ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, March 2, 2015

Najib warisi kekayaan Tun Rahah bukan Tun Razak


Isu ini mungkin sensitif kepada orang Islam tetapi pada Bukan Islam ia perkara biasa. Lebih menakjubkan, tiada seorang pun bukan Islam lebih lagi DAP yang mahu menyentuh perniagaan Genting Highlands, milik orang Cina.

Mungkin ramai tidak tahu, Tan Sri Mohd Noah Bin Omar adalah bapa Tun Rahah, Datuk kepada Dato Seri Najib Tun Razak.

Tan Sri Noah bukan calang orang, beliau adalah cicit kepada Raja Chempa, pewaris kekayaan Orang Kaya Muar. Beliau juga antara pemimpin utama penubuhan UMNO pada 1946.

Pada 1965, Tan Sri Lim Goh Tong mengajak beliau dan bersama-samanya menubuhkan Syarikat Persendirian yang dinamakan Genting Highlands Berhad.

Benarlah kata orang, dibalik kejayaan seorang individu hebat seperti Tan Sri Lim Goh Tong pasti ada isteri dan juga sahabat yang menasihati. Tan Sri Lim Goh Tong dengan bantuan sahabat-sahabatnya Berjaya memperoleh kelulusan 15,000 ekar tanah dari Selangor dan Pahang. Jika dicongak harga RM 10,000 seekar kini, nilai tanah sahaja sudah RM 150 juta dan semua orang tahu harganya lebih dari itu lagi.

Tidak keterlaluan jika kehebatan tiga anak perempuan Tan Sri Noah ini juga menyamai persis kehebatan Sung Sister dalam sejarah Negara China.

Justeru, tidak ada sedikit kehairanan pun jika NYT atau CNN malah Dajjalkini untuk menyiarkan berita Najib mewarisi kekayaan keluarga kerana ia memang benar Cuma ia disalah ertikan secara jahat dan curang dengan merujuk kepada Tun Abdul Razak yang amat bersih itu.

Melayu dan Islam perlu mencontohi orang Cina dalam bersatu pertahankan perniagaan bangsa mereka seperti mereka pertahankan perniagaan Genting Highlands menyumbang kepada kekayaan keluarga Najib Tun Razak dimana sedikitpun mereka tidak sebut dan tidak serang Genting Highlands.

Dan pada orang Islam yang bakal menambah dosa menuduh haram makan harta Genting kerana judi dinasihatkan merujuk kepada orang yang lebih arif kerana kejayaan dan kekayaan Genting Highlands tidak sahaja berasal dari judi kasino sebaliknya dari perhotelan, pelancongan, logistik, tenaga dan banyak lagi luar dan dalam Negara.

Pendek harta, tanpa sesen pun harta Tun Razak, Dato Seri Najib tetap antara pewaris kekayaan terkumpul sejak dahulu yang boleh dianggarkan berbilion ringgit itu.

Saya bukan penyokong tegar UMNO dan Najib tetapi saya bukan pendokong fitnah justeru penjelasan ini hanyalah dari pihak yang baca wikipedia sebagai renungan bersama dan perkongsian bagi yang lebih arif.


4 comments:

Unknown said...

En Mustaqim, awak kene belajar hukum fekah lagi. Bab halal haram perniagaan dlm islam. Boleh ke org islam pegang saham genting? Klu boleh, bagaimana ya cara pembahagian keuntungannya? Sbb genting berhad mmg mnjalankan perniagaan kasino yg sah sah haram dlm islam.

Anonymous said...

astaghfirullah, penulis seolah olah tak ada asas agama langsung..

dayangsenandung said...

menariknya bagaimana lim goh tong berjaya memperolehi bukit genting kalau bukan kerana tan sri noah ?? tun razak ???













penasystem said...

Betul