ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, April 15, 2015

GST Tidak Haram Tapi GST Zalim

Para Ilmuwan Agama bercanggah pendapat tentang GST haram atau tidak dan kita terus keliru. Bukan sahaja keliru haram atau tidak, tetapi juga keliru jika haram apa yang boleh kita lakukan dan hukumnya jika tetap beli dan makan.

Isu agama sukar diperbincangkan dalam konteks media, blog, tulisan dan sebaiknya dilakukan secara berhadapan. Jadi lebih baik kita tinggal persoalan GST haram atau tidak dengan tidak haram supaya hidup pengguna lebih berkat dengan makanan dan minuman yang halal.

Tapi saya berani katakan GST zalim. Saya minta orang ramai jangan turun ke jalan dan jangan gunakan kekerasan untuk mendesak Kerajaan. Ingat, Ingat dan Ingat gunakan saluran yang betul iaitu menegur cara berhemah dan jika tidak berkesan gunakan undi kita sebaiknya.

Saya bukan anti cukai, saya juga harap Kerajaan boleh gunakan cukai untuk membangunkan Negara walaupun harapan saya kadang-kadang tiada harapan(hopeless).

Namun apa yang saya harapkan kita hayati seruan Allah dalam Al-Quran iaitu perbaiki diri, perbaiki amalan dan GST boleh diperbaiki.

Kenapa saya kata GST Zalim? 

Semua sistem cukai sebelum GST adalah jelas dan terang iaitu mengenakan cukai atas pendapatan dimana mereka yang tidak punya pendapatan serta pendapatan rendah tidak perlu bayar cukai dan diberi hak luas dan setara untuk menambah baik kehidupan dengan yang berpendapatan.

Malangnya, GST mengenakan cukai atas perbelanjaan dan ia zalim bila semua orang termasuk yang tidak berpendapatan termasuk OKU, budak Sekolah, orang tua uzur, wanita Uzur, anak yatim, fakir miskin, dan lain-lain semua kena cukai. 

Mereka semua tidak punya pendapatan dan menghadapi keterbatasan hidup dari sudut sumber, keupayaan berfikir dan tuntutan alam tapi kita rompak pula mereka atas setiap perbelanjaan asas mereka. Tidakkah GST zalim? 

Dalam kes rumah dan kadar sewa pula, Kerajaan mengatakan pemaju tidak akan menaikkan harga rumah kerana mereka boleh menuntut semula GST yang mereka bayar semasa membeli bahan binaan dan ia untuk perumahan komersil. Bagaimana dengan perumahan orang kampung? Bagaimana orang miskin mahu menambah satu bilik untuk anak daranya yang semakin besar jika dikenakan GST sedangkan Pemaju Billion Dollar tidak dikenakan GST? 

Jelas, orang kaya boleh bina rumah tanpa kena GST orang miskin bina rumah pasti kena GST! Tidakkah GST zalim?

Perniagaan kecil yang tidak mencapai perolehan RM 500,000 setahun tidak boleh tuntut GST tapi perniagaan besar yang perolehan RM 5,000,000 setahun boleh tuntut GST. Jelas ini bermakna peniaga yang kaya semakin kaya, dan peniaga yang miskin semakin miskin. Tidakkah GST zalim?

Banyak juga peniaga kecil malah peniaga besar yang tidak dapat membuat tuntutan semula GST atas beberapa klausa dan syarat Kerajaan akan memindahkan kos berkenaan kepada pengguna. Pada asasnya ia belum bermula kerana Kerajaan sedang memantau dengan teliti dan mereka akan didenda beratus ribu dan berjuta malah dipenjara. Persoalannya sampai bila Kerajaan mampu memantau dengan amanah dan jujur?

Peniaga barangan tidak naik dan barangan dan perkhidmatan bebas GST juga sebenarnya tertindas kerana barang tersebut seperti buku, beras, tepung, gula, teksi, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pendidikan, pembersihan, elektrik, penyaman udara dan lain-lain juga berkait dengan satu perkara yang sama iaitu LOGISTIK.

Lori yang mengangkut, alat ganti lori, tayar, mesin pemprosesan dan alat ganti pencetak buku, kertas, beras, tepung, gula, mesin kesihatan, dan bermacam lagi dikenakan GST.

Jika ayat ditindas digunakan untuk peniaga besar, bagaimana dengan pemandu teksi pula yang tetap dikenakan GST bila menukar tayar, menukar alat ganti kereta, dan lain-lain?

Kerajaan mahukan peniaga ini semua menyerap GST dengan erti kata lain mengurangkan untung mereka, yang mana pada saya antara benda baik dalam GST tetapi ia berdasarkan konsep keterpaksaan tanpa rela bukan rela ataupun menang-menang.

Jika GST zalim maka adalah tanggungjawab kita menyedarkan Kerajaan dan jika gagal kita perlu gunakan cara yang perlu iaitu undi untuk menentang kezaliman.

Bagaimanapun, kita wajib mendapat kepastian dari pihak Pakatan Rakyat bahawa mereka akan mansuhkan terus atau bentangkan pelan menambahbaik GST Pakatan Rakyat supaya ia dikenakan atas pendapatan bukan perbelanjaan sebelum kita mengundi mereka.

Sebelum PRU 14, kita tiada pilihan selain "bersubahat" menzalimi dengan GST tetapi kita ambil kesempatan merayu dan berharap pada Kerajaan Malaysia agar menambahbaik GST agar ia tidak membebankan golongan yang saya sebut diatas.

Antaranya, tubuhkan Jawatankuasa Khas dianggotai penyokong, pembangkang dan ahli akademik bebas untuk mengesan setiap sen kutipan GST, jumlah kutipan tahunan dan kemana ia dibelanjakan.

Kaji semula GST yang dikenakan pada golongan yang terbatas sumber, keupayaan berfikir dan tuntutan alam diatas secara terperinci agar tidak dikenakan GST secara langsung atau tidak langsung.  
Benarkan golongan miskin yang membina rumah membuat tuntutan semula GST dan bukan hanya perumahan komersil sahaja.

Benarkan peniaga bawah RM 500,000 yang tidak dikenakan GST membuat tuntutan semula walaupun bukan tuntutan penuh cukup sekadar subsidi atas kutipan. 

Benarkan peniaga barang dikecualikan GST membuat tuntutan GST atas GST logistik mereka juga bukan tuntutan penuh tapi subsidi sahaja sebagai contoh diskaun 4% GST untuk tayar 2 tahun sekali.

Benarkan Masjid, Surau, Rumah OKU, Sekolah dan lain-lain yang membeli barangan terbabit GST untuk buat tuntutan yang dibayar secara subsidi bukan tuntutan penuh khususnya atas barangan keperluan harian dan asas mereka.

Dan banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki GST agar matlamat sebenar cukai iaitu cukai dikenakan atas pendapatan bukan atas perbelanjaan dicapai.

Penambahbaikan ini akan mengubah GST dari zalim kepada sistem percukaian yang adil lagi saksama.

PS: Kerajaan bernasib baik kerana orang Melayu "inborn" dengan sikap lewa dan tidak apa atas beberapa sen dan beberapa ringgit yang mereka bayar untuk GST namun orang Melayu sedang perbaiki amalan mereka dan kini mereka "concern" kemana setiap sen GST mereka digunakan.

2 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang diperkatakan. disini ingin saya maklumkan sebenarnya cukai SST masih dikenakan, ini bermakna rakyat membayar cukai sehingga 16%. Semalam saya membeli Cheest Hot & Roll dengan harga RM6.50 sebelum ini hatganya RM5.90...tlg kira berapa persen yg dikenakan...bila kerjaaan perkenalkan GST pekedai pun sama2 membebankan pengguna dgan menaikan harga barang...yg dizalimi adalah rakyat sebagai pengguna....tlglah kerajaan semak semula....mcm kerbau membantu buaya bebaskan dari dihempap kayu..akhirnya kerbau menjadi mangsa buaya....begitulah nasib rakyat seperti saya menyokong kerajaan BN akhirnya saya dibebani dengan berbagai2 cukai dan kos...rasanya cukuplah sehingga hari ni untuk membantu kerjaan sedia ada...saya lebih rela tak mengundi...biarlah semua merasanya, maksud saya yg sokong,yg menentang,yg atas pagar sama saja...takde maknanye....

Anonymous said...


Allah berfirman, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim maka (kalu kamu berlaku demikian), menyebabkan kamu disentuh api neraka,"
dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan diberi pertolongan" (QS11:113)