ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, April 11, 2015

Saya Rayu Rosmah Mansor Bersumpah Kes Altantuya

Salam 1 Malaysia Datin Seri,

Seperti yang kita semua maklum Dato Seri Najib kini diserang oleh Tun Dr Mahathir dan antara pelurunya adalah "Siap arahkan Sirul membunuh Altantuya?" dan pada hemat beliau Dato Seri Najib wajib jawab kerana Sirul adalah Pengawal Pengiring PM.

Saya bukan pembangkang yang bila ditanya Dato Seri Anwar meliwat atau tidak mereka akan jawab fitnah, berdosa tuduh orang tanpa bukti dan kena ada 4 saksi baru boleh tuduh tetapi bila sampai PM dan Datin Seri mereka tuduh sesuka hati, Altantuya, Beg, Rambut, Rantai dan macam-macam.

Saya hanya orang yang berpendirian dan berprinsip yang mana orang seperti saya biasanya miskin dan tidak disukai ramai berbanding tukang kipas, tukang angguk, tukang ikut, tukang bakar, tukang hasut, tukang jaja, tukang buka aib, tukang agama, tukang alim dan pelbagai lagi tukang.

Namun, saya kasihan pada Dato Seri Najib yang terus dihantui isu Altantuya ini.

Secara peribadi saya percaya Dato Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Teori saya mudah, bukan susah untuk seorang Perdana Menteri waima orang biasa untuk mengupah pembunuh upahan membunuh "no one" seperti Altantuya.

Altantuya berkelana seorang diri, bukan Pegawai Kerajaan, VIP mahupun kerabat diRaja yang senantiasa dilindungi Pengawal Peribadi.

Jikalau Dato Seri Najib atau Datin Seri mahu lakukan kenapa perlu lakukan di Malaysia? Bukan susah buat di luar Negara, jadikan seperti kemalangan Puteri Diana dan sebagainya. Dato Seri Najib dan Datin Seri bukan orang bodoh yang menjerat diri sendiri membunuh Altantuya dan kemudian Bom pula, kemudian biarkan Polis siasat dan biarkan Polis jumpa pula.

Kalau saya Perdana Menteri dan berniat membunuh Altantuya saya minta Altantuya naik Helikopter jumpa saya di Sabah kemudian Helikopter terhempas.

Malangnya, Jeneral Politik Pakatan Rakyat amat bijak.

Saya dari hari pertama tidak percaya, lihat seorang demi seorang kenalan saya percaya Dato Seri dan Datin Seri terlibat sama kerana mereka terus-terusan mengeluarkan kenyataan itu.

Benarlah kata orang, "if you tell people 10 same lies repeatedly, on the 11th times it will become 1 truth".

Saya berprinsip sepertimana saya tidak berani katakan Anwar meliwat kerana saya tidak saksikan dan tidak lihat bukti dengan mata sendiri, saya percaya Dato Seri dan Datin Seri tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana saya tidak saksikan dan tidak lihat bukti. Saya perlu jawab pada Tuhan kalau saya berani katakan dengan yakin YA! Anwar meliwat Saiful dan YA! Dato Seri dan Datin Seri arahkan Sirul.

Sebenarnya isu ini tidak penting kerana Dato Seri Najib pernah bersumpah, tapi disebabkan pembangkang terus-terusan memperalatkan strategis mengawal minda rakyat, impaknya ada Dato Seri Najib amat besar.

Sepertimana yang dikhuatirkan Tun Dr Mahathir, Dato Seri Najib terlalu banyak skandal dan ia tidak bagus untuk Parti UMNO dan Kerajaan BN. Pada saya Tun Dr Mahathir sedang membantu Dato Seri Najib memperjelaskan dan membersihkan dirinya sebersihnya dan perlu tampak bersih dari semua skandal.

Di kala Pakatan lemah berbalah kerana hudud, BN gagal mengalih sokongan orang Cina khususnya kerana Dato Seri Najib terpalit oleh banyak skandal yang mana kebanyakannya adalah mainan politik.

Inilah politik. Politik adalah persepsi. Dato Seri Najib bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu nampak bersih. Jika beliau bersih tetapi nampak kotor, rakyat percaya yang kotor. Kenapa? Sebab itulah manusia!!!

Kita terlihat ramai ahlli politik malahan golongan Istana yang bermain dengan politik persepsi ini. Antaranya terjah, makan nasi bungkus, naik motosikal, tolong banjir, dan sebagainya dimana mereka memperoleh laba yang memuaskan. "Mind control" memang berkesan pada kebanyakan rakyat tapi bukan pada saya.

Datin Seri,

Saya tidak kenal dengan Datin Seri selain dari "10 repeated lies" tentang Datin Seri seperti Barang Kemas, Handbag, Rambut, Shopping Spree, Riza, dan banyak lagi yang telah bertukar pada "1 truth" oleh ramai orang Islam yang tidak Islam.

Pada saya, dosa Datin Seri hanyalah kerana menjadi isteri kepada YAB Dato Seri Najib. Kalau Datin Seri isteri kepada Dato Seri Magnum tiada siapa mahu peduli.

Dan pada saya, Datin Seri hanya seorang isteri bukan PM, bukan Presiden atau memegang apa-apa jawatan jadi tidak perlu Datin Seri tampil menjelaskan setiap "10 repeated lies" yang mereka dendangkan untuk jadi "1 truth".

Namun, saya kasihan melihat Dato Seri Najib terus dihimpit isu Altantuya. Ia lebih menyedihkan bila Tun Abdullah keluar kenyataan mempertahankan Dato Seri Najib kerana ia mudah diperalatkan oleh pembangkang sebagai terdesak.

Datin Seri,

Saya rayu pada Datin Seri bersumpah sepertimana Dato Seri Najib bersumpah bahawa Datin Seri tidak kenal langsung dengan Altantuya sehinggalah selepas beliau dibunuh.

Bersumpah Datin Seri tidak terlibat langsung atau tidak langsung dengan pembunuhan tersebut dan tidak arahkan Sirul.

Ini kerana masyarakat mudah tujukan pada Datin Seri Rosmah kerana Sirul adalah Pengawal Pengiring PM.

Datin Seri,

Bantulah Dato Seri Najib. Kasihan pada beliau. Mungkin pada zaman Tun Dr Hasmah rakyat masih belum dinoda sifat keji Facebook dan Twitter, tetapi zaman ini bukan sahaja Ahli Politik perlu bermain dengan politik persepsi dan perlu nampak bersih dan berjimat, tetapi isteri, anak malah cucu juga perlu bermain dengan politik persepsi.

Saya percaya Datin Seri orang yang berprinsip dan jarang tampil hipokrit. Hipokrit tidak salah jika digunakan untuk tujuan baik. Mungkin Datin Seri boleh turun ke pasar kotor beli ayam pakai seluar dan baju paling murah, makan nasi bungkus Gerai tepi jalan dan lain-lain untuk tampil "berjiwa rakyat" kerana kebenaran tidak lagi penting sebaliknya lakonan penting untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Pada saya mungkin sebab mentaliti tudung, jubah, serban dan janggut telah sebati dalam jiwa orang Islam Malaysia, maka mereka lebih suka pada lakonan diatas dan tidak melihat dan menilai seseorang dari iman dan amalannya. Wallahualam.

Datin Seri,

Saya undur diri dan tidak akan menulis lagi pada Datin Seri, kerana sebagai rakyat Malaysia Datin Seri sama seperti saya bezanya hanya Datin Seri adalah isteri Perdana Menteri.

Saya kasihan pada Datin Seri kerana Datin Seri hanya dinilai dari rupa dan cerita mulut seperti yang dialami ibu saya pada masa lepas.

Anggaplah ia sekadar pandangan saya seorang anak muda kepada seorang ibu kerana ibu saya juga sering dipandang serong oleh masyarakat Islam hanya kerana beliau tidak pakai tudung dan kerana beliau Cina. Satu-satunya dosa beliau adalah menjadi Isteri kepada Bapa saya seorang Guru Agama Tarekat yang punyai beratus anak murid setia dan mengubat orang.

Terima Kasih.

No comments: