Antara sebab rayuan saya ditolak oleh Mantan YDP MPS yang kini menjawat jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya adalah kerana Penduduk Banglo Anjung Melati membayar cukai yang tinggi dan saya hanya membayar cukai tanah sahaja. Melalui GST, orang susah seperti saya kini membayar cukai setiap hari kepada Kerajaan untuk Kerajaan membayar gaji Penjawat Awam yang mencecah puluhan ribu sebulan justeru mereka tiada alasan untuk membezakan layanan lagi.
Semasa saya merayu supaya kedai yang didirikan atas tanah saya sendiri tidak dirobohkan, saya hanya merayu bagi saya tempoh setahun dua tahun supaya saya dapat kembali modal yang saya keluarkan termasuk membina parking atas arahan MPS juga. Selepas 2 tahun robohkanlah. Tapi tidak dilayan YDP.
Saya kemudian merayu lagi agar Bangunan tidak dirobohkan dan berjanji tidak akan berniaga lagi supaya bangunan itu boleh digunakan untuk tujuan pertanian mengikut syarat tanah tetapi tidak diendahkan YDP.
Semasa barangan saya disita kurang 7 hari dari Notis Mengosongkan Bangunan 30 hari diberi pada saya, MPS mengatakan punca kedai saya tetap dirobohkan adalah kerana saya gagal mematuhi arahan MPS tutup serta merta pada 9 Ramadhan 2014. Saya sudah menaikkan notis tutup tapi gagal serta merta kerana saya fikir Negeri Islam PAS mestilah Islamik sedangkan Mahkamah Syariah BN juga menangguhkan hukuman pada bulan Ramadhan dan Lafaz Talak Allah juga tidak sah jika isteri mengandung, ini pula Kerajaan Campuran PAS PKR.
Saya agak kecewa kerana ia terjadi dalam Negeri Selangor yang kerusinya banyak dikuasai oleh PAS malahan bila saya minta bantuan dari YB ADUN Gombak Setia dari PAS, Ustaz Hasbullah tidak banyak membantu selain hanya menyalahkan pihak lain dengan mengatakan YDP MPS mendakwa ia arahan Kerajaan Pusat atau KPKT dan Menterinya.
Malangnya, Ahli Majlis dari PKR Tuan Haji Mustapha simpati dengan nasib saya dan memberitahu saya YDP MPS mengatakan pada beliau ia arahan langsung dari pejabat MB Tan Sri Khalid Ibrahim malahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor sendiri menelefon Tuan Haji Mustapha.
Sebagai pengundi Azmin Ali Parlimen Gombak dan Amiruddin Shaari saya keliru dengan kenyataan bercanggah Ahli Majlis PKR dan ADUN PAS tapi saya tidak berkecil hati kerana ia mungkin permainan pihak tertentu.
Hakikatnya, kehadiran kami diatas tanah kami sendiri adalah untuk menjaga Tanah kami yang diceroboh sejak 2008 hingga 2014 oleh 5 pemaju yang berlainan.
MPS bukannya simpati pada kami dan biarkan kami berniaga selama 2 tahun sebaliknya sebab MPS tahu tanah kami diceroboh justeru tawaran kami untuk berjiran dengan situasi menang-menang dengan penduduk Anjung Melati perlu diperhalusi kerana Anjung Melati mengalirkan air najis kedalam Tanah kami setiap hari sejak 2012 sehingga hari ini 7 April 2015.
Malahan MPS pernah menulis surat pada pemaju Anjung Melati pada September 2011 dengan Tajuk Kerja Tanah di Lot 2357 Mengakibatkan Sistem Perparitan Rosak, malangnya MPS tidak ambil apa-apa tindakan dan tidak memaklumkan kepada pemilik tanah selain berterusan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kebenaran.
Lebih 100 surat ditulis kepada MPS dan YDP Tuan Azizi tetapi satu pun tidak dibalas sehingga kami terpaksa, dipaksa dan didesak ke jalan buntu untuk mengutus surat pada Kementerian, meminta KSU Selangor Dato Khusrin Munawi membersihkan nama beliau, pada Sultan Selangor, pada Perdana Menteri dan semua yang simpati.
INGAT!!! Saya adalah pemegang 1/7 bahagian tanah 2.75 ekar sebelah Anjung Melati, bersama Ibu Saudara Saya Zainon Bt Ismail 1/7 bahagian, bersama 3 pemilik lain 2/7 dan kami berlima adalah pemilik 4/7 tanah ini.
3/7 atau 1 ekar tanah lagi dimiliki oleh 100 orang penama.
INGAT!!! 100 pemilik Tanah ini terdiri dari fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal.
Justeru, perjuangan saya bukan kerana kedai saya diroboh sebaliknya kerana tanah KAMI diceroboh sebanyak 10,000 kaki persegi, tanah KAMI dipotong dan dicuri sebanyak 400M3, tanah kami dari 20 darjah cerun dijadikan 80 darjah cerun mengakibatkan kami hilang hak guna tanah sebanyak satu ekar.
INGAT!!!Penyokong MPS dan sekutu Anjung Melati, INGAT jangan komen pasal kedai kena roboh tapi cuba komen tanah kami diceroboh dan aduan dibiarkan MPS sejak 2012 termasuk MPS sendiri sudah tahu sejak 2011 dan gagal maklumkan pada kami. Kerana kami perjuangkan tanah kami sejak mula lagi tetapi tidak diendahkan malahan Halamanda Gombak juga dibiarkan menceroboh pada 2014.
Selepas puas dan beribu ringgit berhabis menulis beratus surat, kini MPS berjanji akan meneliti aduan kami tetapi kami tidak yakin kerana Jabatan Bangunan MPS tetap terus memberi kelulusan kepada pembinaan rumah di Anjung Melati. Sepatutnya kelulusan dibekukan tetapi lawatan saya mendapati sebuah rumah sedang didirikan pada April 2015.
MPS mengingatkan kami tidak menggunakan media sosial tetapi kami serik percaya pada MPS lagi dan kami seperti sudah boleh agak selepas setahun MPS akan berkata bukti tidak cukup dan pemaju pun sudah lari dengan "gengnya".
Secara peribadi, pihak pemilik Tanah merasakan YDP Tuan Azizi gagal mengadili isu pencerobohan ini dengan baik kerana kami menawarkan situasi menang-menang jadi seadilnya kami pemilik Tanah dan YDP Tuan Azizi diadili oleh Allah di akhirat kelak kerana janji Allah itu pasti.
Di dunia, kami "terpaksa" berpuas hati dengan alasan YDP Tuan Azizi hanya mengikut arahan dari atas samada benar dari KPKT, dari MB Selangor Tan Sri Khalid atau dari Pejabat KSU Selangor, selain alasan hanya bertindak mengikut undang-undang melalui laporan kakitangan bawahan. Pelik dan jelik, Kg Boyan Wira Damai sejak 30 tahun dahulu tidak pernah diroboh pula.
Kami berharap segunung harapan pada semua kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya agar dapat memberi maklumat yang tepat serta benar kepada Dato Bandar MBPJ Tuan Azizi agar nasib tanah kami tidak menimpa penduduk Petaling Jaya. Bantulah Dato Bandar Tuan Azizi kerana kami senantiasa menyokong beliau walaupun beliau merobohkan kedai kami, walaupun beliau tidak endahkan rayuan dan tidak berikan simpati pada kami langsung, kerana kami yakin pada Allah.
Dengan GST yang rakyat bayar sepatutnya mutu perkhidmatan Agensi Kerajaan dipertingkatkan dan tiada lagi alasan kerana penjawat awam juga pembayar cukai justeru mereka harus memahami perasaan kami yang beli air mineral pun kena bayar Gaji Semua Tuan (GST) Kerajaan.
Akhir kata, kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tuan Azizi dan berharap kutipan GST dapat membantu Agensi dibawah Tuan Azizi terus bertindak cemerlang dan diharap tiada lagi rakyat Selangor yang akan mengalami nasib tanah diceroboh dan dibiarkan PBT seperti kami dengan 1001 alasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment