ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, March 30, 2015

Soalan Terbuka Pada Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum wbt,

Kehadapan Tun Yang Amat Di Kasihi,

Saya berharap Tun berada dalam keadaan walafiat bersama dengan Tun Siti Hasmah. Jika diizinkan Allah, saya akan ukir nama Tun di langit dan saya pasti akan lakukannya sepertimana yang Dato Seri Anwar Ibrahim pernah ucapkan. Tapi itu janji orang politik, saya bukan orang politik.

Bersama Tun sejak saya lahir, kemudian sejak Ku Li VS Mahathir, sejak S46 vs UMNO, terus menyokong Tun semasa 1998 walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim juga merupakan idola saya, dan bersama Tun meletak jawatan ahli UMNO secara terbuka pada zaman Pak Lah, berkempen untuk menyokong Tun dan terus menyokong Tun.

Bagaimanapun kebelakangan ini ada satu persoalan yang sering menganggu benak yang mana persoalan itu pernah ganggu emosi saya lama dahulu.

Emosi saya amat terganngu bila orang menuduh Tun Dr Mahathir mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia, kerana pada saya jika Tun mahukan sebegitu Tun akan lakukan semasa Tun adalah Perdana Menteri Malaysia. Lihat Singapura, Filipina, Bangladesh, Korea Utara dan lain-lain membuktikan orang Asia amat terikat dengan perasaan terhutang budi pada pemimpin.

Justeru jika benarlah dakwaan mereka, Tun yang bijak ini sudah pasti dapat melakukannya dengan mudah dan kini Mukhriz adalah Timbalan Perdana Menteri tapi Tun tidak lakukannya.

Saya maafkan mereka yang menuduh Tun kerana pada masa itu adalah masa Mukhriz dan KJ bertarung untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dan biasalah dakwaan liar dan silap mata berlaku.

Tun Dr Mahathir yang amat saya hormati,

Semasa Tun meletak jawatan saya menangis dan saya terus menangis sehingga hari ini walaupun setiap kali rakaman itu dimaikan berulang-ulang.

Pada saya Tun adalah pejuang sejati Islam dan Melayu.

Kepimpinan melalui tauladan.

Tun kemudian memilih pengganti Abdullah Ahmad Badawi dan dikatakan meminta Pak Lah berjanji untuk menjadi PM untuk satu penggal sebelum menyerahkan kepada Dato Seri Najib.

Pada 2004, bila saya ke temuduga kerja Petronas, semua "ass kisser" marahkan saya kerana mengkritik Pak Lah mereka. Pada masa itu, Pak Lah adalah PM idaman setiap orang Malaysia.

Kemudian malang Pak Lah bermula selepas kematian isteri tercinta, Datin Seri Hendon, Pak Lah didakwa tidak kompeten, lemah, dikawal, di manipulasi, di bonekakan menantu dan anak sendiri dan banyak lagi sehinggalah PRU 12 menghukum Pak Lah.

Sejak 2006 sehingga 2008 saya dan ramai lagi terus menyokong Tun Dr Mahathir dimana kami semua tahu Tun dan kami mahukan Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Dr Mahathir yang amat saya kagumi,

Persoalan yang menggangu benak saya bukan bolehkah Najib ditekan sehingga meletak jawatan tetapi siapa yang akan gantikan Najib????

Semasa Pak Lah, kita tahu dan sokong Najib gantikan Pak Lah tapi siapa akan gantikan Najib jika Najib meletak jawatan pada Mei 2015?

Muhyidin, Zahid, Shafie, Hishamuddin, Khairy Jamaluddin, Sohaimi Shaahadan, Hassan Malek, Shahidan Kassim, Ku Li, Mukhriz, Ali Rustam, Isa Samad, atau siapa???????

Siapa sahaja yang jadi Perdana Menteri juga akan menggantikan Presiden UMNO kerana BN mempunyai kerusi paling banyak di Parlimen.

Siapakah individu yang akan disokong majoriti dalam UMNO? Yang kita tahu Bahagian UMNO sama tamak dan keji dengan Bahagian-Bahagian lain. Perpecahan teruk akan terjadi dalam UMNO sekiranya Presiden baru hanya mendapat sokongan dari sekitar 100 Bahagian sahaja atau kurang 2/3 dari Perwakilan!!!

Mungkin apa yang terjadi di Sidang Ketua Lanun untuk mencalonkan Presiden Lanun dalam filem Pirates Of The Carribean akan terjadi dimana semua Bahagian UMNO akan menyokong Ketua UMNO Negeri mereka masing-masing!!!

Tun Dr Mahathir yang amat saya rindui dan mimpi,

Saya tetap beranggapan tiada manusia biasa yang dapat mengawal emosi, dan begitu istiqamah dalam perjuangankan Islam dan Melayu seperti Tun.

Saya rayu Tun Dr Mahathir mula mengambil beberapa "anak angkat" politik untuk direkrut, di didik dan dibimbing menjadi seperti Tun Dr Mahathir. Bukan menjadi PM, tetapi sebagai pemimpin yang memiliki ketenangan dan ketenteraman pemikiran dan jiwa yang abadi(mortal).

Saya juga berharap agar Tun dapat menamakan individu yang menggantikan Najib sementara menunggu anak didik Tun siap dimasak dalam dapur panas Tun.

Itu kata saya, kerana kata orang lain, Malaysia bukan milik Tun, tapi pada pandangan saya, Tun banyak "share" dalam Malaysia kerana jasa dan budi yang tiada bandingan.

Apapun, adalah penting untuk menamakan pengganti Najib kerana saya dan ramai lagi tidak mampu beri 100% sokongan untuk tidak sokong Najib sepertimana kami beri untuk tidak sokong Pak Lah kerana kami tidak jelas siapa akan ganti Najib. Lagipun kami tidak nampak sesiapa yang lebih baik dari Najib dalam barisan kepimpinan UMNO Pusat.

Mungkin ada di luar kepimpinan UMNO Pusat tapi ia sukar kerana Presiden dipilih oleh ahli UMNO dan ahli UMNO pula mudah dibeli dan dikotakkan.

Bukan semua tapi majoriti, mohon Ahli UMNO jangan terasa.

No comments: