Saya pernah menghadiri ceramah St Mary in Perspective of Christian and Islam di Gereja Taman Gasing, PJ, saya selalu melawati Tokong di Petaling Street dan Genting Highland menemani bekas teman wanita saya bersembahyang, saya mengambil giliran "solat" dengan rakan sekerja saya di Fujistu, En Andrew SGM di sebuah Hotel di Singapura kerana kiblat dan matahari berada di ruang tingkap yang sama. Dan saya juga membaca Bible kerana tertarik dengan ayat yang digunakan serta kehalusan bahasa English.
Dan saya bersetuju bahawa penunjuk perasaan di Taman Medan yang membawa kepada penurunan Lambang Salib itu amat melampau dan bersifat sembrono.
TAPI, saya tidak setuju jika seorang pun didakwa, dibicarakan dan dihukum termasuk Akta Hasutan selagi Namewee tidak didakwa, dibicarakan dan dihukum.
Namewee adalah rakyat Malaysia pertama yang menghina Azan, menghina perempuan Islam, dan menghina Islam tetapi tidak didakwa kerana beliau sudah meminta maaf.
Kes Namewee membuktikan bahawa hanya dengan maaf sahaja semua perbuatan termasuk menurunkan lambang salib akan diterima dan pelaku akan dilepas dan dibebas.
Malangnya, permohonan maaf Namewee adalah palsu kerana beliau tidak pula memusnahkan atau mengeluarkan video tersebut dari Youtube dan kita boleh tonton pada bila-bila masa.
Bukan itu sahaja, Namewee dipuja dan diangkat seperti Hero oleh golongan politik Melayu, Artis Melayu dan mempunyai berjuta pengikut berbangsa Cina.
Beliau diberikan dana secukupnya untuk membuat filem dan menjadi kaya hanya dengan menghina agama lain sebagai "Appetizer"nya.
Strategi beliau menjadikan agama lain sebagai alat untuk popular berhasil dan dijadikan contoh oleh ramai yang lain seperti Alvin Tan, 4 pemuda Melayu bakar Gereja, dan ramai lagi.
Mereka ini popular kerana menghina agama orang lain dan tidak dikenakan tindakan kecuali 4 pemuda Melayu yang sedang dipenjarakan.
Agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha yang diamalkan secara bebas di Malaysia menyuruh pengikutnya berbuat kebaikan serta berlaku adil.
Soalnya, adilkah jika Namewee tidak didakwa dan dihukum hanya kerana beliau meminta maaf, dan orang Melayu Taman Medan dihukum walaupun mereka juga meminta maaf?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment