Dibawah Pak Lah kita tidak tahu apa yang digunakan Pak Lah dengan wang royalti minyak beratus billion itu. Tiada MRT, tiada KLCC, tiada Jalan Baru, dan tiada apa.
Yang ada hanyalah Gerbang Koridor Timur Barat Selatan Utara dan Sabah Sarawak bernilai hampir Trillion Ringgit. Namun, hampir 10 tahun pintu gerbang pun kita belum nampak lagi melainkan Iskandar itupun dirangsang dan didesak oleh Sultan Johor.
Kerosakan Pak Lah terlalu teruk. Malah 1MDB juga adalah serpihan dari ECER Terengganu.
Najib cuba perbaiki kerosakan Pak Lah tetapi mengekalkan semua menteri Pak Lah, semua penasihat tingkat 4 Pak Lah termasuk geng-geng Khairy Jamaluddin atau KJ menantu Pak Lah.
Pada saya 5 tahun pertama Najib di pejabat beliau terpaksa memperbaiki kesilapan Pak Lah.
Dan pada tahun ke 6, serangan Mahathir bermula.
Saya menyokong Mahathir kerana apa yang dikatakan beliau adalah berdasarkan fakta bukan auta, bukan mislead, bukan misdirect dan sebagainya.
Setiap soalan penting kerana bukan sahaja Mahathir yang bertanya, rakyat sudah lama bertanya.
Malah saya juga berpendapat BN akan kalah pada PRU 14, kerana jika boleh sila tampilkan sesiapa sahaja yang pengundi yang mengundi PR pada PRU 13 lalu yang akan undi BN pada PRU 14.
Saya pasti tidak ada seorang pun pengundi PR akan undi BN sebaliknya ramai seperti saya yang undi BN pada PRU 13 akan undi PR atau undi rosak pada PRU 14 kelak.
Kenapa?
Sudah tentu GST adalah perkara utama.
Kedua adalah kerana BN mengikut rentak PR. Banyak janji Pilihanraya tidak dilaksanakan. Sabah dan Sarawak terus dilupakan.
Ketiga, sudah pasti isu 1MDB dan berkaitan seperti TH, KWAP, PNB dan lain-lain.
Altantuya tidak masuk senarai kerana pendirian umat Islam perlu tetap iaitu tiada siapa bersalah melainkan didapati bersalah oleh Mahkamah serta umat Islam wajib menyaksikan dengan matanya sendiri(zaman moden merasai dan melihat bukti sendiri) sebelum mengatakan seseorang itu membunuh, meliwat dan sebagainya.
Atas tiga sebab ini BN akan kalah.
Malahan tiada gerak kerja dari UMNO, Pemuda, Negeri dan lain-lain untuk berkempen dan memenangi hati rakyat, Yang ada, bila keluar akhbar seorang Nenek berusia 101 tahun menjaga anak OKU umur 63 tahun barulah MB Kedah dan pengikutnya datang, jika akhbar tidak siarkan, tidak datanglah.
Apa UMNO Bahagian, UMNO Cawangan, AJK, JKKK, Ketua Kampung dan Ahli Majlis Lantikan UMNO, ADUN, MP, JAIK, Zakat, JKM dan Kerajaan Negeri buat?
Di FB, Twitter, dan sosial media lain, tiada langsung gerakan cyber UMNO berkempen menangkis serangan, pertahan UMNO khususnya isu GST. Mereka hanya berkokok dihalaman masing-masing sahaja, disorak dirai pengikut setia mereka sendiri sedangkan mereka hanya bermain bola sepak tanpa pasukan lawan.
Atas fakta apa Najib kata BN akan menang PRU 14?
UMNO kata buat road tour seluruh Negara jelaskan GST tapi senyap mungkin perlu keluar duit pokt sendiri atau takut dibahan seperti Ahmad Maslan.
Pemuda UMNO desak satu audit bebas audit 1MDB tapi PM dalam FAQnya mengatakan kita tunggu laporan Ketua Audit Negara? Mana desakan Pemuda UMNO?
UMNO janji langit dan bumi untuk Sabah dan Sarawak. Tapi tahukah anda bahawa rakyat Sabah masih ada sekolah berbumbung kanopi. Masih ada timba air dari telaga. Begitu juga Sarawak. Mana pergi gerak kerja UMNO.
Tidak perlulah saya hurai UMNO Selangor, Kelantan, Perak, Melaka, N9, Johor, Pahang, Terengganu, ahli UMNO akar umbi lebih tahu dengan quote popular mereka "Tiada peruntukan, duit bagaimana kami mahu bergerak?".
Hakikatnya, ramai orang Melayu nak sokong Najib kerana terikat dengan sentimen budi. Tun Razak banyak berjasa. Malahan Najib juga tampak berkerja keras begitu juga Rosmah. Jadi, ramai mahu sangat sokong Najib.
Ramai termasuk saya kerana sekurangnya kita ada MRT, ada PR1MA, ada BR1M hasil dari GST, ada KR1M, ada Teks1M, ada KK1M, ada KIR1M dan banyak lagi walaupun PR1MA belum nampak tiang lagi.
Semua diatas walaupun ditutup jasa dan keberkesanannya kerana kos sara hidup yang meningkat tinggi sekurangnya kita ada Menteri yang giat memujuk kita percaya harga barang tidak naik, harga Top Up tidak kena GST, harga Ubat bebas GST dan sebagainya. Sekurangnya reda sikit kemarahan ini kerana adalah usaha mereka walaupun sekadar bercakap dari berkerja.
Malahan, ramai mahu menyokong Najib jika perlu pilih antara Mahathir dan Najib.
Tapi.....................
Sebagai pemimpin Najib perlu tunjuk kepimpinan dan jangan ikut kata penasihat dan jangan ikut rentak orang lain.
Rakyat berminat tentang masa sekarang dan masa hadapan.
Apa perancangan kerajaan? Bagaimana Kerajaan mahu meningkatkan lagi kos sara hidup dan pendapatan Negara?
Bagaimana mahu kawal harga Barang yang tidak pernah berjaya dikawal?
Bagaimana mahu memperbaiki hubungan antara kaum dan agama yang semakin mesra dengan pelbagai provokasi dan maki di FB?
Bagaiman Kerajaan mahu kawal kadar jenayah nyata dan cyber yang semakin meningkat? Dan keselamatan Sabah yang mejadi sarang lanun?
Bila PR1MA akan siap atau pemilikan rumah dibantu?
Bagaimana Kerajaan mahu bantu rakyat menjadi lebih kaya kerana tiada orang miskin?
Berapa bonus kakitangan Kerajaan dan kenaikan gaji mereka digandingkan dengan peningkatan mutu kerja mereka?
Apa pelan Kerajaan pada Sistem Pendidikan Negara yang belum berjaya melahirkan pencipta bertaraf dunia?
Bagaimana Kerajaan mahu mempertingkatkan keberkesanan DEB/NEP dan memasyurkan Islam?
Itu semua yang mereka minat untuk tahu dari Kerajaan yang mereka undi.
Mereka tidak berminat masa lalu termasuk 1981, 1987, 1991, 1995, 1998, 2003, 2008, 2013 waima 2014 sekalipun.
Kami nak sangat sokong Najib tetapi tolonglah fokus pada masa hadapan rakyat yang boleh diubah berbanding masa lalu yang tidak boleh diubah.
1 comment:
you sir deserve my respect !!!
Post a Comment