ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, May 21, 2015

Keburukan Tabligh Hari Ini

Tabligh Sekarang Tidak Sama Tabligh Dahulu!!!

Dulu orang masuk Tabligh untuk miskin.

Orang kaya masuk Tabligh mahu rasai kemiskinan dan derma semua harta mereka.
Orang miskin masuk Tabligh sebab mahu jadi kaya akhirat dan syurga. Mereka mahu papa kedana bila masuk Tabligh.

Kaya dan miskin ini sanggup keluar 40 hari meninggalkan anak isteri dengan Allah. Tinggi sungguh keyakinan mereka.

Tapi itu dahulu, sehinggalah pada zaman FB dan dunia wang ini bermula sekitar awal 2000.

Kini ramai rakan saya masuk Tabligh sebab Tabligh adalah human network paling besar di Malaysia. Tabligh adalah lubuk Sales dan Marketing umpama sebuah Lubuk berukuran Masjid Sri Petaling didalamnya ada berjuta ikan Patin Liar, berjuta Udang Lobster, berjuta Ikan Haruan, berjuta Cicak Tokek, berjuta Ikan mahal lain.

Tidak perlu lagi kesana-sini, meredah Perlis ke Johor Bharu, merentasi Kelantan ke Terengganu, menyeberang Sabah dan Sarawak untuk buat sales, dan mencari “ikan besar” untuk didekati.

Semuanya ada di Masjid Sri Petaling.

Saya cukup kesal kerana Tabligh kini bukan seperti Tabligh dahulu lagi.

Dahulu setiap orang masuk Tabligh adalah demi mencari keredhaan Allah SWT. Tetapi kini ramai orang masuk Tabligh adalah demi mencari keredhaan Allah SWT jika mereka fikir mereka mampu menipu Allah lah!!!

Sesungguhnya niat utama dan asal adalah terpenting, kerana selepas masuk Tabligh mungkin mereka berubah, tapi Allah tahu niat asal mereka.

Saya terpanggil untuk menulis ini, sebab saya terbaca satu entry di FB mengenai orang Tabligh yang kini memiliki pelbagai kereta mewah, rumah berjuta ringgit, kini buka kilang sendiri dan suami isteri muda berkahwin mampu Berjaya dalam Tabligh walaupun keluar 40 hari.

Mereka menjumpai lubuk, berjual dalam lubuk itu,  dan memperolehi laba besar kerana banyak “ikan besar” disitu.

Tidak salah tapi jika Tabligh sedemikian, maka Tabligh wajar mencium tangan pengikut Al-Arqam kerana 30 tahun dahulu mereka sudah mulakan apa yang Tabligh baru mulakan.

Tujuan saya menulis, agar Tabligh menjadi seperti dahulu kembali dihormati kerana keikhlasan demi Allah dan SyurgaNYA bukan duniaNYA.

Dihadapan Kaabah saya ditemukan Allah oleh seorang Tabligh bernama Abdul. Rupanya beliau adalah beras saya, kecil sungguh dunia.

Saya menggunakan peluang bertanya kenapa ada orang Tabligh meninggalkan pelajaran, ibu bapa, isteri anak, malah kini kenapa mereka masuk Tabligh untuk dapatkan “ikan besar” bukan kerana mahu dapatkan Allah SWT?

Jawapan beliau paling benar dari seorang Muslim walaupun beliau bukan Ulama, katanya, “Fikulubihim maradun fazadahumullah” bermakna dalam hati manusia itu ada penyakit.

Setiap manusia mencari Doktor untuk merawat sakit dalam hati mereka. Ada masuk Tabligh, ada masuk Tarekat, ada masuk Pondok, ada berkelana mencari dan bila mereka berjumpa mereka cuba merawat sakit dalam hati itu.

Masalah mula timbul apabila ada yang berpura-pura masuk untuk merawat sakit dalam hati itu tetapi mereka sebenarnya mereka tidak mahu mengaku mereka sakit dan merasakan mereka tiada sakit tapi orang lain yang sakit.

Ada yang belum sembuh dirawat dan belum mampu merawat sakit itu, tapi sudah mahu ajar orang lain cara untuk sembuh.

Akhirya, Tabligh dicemari dan tidak lagi seperti dahulu.

Justeru nasihat saya pada Tabligh senior, pastikan junior anda betulkan niat mereka masuk Tabligh dan untuk junior, anda tidak akan mampu menipu Allah. Tidak sesekali.

Betulkan niat kita semua, masuklah Tabligh demi Allah dan AkhiratNYA.

Pada bukan Tabligh, betulkan niat, apa sahaja anda lakukan, lakukan kerana Allah. 


1 comment:

Anonymous said...

Minta maaf kiranya saya kurang setuju dengan saudara..saya rasa ramai yg kaya diluar tabliq baru masuk tabliq..Secara kebetulan sahaja sekarang ini ramai org tabliq yg kaya..itu pada saya positif..bukanlah sahaja ramai yg kurang berada yg masuk tabliq..Ini menunjukkan kesannya yg baik dakwah dah mula menyerap dikalangan mereka yg berada..Apa guna kaya kalau jiwa tak tenang..Kita bukan 20 tahun dahulu..saya nasihat saudara lihat ini atas keberkatan doa org tabliq yg lama seperti saudara bahawa doa mereka dakwah sampai pada golongan atasan dimakbulkan..Allah maha perancang maka bersangka baiklah dengan perancangan Allah..Mereka ini mendapat hidayah kerana Allah bukan kerana kita..kerana kita hanya mampu berusaha yg tentukan Allah..Kita tak tahu apa isi hati mereka mungkin lebih ikhlas dari kita yg merasa kita sangat berjasa..maaf kerana menegur kerana kita perlu kan semuanya untuk berjaya disisinya..amin..