bercampur dengan tenaga ilmu baru. Ia berkaitan sains juga yang berpuasa sebelum bedah dsb.

b. Bersedekah dan menghormati guru adalah menjadi satu kewajipan bagi murid-muridnya. Di samping itu murid-murid digalakkan membuat kebajikan dan memberi bantuan kepada guru.

Penjelasan:

Kewajipan adalah satu ayat yang tidak tepat. Ayat yang tepat yang saya dengar dari Buya Ibrahim Bonjol pada Abah adalah “adab itu jambatan ilmu”.

Anak surau Buya ramai bilangannya cecah ratusan orang satu masa. Mereka tidak punya pekerjaan, rumah, atau harta jauh sekali bersedekah pada Buya tetapi tetap diberi makan minum dan tempat berlindung. Mereka ini ada antaranya preman(penjahat), pengemis dll tapi Buya tetap bantu atas nama Allah.

Normal jika mereka membalas jasa Buya dengan berkhidmat, kebajikan dan memberi bantuan.

Buya tidak berkerja dan umurnya yang saya anggarkan lebih 100 tahun, Buya mempunyai Sekolah Agama dimana beratus anak-anak kecil belajar mengaji Al-Quran secara percuma, bukan belajar Tarekat. Madrasah Buya di Medan itu juga jadi tempat lindungan musafir segenap Indonesia mencari rumah, rawatan, makanan percuma.

Buya layak dipanggil fisabilillah, jadi apakah bersedekah pada Buya itu salah?

c. Kitab Thabitul Qulub yang dijadikan kitab asas kepada tarikat berkenaan, didapati banyak yang bertentangan dengan pegangan umat Islam. Setiap orang yang belajar tarikat berkenaan diberikan buku tersebut dengan bayaran RM25.OO.

Penjelasan:
Buku ini tidak ada pada zaman Buya hidup. Yang ada adalah satu kitab lama dengan cap mohor Kerajaan Arab Saudi dan tidak diberi kepada mana-mana anak murid salinan. Selepas Buya seorang anak muridnya(tidak salah saya Wahab Medan) simpan kitab ini tetapi saya dapat rasakan beliau simpan kerana itu pesan Buya kerana Buya mahu umat Muhammad SAW belajar dari Guru yang benar bukan dari kitab.

d. Wirid-wirid dalam tarikat ini dikumpul di dalam buku Baitul lbadah yang mengandungi zikir-zikir yang disusun berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran, selawat, istighfar dan doa.

Penjelasan:
D membuktikan tiada apa yang salah dalam Tarekat ini melainkan angkara anak murid dan pengikutnya.

e. Terdapat 26 adat kesopanan murid kepada guru. Antaranya tidak boleh murid berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati.

Penjelasan:
Ini adalah fitnah yang berat kerana saya tahu ia merujuk kepada apa dan siapa. Kemudian salah faham ini diertikan pengikut Buya sebagai amalan Buya. Anak murid sering merosak nama dan amalan Guru begitu juga umat Nabi SAW yang berbunuhan, yang berzina, yang berjudi, yang minum arak, apakah kerana mereka Nabi SAW sesat?

Buya mempunyai beberapa isteri(tidak lebih 4). Satu dari isteri mudanya tidak mesra dengan Ibu Buya(isteri pertama). Lalu Buya sering arahkan anak murid beliau menghantar isterinya balik ke Sailang Buah di Prapat tidak salah saya, tidak jauh dari Medan ke Lake Toba.

Biasanya, mereka ditemani oleh saudara perempuan lain, lama kelamaan mereka berdua.

Kemudian, Buya seorang ahli agama dan suami dapat merasakan kecurangan hati isterinya lalu menceraikannya dan firasat Buya tepat bekas isterinya itu terus berkahwin dengan anak murid Buya itu.

Buya rasa dukacita kerena mereka diberi peluang untuk mengaku sebelum bercerai, lalu Buya halau mereka dari Suraunya di Medan selepas edah. Entah kerana kebetulan atau balasan Allah menimpa mereka berdua dan anak murid Buya(dari mulut A ke mulut Z) tokok tambah  bagi tujuan mendewakan Buya oleh anak muridnya yang mahu bermegah kononnya Buya setaraf dengan Nabi SAW(AlQuran ada sebut larangan berkahwin dengan isteri Nabi)

Jadi ia jadi satu kepercayaan murid tidak boleh berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati kerana dalam kes ini Buya tidak jentik mereka sedikit pun dan tidak pula mendoakan kecelakaan mereka.



26 adab kesopanan lain saya kira termasuk;

1. Menengsot bila berjumpa dan bersalam dengan Buya

Penjelasan:
Ini satu kebiasaan pada Guru silat. Anak murid Buya dari tahun 60-an terbawa konfrontasi Sukarno/Suharto ke zaman ini dan menjadi lazim apabila ia menjadi kebanggaan menunjukkan adab kepada Guru.

Haji Othman bapa kepada Haji Harun adalah antara anak murid terakhir Buya yang diajar dengan cara "zaman konfrontasi".

Pada zaman konfrontasi, Medan tidak selamat. Pada zaman itu Buya mengajar anak muridnya zikir hati dimana beliau ajar hati menyebut nama Allah setiap detik dengan silat. 


Jika lalai, keras hukumannya. Sepak dan terajang kerana zaman itu zaman tidak selamat, zaman lalai sesaat membawa padah. Kekerasan itu melekat lekit pada anak muridnya tapi bukan dengan niat untuk mendewakan Buya bila mengengsot berjumpa Buya melainkan kasih sayang dan hormat padanya.

Tapi ramai pengikutnya yang mempunyai anak murid menggunakan satu ilmu untuk anak murid taksub dan takjub. 

Ilmu ini juga diberi Buya kepada Abah bagi tujuan mengawal anak murid dari melakukan dosa tetapi tidak diamalkan Abah kerana Abah melihat kesukaran membendung amalan syirik mendewakan Guru.

Mungkin Guru lain merasakan mereka mampu kawal anak murid mereka jadi terserah kepada individu, lain orang lain cara kerana lain keadaan.

2. Tidak boleh mula makan dan tidak boleh habis makan sebelum Buya

Penjelasan:
Umur Buya lebih 100 tahun(Umur Mahathir, Hasmah dan Nenek saya 90 tahun, kedut Buya jauh berbeza dari mereka). Buya beri makan kepada mereka(anak surau), beri tempat perlindungan, diajar Ilmu, malah mereka jaja nama Buya pada masyarakat.

Salahkah mereka memboskan Buya? Kita dengan Bos kita dalam satu majlis dibelanja bos juga buat benda yang sama dan itu dinamakan orang berbudi kita berbahasa. Lebih lagi Buya yang mengajar ilmu akhirat.

3. Tidak boleh jalan dihadapan Buya

Penjelasan:  Adab ini tidak ada apa yang pelik dalam masyarakat Melayu. Hormati yang tua!

4. Tidak boleh pijak tapak kaki Buya

Satu murid Buya melakukan dengan niat untuk menghina, kemudian ia mendapat bencana. 


Kebetulan atau tidak, ia cerita yang mungkin ditokok tambah oleh anak murid Buya bagi menunjukkan kiramah atau kehebatan Guru mereka sedangkan Buya tidak pernah melarang mereka memijak bekas tapak kakinya dengan sengaja.

Saya banyak kali terpijak tapak kaki Buya kerana saya nak elak tidak boleh elak(sebab saya kecil) selain saya nakal mahu tahu apa akan jadi jika benar Buya berpegang pada ilmu Allah yang penuh kasih sayang, pasti tiada apa jadi pada saya, dan memang tiada apa pun.

5. Berebut sisa Guru

Penjelasan:  

Ini perkara biasa bagi seorang "anak" mahu dapat keberkatan bapa/datuknya. Tapi anak murid salah ertikan dengan kiramah dan percaya boleh jadi pandai, jadi berilmu, dapat syafaat dan pelbagai lagi dengan tujuan menunjuk-nunjuk dengan anak murid lain. 

Ia salah dan Buya hanya benarkan bagi tujuan mendapat keberkatan Guru bukan dapat hapus dosa, pandai dan sebagainya.

f. Jika seseorang mati ketika berulang-alik ke tempat belajarnya untuk mempelajari tarikat berkenaan maka Tuhan sendiri yang akan mencabutkan nyawanya itu.

Penjelasan: 

Nabi sendiri dicabut nyawa oleh malaikat. 
Ini tidak tepat dan tidak pernah diajar Buya melainkan anak muridnya yang mahu mendapat pengikut sahaja.

g. Sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja (Sembahyang batin) atau boleh ditinggalkan semasa dalam kesibukan kemudian diqada".

Penjelasan:
Ini juga gara-gara anak murid dan fitnah pada Buya. Beliau berumur lebih 100 tahun, kecik badannya dan jalan selangkah kecil dengan perlahan. Saya tinggal dalam bilik di Suraunya beberapa kali berlama seminggu hingga sebulan.

Setiap kali azan, beliau antara yang pertama berdiri di belakang Imam tanpa gagal, kemudian dimalui anak muridnya yang lambat dan malas. 


Tiada solat niat diajar tetapi dirosakkan anak muridnya yang membuat interprestasi sendiri.

h. Nikah boleh dilakukan tanpa wali dan saksi (Nikah batin).

Penjelasan:
Sama. Buya tidak buat, anak murid buya yang buat. Tapi kalau diizinkan sebenarnya pengertian yang dimaksudkan nikah batin yang betul adalah nikah dengan alam lain.

i. Sembahyang fardhu diabaikan atau ditinggalkan kerana cukup dengan niat di hati.

Penjelasan:  Sama dengan G.

j. Orang-orang yang belum masuk tarikat ini dianggap belum sempurna Islam mereka. Mereka diajak untuk diIslamkan oleh guru atau wakil tarikat ini.

Penjelasan:
Ini juga masalah anak murid yang buat cerita bagi tujuan dapat pengikut. 


Jika benar Buya pasti miliki jutaan anak murid. Tapi Buya yang dikenali ramai tidak lagi menerima anak murid sejak tahun 1970. Setiap orang yang datang mahu berguru dengannya selepas 1970, Buya akan suruh berguru dengan anak murid atau wakilnya antaranya Haji Basir Kuang, Haji Wahab Beranang, Haji Harun Paya Jaras, Lebai Maidin Puchong, Haji Othman, Pak Darvis Jakarta, Pak Buyong Morocco, Lebai Sainan(Janda Baik), Imam Sayuti, dan ramai lain. 

Malahan beliau boleh paksa semua ribuan anak kecil yang belajar mengaji AlQuran di Sekolah percumanya untuk masuk Tarekat ini.

k. Jika sudah masuk tarikat ini tidak perlu lagi pengajian ilmu-ilmu syariat.

Penjelasan:
Saya tidak nafikan ramai pengikut tarekat(semua tarekat) suka ambil kesempatan dengan tidak solat, tidak puasa, tidak campur masyarakat dll.

Tapi Buya ajar bapa saya dan Abah ajar pada saya, Syariat itu baju, dan Hakikat itu badan. 

Keduanya perlu, dan tidak boleh ditinggalkan.

Tapi lain anak murid punya pendapat dan pemahaman berbeza, usah kata orang Tarekat sahaja tidak solat, orang syariat sendiri pun ramai tinggal solat, berjudi, minum arak dsb.

Ini masalah pengikut, bukan masalah ilmu atau ajaran.

l. Ajaran-ajaran dalam tarikat ini dirahsiakan daripada bukan pengikut. Tarikat ini juga disebut sebagai Ilmu Sirr (Rahsia).

Penjelasan:
Kerahsiaan bukan kerana niat mahu sembunyikan kejahatan. 


Sebaliknya ia dirahsiakan kerana Buya tidak mahu anak muridnya mengajar orang lain walaupun dirinya sendiri belum pandai dan belum habis belajar. Masalah ini banyak terjadi pada Tabligh hingga timbul kesulitan pada anak remaja usia 15 tahun lari dari rumah ikut tabligh, umur 20 tahun tidak lulus Ijazah kerana "keluar kawasan" ke India dll.

Kerahsian juga untuk elak anak murid Buya sesat kerana "fokus tertumpu" sebut nama Allah ini terdedah kepada serangan syaitan sebagai contoh, YOGA.

Ada beberapa titik zikir dalam tarekat ini serupa YOGA. Bezanya kami 7 titik sahaja tapi Yoga beratus titik.

Taktiknya YOGA sama iaitu pengosongan jiwa, bezanya Yoga biarkan ia kosong, tapi tarekat ini isi kosong itu dengan sebut nama Allah sebanyak-banyaknya.
Jadi ia perlu kerahsian kerana tanpa bimbingan ia akan jadi seperti YOGA yang mudah dimasuki dan dipandu unsur halus batal yang lain kerana sudah kosong diri selain zikir tidak bertempat.


Sepupu saya seorang anak gadis Cina belajar YOGA, bila kosong dan sudah tentu tidak diisi dengan kalimah Allah beliau sering melihat hantu di rumah malah diganggu.


m. Murid mesti patuh sepenuhnya kepada guru zahir dan batin, jika guru menyatakan jodoh seseorang pengikut itu dengan seorang yang lain maka ia perlu dipatuhi.

Penjelasan:
Murid mesti patuh adalah tidak tepat tetapi TEPATNYA nasihat guru biasa diikuti. Itu sahaja.


Saya sendiri menolak pelawaan Buya tinggal dengannya. Tidak mestipun saya patuh. Tapi saya menyesal kerana kurang 2 tahun selepas itu beliau wafat dan kalau saya tinggal bersamanya, pasti banyak ilmunya akan diajar pada saya.

n. Syeikh Ibrahim Bonjol guru tarikat ini mendakwa mempunyai 'Mukjizat' iaitu dengan mengeluarkan air dari tangannya.

Penjelasan:
Ramai boleh keluarkan air dari tangannya tetapi bukan mukjizat sebaliknya dengan beberapa ayat malah Ahli Silap Mata kafir pun bisa lakukan dengan peralatan.

Benar Buya pernah tunjukkan tetapi tujuan beliau adalah untuk buktikan pada anak muridnya bahawa ia boleh dilakukan dengan ayat dan tidak semestinya mukjizat. Malangnya anak murid kepada anak muridnya berpendapat lain pula.

Sungguhnya, saya pernah dengar anak muridnya di Selangor juga mampu lakukan tapi saya tidak tahu untuk niat beliau untuk ajar atau apa. Insya Allah niatnya sama dengan Buya.

o. Pergaulan bebas antara bukan muhrim dibolehkan antara ahli jika dengan niat yang ikhlas.

Penjelasan:  Tidak benar.

Saya sendiri pernah duduk tawajjuh dan zikir khafi berkumpulan.

Perempuan dan lelaki diasingkan.

Jika ramai kami duduk dalam bulatan agar lutut bertemu lutut.

Jika ada perempuan, ia terpisah, jika ada suami isteri ia disambungkan oleh lutut suami dan isteri tadi dengan jemaah laki dan perempuan.

Perempuan pula akan melabuhkan tudungnya hingga kemulut dari rambut jadi tiada aurat, tiada percampuran.

p. Al-Quran dianggap sebagai sejarah sahaja.

Penjelasan:
Tidak benar. Bagaimana sejarah sahaja pula. Buya punyai sekolah 3 tingkat yang penuh dengan ratusan anak kecil masyarakat sekitar belajar Al-Quran sejak 1970-an. Anak kecil ini tidak belajar lain selain AlQuran.

Jika sirah atau sejarah, kenapa Buya perlu ajar AlQuran pada anak kecil ini.

KESIMPULANNYA, Apa yang terjadi dan dibuat oleh anak muridnya tidak seharusnya terfitnah atas Buya begitu juga tidak harus terhukum atas Nabi saw jika umatNYA sesat, kufur dan salah.

Antara kesalahan anak murid Buya adalah;

1. Terlalu taksub pada Guru

2. Mempunyai Gambar guru dan kucup, bercakap dengan Gambar sebelum berkerja, sebelum solat malah dalam solat.

3. Buya boleh diserupai oleh Syaitan dan Iblis tetapi anak muridnya tidak setuju kerana mereka lebih selesa anggap Buya setaraf Nabi SAW tidak boleh diserupai Syaitan

4. Menyuruh anak murid merangkak berjumpa dan bersalam Guru tetapi Guru tidak beri pemahaman bahawa ia bukan wajib, tetapi ia adalah adab dan adab adalah jambatan ilm.

Memang ada ia dibuat secara berlebihan dan tidak sejajar dengan budaya masyarakat setempat tetapi masalah ini kecil kerana mereka bodek untuk agama dibandingkan orang politik membodek Perdana Menteri dan Menteri hingga melutut sembah cium kaki.

5. Berzikir bertempik, terlolong, terjerit, menyalak macam anjing, dan khayal berzikir hingga menari-nari adalah salah kerana tidak pernah dibuat semasa Buya hidup atau dalam pengetahuan Buya. Saya tidur diSurau selama berminggu-berbulan tapi saya tidur nyenyak kerana tiada siapa zikir jerit-jerit

6. Hakikatnya memang mudah mendapat lazat dan khusyu solat bila kita menjerit-jerit dan membayangkan wajah guru. Anda boleh cuba, tetapi waspada kerana Syaitan senantiasa berusaha menyesatkan anda.

7. Tidak lakukan syariat. 


Ini adalah kesalahan anak murid Buya yang paling besar. Sebenarnya, saya boleh terima dan saya faham kenapa mereka tidak solat tetapi setinggi mana dalil mereka beri sekalipun berpeganglah pada syariat kerana itulah yang Nabi SAW lakukan dan itu juga yang Buya lakukan.

8. Baiah- Baiah adalah perkara paling penting dalam amalan ini. 


Lafaz Baiah Tarekat ini bunyinya agak berat lagi sesat tapi ia tidak sesat jika didalami.

Ia berbunyi “Guru akan ambil semua dosa anak murid dan tebus anak muridnya jika mereka dimasukkan ke Neraka”. 

Benar tiada siapa yang boleh lakukan itu seperti dalam ayat Al-Quran tetapi tetap ada sahabat nabi yang dijamin Syurga oleh Nabi SAW. 

Baiah sebenarnya BUKAN JAMINAN anak murid akan masuk syurga, tetapi BAIAH bertujuan menunjukkan kekuatan IKATAN GURU DAN ANAK MURID hingga Guru akan berusaha menebus neraka anak muridnya. Berusaha bukan JAMINAN ALLAH akan terima kerana ia tertakluk kepada Allah kerana syurga dan neraka adalah hak Allah.

Kesalahfahaman pengertian BAIAH buatkan anak murid yakin pada Guru hingga Guru dibuai perasaan oleh Syaitan agar mereka terlupa untuk bimbing anak murid berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. 

Izinkan saya sebut pesanan Buya kepada kami, “Pastikan anakanda Rahman ada dalam peti Televisyen Buya” tapi untuk berada dalam peti Televisyen Buya itu anak murid mesti ikut Al-Quran, hadis, sunnah, dan menjaga adab dengan guru.


Dan soalan terakhir bagi menangkis fitnah ini mari kita kenali SIAPA BUYA?

Dari popular quote Buya Ibrahim yang masih saya ingat hingga hari ini kita boleh kenali siapa Buya, antaranya;

  1. Jangan dipandang Buya tapi pandanglah ilmu yang ada pada Buya, Buya ini tong taik tidak ada istimewanya sambil tangan memegang perutnya.
  2. Laie ko gadang orang Malaya pujuk Buya pada Abah bila Abah datang berjumpa Buya selepas bergaduh dengan anak murid Buya di Medan kerana Abah dakwa Syaitan boleh menyerupai Buya. Buya sahkan beliau bukan setaraf Nabi SAW dan boleh diserupai Syaitan.
     
  3. Anakanda Rahman pastikan waang ada dalam peti televisyen(wasilah/salasilah) Buya. Buya mengatakan jelas bahawa Buya tidak perlu di dewakan, memadai anak muridnya sering sedekahkan zikir atau AlFatihah untuknya demi menjaga tali itu.

Ia akan diupdate dari masa ke semasa. Insya Allah.

5 comments:

IBU RISKA said...


Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

pak slemett said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan








saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

Muhammad Fauzi said...

Terima kasih ya Akhi Abdul Rahman, sdh sedikit meluruskan pandangan atas fitnahan Tarekat Sammaniyah Buya Ibrahim Bonjol... Salam

Muhammad Fauzi said...

Terima kasih ya Akhi Abdul Rahman, sdh sedikit meluruskan pandangan atas fitnahan Tarekat Sammaniyah Buya Ibrahim Bonjol... Salam

Raizul Azni Zolkepli said...

Terima kasih, penjelasan yg baik