Sultan Ibrahim akhirnya terpaksa menerangkan dengan panjang lebar akan keberadaan Baginda dalam bidang perniagaan. Bisik-bisik rakyat sejak dahulu kian kuat dan golongan peniaga khususnya orang Cina merasai tekanannya.
Persaingan perniagaan menjadi tidak sihat dan berat sebelah bila peniaga terpaksa bersaing dengan Sultan dakwa mereka.
Rakan Cina Penang saya menukar tajuk teruknya rasis orang Cina Penang terhadap suku Cina sendiri kepada kesan penglibatan Sultan dalam perniagaan kerana saya hujah padanya Cina memang rasis semulajadi.
Joseph beritahu saya, semasa beliau menuntut di Universiti di Miami, Pensyarahnya memberi satu tajuk untuk mereka kaji iaitu Kajian Destinasi Pelabur Di Dunia Dari Sudut Persaingan. Laporan itu bersandarkan pada kajian 1999 menerangkan Malaysia sentiasa menghuni kedudukan 5 Negara paling tidak sihat persaingan untuk pelabur kerana keterlibatakan kuasa Sultan dalam perniagaan.
Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua Sultan mempunyai perniagaan dalam Negara. Ada yang menggunakan proksi, ada yang berpuas hati dengan perniagaan sedia ada, yang kembangkan ke segenap prospek, ada kaya raya, ada yang masuk tender, ada yang bina Bangunan ada yang itu dan ini.
Sudah tentu, sedikit sebanyak pasti ada merit dalam pertimbangan persaingan perniagaan samada dari kacamata Swasta, Kerajaan, Penguatkuasa malahan Dewan Parlimen sendiri terhadap "permohonan" Sultan.
Ini kerana, orang Melayu amat terikat dengan sentimen kesetiaan seperti Hang Tuah serta sentimen terhutang budi khususnya Sultan bertanggungjawab membawa Islam dalam Kerajaan Parameswara.
Jujurnya, saya rasa tidak adil Sultan berniaga dan bersaing dengan rakyat.
Tetapi saya rasa lebih tidak adil bila satu kaum dibiarkan memonopoli perniagaan samada di Malaysia atau di mana-mana Negara. Tapi di Malaysia, perniagaan sudah dimonopoli satu kaum sahaja.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia dan Selangor dimana saya punya perasaan "kasih mendalam" terhadap Sultan Selangor(Sultan Selangor juga ada perniagaan), dan kaitan dengan Sultan Ibrahim, sebagai orang Islam.
Ya. Sebagai orang Islam saya berharap agar Sultan Ibrahim dapat meneruskan perniagaannya bersaing dan memecah monopoli perniagaan oleh satu kaum. Berilah modal dan bantuan kepada orang Islam dan Melayu untuk memecah monopoli perniagaan ini.
Sultan Ibrahim sebagai pejaya dalam bidang perniagaan juga diharap meletakkan agenda ekonomi agama Islam sebagai perjuangan utama diatas kepentingan keluarga kerana itulah tugas dan amanah Sultan oleh Allah.
Sultan Ibrahim gunakanlah kuasa Raja serta kuasa perniagaan untuk bantu ekonomi orang Islam bukan dengan cara zakat atau memberi sedekah kepada Masjid. Tetapi dengan cara dan gaya tersendiri.
Saya tidak suka Sultan berniaga tetapi saya lebih tidak suka bila perniagaan seperti perkakasan, komputer, elektronik, perumahan, hartanah, pakaian, alat ganti kenderaan, kenderaan, hotel, pelancongan, runcit semua sudah dan hampir dimonopoli satu kaum dan terkini mereka sudah masuk ke sektor makanan orang Islam pula.
Justeru, Daulat Tuanku, Semoga Sultan Ibrahim, Sultan Nazrin, Sultan Sharafuddin, Sultan Ahmadm Sultan Halim, Sulatn Syed, Sultan Muhammad, Sultan Mizan semuanya menjunjung amanah Allah dan warisan nenek moyang Tuanku untuk mendaulatkan agama Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bro..
Sultan Johor ni berniaga untungkn Cina jer..
Towkey Cina yg untung..
Bukan org melayu..
Tanah tepi laut pun.. org cina yg beli.. + org cina singapore pun beli..
org melayu mana ada duit nk beli.. harga mahal..
tanah yg dia jual tepi laut tu pown.. bukan asal dia punya..
ntah mcm mana dia dpt tanah..
dgr citer kabar angin beli harga x ikut harga pasaran..
x tau lah betul ke tak..
Aku rasa kalau org melayu yg dpt duduk tanah tepi laut tu.. tak de sapa pun yang akan rasa marah
mungkin cina jer yg marah..
Kalau buat bisnes jual tanah.. saper pun boleh..
Bergaya mcm Billionaire sgt..
Tapi hasil dprd jual tanah..
bro.....
nak buat macamana..penulis tulis terang2 blog dengan nama sendiri...kalau kena isa/akta hasutan dll kan sia2...so...paham2 je laa...
sultan dan lanun byk yg sama dari beza so sultan/pemerintah kena bijak supaya tak sama.....cuba tgk artikel sebelum ini kerajaan vs lanun..
sebelum adanya sultan kita diperas oleh sistem cukai lanun dan pemilikan tanah dan kawasan mereka....
bahasa dgn sultan ini jgn main2 nak2 nobody like us silap2 xbernafas.....
so penulis gunakan ayat kiasan dengan cara memuji tapi ada harapan agar rakyat sedar hakiki bahawa penglibatan sultan dalam perniagaan akibatkan ekonomi malaysia kurang berkembang berbanding sgpore padahal ....panjang nak beincangkan...
Post a Comment