ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, March 19, 2015

GST+ Cukai Lain: Kerajaan Vs Lanun

Kerajaan boleh jadi Lanun dan Lanun boleh jadi Kerajaan.

Kerajaan boleh jadi Lanun jika gagal kembalikan wang cukai yang dikutip dari orang ramai dan Lanun boleh jadi Kerajaan jika berjaya kembalikan wang cukai yang mereka "kutip" kepada mangsa mereka. Samada secara langsung atau tidak langsung.

Sebelum wujudnya Kerajaan hari ini, Negara di dunia diperintah oleh Kerajaan Monarki atau Raja dan Sultan.

Semua Kerajaan yang pernah wujud beroperasi dan berdiri dengan hasil wang cukai yang dikutip dari Rakyat atau orang ramai.

Dan sebelum wujudnya semua Kerajaan dikenali, kita "diperintah" oleh Lanun dan Penjahat.

Lanun dan penjahat mengenakan "cukai" pada orang ramai. Mereka dipanggil Lanun bukan Kerajaan atau Pemerintah kerana Lanun menggunakan semua "wang cukai" sesuka hati mereka sahaja termasuk mengayakan diri, keluarga dan orang terpilih sahaja.

Tiada sesen pun "wang cukai" dikembalikan Lanun dan orang Jahat kepada orang ramai.

Berbeza dengan Kerajaan.

Namun Kerajaan sepatutnya mengutip wang cukai dan menggunakan untuk membangunkan masyarakat, tempat, prasarana, ekonomi, taraf hidup, pendidikan, kesihatan, kemudahan, pengangkutan, saliran, kumbahan, pengurusan, sampah dan banyak lagi.

Persoalannya, apakah Kerajaan hari ini samada Malaysia ataupun Negeri-Negeri Malaysia benar-benar berkesan sebagai sebuah Kerajaan ataupun Lanun dan Penjahat?

Saya tiada jawapan untuk itu kerana pembaca lebih tahu melalui pengalaman masing-masing.

Cukai yang dikutip samada terlalu banyak, ataupun masih sedikit, tinggi atau rendah, wajar atau tidak semuanya dijawab melalui keberkesanan "wang cukai" tersebut dialirkan semula untuk "digunakan" rakyat.

Parti politik sebagai parti pemerintah pusat dan Negeri tidak boleh dipersalahkan seorang sahaja kerana kakitangan Kerajaan juga berkongsi tanggungjawab yang sama.

Kakitangan Kerajaan juga menerima gaji dan menyara hidup dengan menggunakan wang cukai yang dikutip. Justeru adalah penting untuk kakitangan Kerajaan senantiasa berikan yang terbaik dan mengelak dari jadi penjahat atau lanun perseorangan.

Sebagai contoh, Kerajaan sepatutnya menggunakan wang cukai menyelenggara Jalan Raya dengan baik. Malangnya banyak Jalan khususnya di Selangor dari K.Selangor ke Sabak Bernam berada dalam keadaan yang amat teruk.

Contohnya, harga rumah dikatakan terlalu mahal sedangkan Kerajaan yang mengenakan pelbagai syarat kepada pemaju. Pemaju hari ini tidak sama dengan Pemaju dahulu. Mereka perlu bina longkang sendiri, Jalan Raya sendiri, Taman Permainan sendiri, dan perlu sediakan tapak untuk sekolah, Masjid, Surau dan lain-lain, justeru Pemaju tidak menanggung langsung beban kos itu sebaliknya memindahkan kedalam harga jualan rumah yang sudah pasti melonjak.

Bukankah Kerajaan yang sepatutnya menggunakan wang cukai membina jalan dan longkang itu?

Dan terbaru GST! GST! GST!

Ia dikatakan penambahbaikan SST. SST. SST.

Pada zaman Lanun memerintah, orang ramai tidak faham apa itu cukai perlindungan, cukai kawasan, cukai payung, cukai matahari, cukai air, cukai laut, cukai darat, cukai senyum, cukai tangan dan sebagainya, yang mereka faham, mereka sedang dirompak.

Pada zaman Raja juga begitu, cukai pertanian, cukai buah, cukai tanah, cukai padi, cukai dan cukai, Rakyat tidak faham, mereka cuma mahu Raja dan Sultan melindungi mereka pada masa kesusahan.

Dan dizaman moden Kerajaan dipilih Rakyat ini, Rakyat juga tidak mahu tahu apa nama cukai dan untuk apa, penjelasan demi penjelasan, Rakyat cuma mahu tahu, apakah perubahan perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada Rakyat selepas GST?

Apakah Jalan Raya bertambah lorong? Apakah Longkang tidak tersumbat atau tiada banjir lagi? Apakah sampah akan dikutip dengan efisien? Apakah kos sara hidup memingkat seiring dengan taraf hidup dan sebagainya?

Ini Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri perlu berhati-hati agar terus menjadi Kerajaan yang berkesan dan bukan Lanun Jadian.







No comments: