ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, March 25, 2015

Pengkhianat Lee Kuan Yew

Semasa saya berkursus 1 bulan di Singapura, saya mendapat kawan warga Singapura. Saya tidak ingat nama beliau, tapi beliau anak jati Singapura yang satu apa tidak tahu Bahasa Melayu, berbadan gempal, periang dan berkaca mata.

Sebagai Tuan Rumah, beliau cuba memenuhi kehendak kami yang ada mahu ke Geylang Malam, Jalan Brunei, Sentosa, Geylang Siang, Menara Sim dan lain-lain.

Kami kerap berlegar di Orchard Road kerana disitu kami berlima ditempatkan. Andrew(Malaysia), Andreas Kurnia Jati(Indonesia) dan 2 lagi warga Thailand yang mana nama beliau juga saya lupa.

Satu hari saya bertanya kepada beliau tentang Lee Kuan Yew, jawapan spontannya "sssshhh!! Cannot say in Public, Police is everywhere", "Last time my friend talk about Lee Kuan Yew bad side in his own house, the other morning Police came and arrested him".

Itulah Lee Kuan Yew yang saya kenal melalui anak jati Singapura. Saya tidak mahu menggunakan ayat diktator kerana pada saya memang sukar mengawal rakyat berbilang kaum dan agama dan paling sesuai ialah diktator terpimpin seperti kata P.Ramlee.

Lee Kuan Yew yang saya kenal dari sejarah Malaysia lebih keji lagi. Beliau jelas mengkhianati persahabatan yang dihulur orang Bodoh(baca Melayu) yang tertarik dengan keterbukaan hatinya mempelajari adat Melayu dan Islam. Orang Melayu Singapura dan Malaysia begitu berbangga ada pemimpin Cina yang sanggup merendah diri mempelajari budaya Melayu, walhasil ia hanya mainan keji sang licik sahaja. Buktinya, ramai kawan rapatnya kini menjadi lawan dan sahabatnya tidak mahu berkawan lagi dengannya.

Peliknya, bila beliau meninggal dunia, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tampil mengutuk perbuatannya ketika beliau hidup iaitu memecahbelakan Malaysia dan Singapura.

Orang Melayu memang berani dengan Melayu sahaja, bila Sultan mangkat ada sahaja orang Melayu yang berani kutuk Sultan tersebut. Antara yang selalu dihina adalah Sultan Iskandar, Sultan Azlan Shah, Sultan Salahuddin, Sulan Ahmad Shah dan Sultan Abdul Halim. Mereka ini Sultan yang benar-benar berwibawa bukan ikut telunjuk parti politik dan bukan cuba raih populariti dan simpati Rakyat.

Lee Kuan Yew adalah pengkhianat Tanah Melayu. Pengkhianat Malaysia. Beliau membawa keluar Singapura keluar dari Malaysia dan tidak sampai 50 tahun semua Cina di Singapura sepatah haram tidak tahu Bahasa Melayu. Tiada langsung Bahasa Melayu terdapat disana.

Beliau mengawal rakyatnya seperti burung. Tidak diikat, dibiarkan bebas terbang dalam sangkar besar buatan manusia.

Pernah Datuk Jackie Chan menggelar Singapura Negara mengawal rakyat kerana makan gula-gula getah pun tidak boleh.

Tiada pembangkang di Singapura kerana jika ada mereka akan disaman sehingga muflis dan dihalau keluar dari Singapura.

Saya tidak nampak kenapa kematiannya satu kehilangan kerana pada PRU lepas banyak anak muda menolak beliau. Seperti Malaysia, undi popular tidak memihak kepada Parti Lee Kuan Yew tapi sistem pertandingan yang menyelamatkannya. Malahan data terkini hanya 10% dari rakyat Singapura hadir memberi penghormatan kepadanya sedangkan Singapura adalah Negara kecil jadi jarak bukan masalah untuk sekurangnya 50% rakyat Singapura hadir jika benar sayangkan beliau.

Kerana Lee Kuan Yew, orang Islam berpecah dan mudah ditindas. Sejarah membuktikan bagaimana Britain memisahkan India dengan Pakistan dan Bangladesh mengikut agama agar Islam menjadi lemah. Hingga kini Pakistan dan Bangladesh tetap tidak mesra dan lebih rela berbaik dengan India.

Mungkin ramai akan menempelak saya kerana bukti sejarah berkata sebaliknya, tetapi saya tetap berpegang sejarah ditulis oleh manusia biasa yang sudut pandangannya juga berdasarkan emosi dan prinsip malahan kebanyakan sejarah ditulis oleh orang yang tidak mengalami peristiwa itu secara langsung.

Lagipun, manusia tidak hidup bersendirian kerana adanya Gerakan subversif, Gerakan Rahsia, Underworld dan lain-lain yang menentukan hala tuju sebuah Negara, yang menentukan seorang manusia memilih baju merah bukan kuning walaupun manusia itu merasakan dialah yang memilih merah secara rela dan bebas.

Lee Kuan Yew bapa perpecahan Tanah Melayu, bapa penceraian Malaysia, bapa Cina China yang disamarkan dengan Malaysian Malaysia, dan Bapa kepada pelemahan Islam di Asia Tenggara.

No comments: