ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, March 11, 2015

Zakir Naik Tanya Kenapa JAKIM Tidak Tanya?

Saya tinggal di Kg Orang Asli Sg Sampo selama 2 tahun. Saya bercampur dengan suku Semelai/Semai disitu. Berkawan baik dan hampir bercinta.

Sepanjang keberadaan kami sekeluarga, orang Asli tidak mengalukan kehadiran kami. Mujurlah kami tinggal dalam kawasan pagar Sekolah dan di pangkal Kampung bukan di hulu.

Setiap bulan November akan masuklah beberapa agensi seperti JAKIM, MAINS dan juga PERKIM kedalam kampung ini. Kemudian akan ada Majlis Bantuan Persekolahan Saudara Baru oleh mereka. Maka ramailah orang Asli yang mengucap Syahadah bagi melayakkan mereka mendapat bantuan persekolahan, bulanan, kewangan dan lain-lain.

Sedihnya, saya kenal mereka, selepas PERKIM, JAKIM dan Jabatan berkenaan pergi, semua akan kembali kepada kehidupan bukan Islam mereka.

Tahun kedua saya disitu, masuklah Ustaz dan mengajar di Surau berdekatan, tidak ramai yang hadir melainkan terpaksa datang kerana kehadiran juga melayakkan mereka menerima bantuan, tapi program itu terbantut, dengarnya Ustaz sakit.

Pada penghujung tahun kedua, saya sudah berani masuk kedalam Kampung dalam dimana terletaknya rumah kawan saya. Saya berani pergi ke Kubur Tok Batin mereka walaupun ditegah dan mereka tidak berani. Saya masuk ke Surau Ustaz mengajar yang ditinggalkan hampir setahun, berak manusia merata tapi sudah kering.

Pada hemat saya pada tahun 1993 itu, JAKIM tidak perlu ikut MO Missionary Kristian yang berdakwah di pendalaman Borneo menggunakan taktik sama kerana ISLAM berbeza dengan Kristian. Tiada paksaan dan sesiapa yang mahu mengucap Allah itu Satu dan Muhammad SAW itu persuruh Allah mestilah melakukan dengan rela hati bukan dipancing dengan material.

Saya amat tertarik dengan Global Peace TV dan soalan Zakir Naik kepada hadirin yang mahu mengucap syahadah "Apakah anda berada dalam tekanan ekonomi?". Jika tidak teruskan, jika ya, kenapa anda mahu masuk Islam.

Islam adalah agama suci jika kita memaksa orang Asli ini masuk Islam kerana RM 50 sebulan, maka kesucian Islam tercemar kerana bila mereka dewasa merekalah orang Islam yang makan minum benda tidak halal, yang bersekedudukan, yang menghina Allah dan Rasul dan sebagainya.

Wallahualam.


No comments: